Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, April 27, 2011

Keterampilan Diri

saya menyemak kerja kursus pelajar. ada yg menceriakan. ada yg mendukacitakan.

seronok membaca motivasi pelajar utk lebih maju melalui ilmu. sedih membaca kefasihan bahasa inggeris pelajar yg tidak mencapai tahap mereka di ipt, ianya lebih kpd pelajar sekolah menengah rendah. ini akan menyulitkan peluang kebolehpasaran mereka.

nak gelak pun ada. ada yg tulis bgmana mereka keluar dari biliki kuliah utk 'wash my eyes'. saya andaikan cuci mata di bilik air. tetapi tulisan seterusnya menyatakan mereka 'wash my eyes by going to canteen to see students from XXX faculty.' mereka turut mempersoalkan kenapa pelajar2 fakulti bersebelahan fakulti kami dibenarkan memakai pakaian yg tidak mencerminkan seorang muslim dan seorang melayu. mereka turut mempersoalkan kenapa pihak yg bertanggungjawab tidak mengambil tindakan terhadap pelajar2 fakulti itu yg memalukan orang islam dan melayu dgn pakaian yg tidak menghormati budaya dan agama kita.

saya juga tertanya2 kenapa selama ini pensyarah2 fakulti tersebut hanya diam membisu. mungkin kerana mereka dapat 'wash my eyes' dgn melihat pelajar2 mereka berpakaian sedemikian. apakah yg disampaikan kpd pelajar2 mereka ni? ada yg bagitau sebab ini kehendak industri. nanti saya tanya ya. pelajar2 ini mencerminkan keluarga merekakah?

Selasa, April 26, 2011

Kualiti v Kuali

kualiti bermaksud antara lain pelanggan berpuashati dgn produk yg kita hasilkan. produk juga merangkumi perkhidmatan.

organisasi sekarang banyak menggunakan pensijilan iso9001:2008 sebagai 'benchmark' utk menilai produk/perkhidmatan adalah berkualiti. maka kepuasan pelanggan adalah penting bagi organisasi yg terlibat dgn pengeluaran utk digunapakai oleh pelanggan. jika pelanggan tidak puashati dgn produk kita, kemungkinan kita akan kehilangan pelanggan, dan kesan paling negatif adalah kita tutup kedai. maka adalah tanggungjawab pengurusan utk sentiasa menilai kepuasan pelanggan utk membolehkan dilakukan penambahbaikan berterusan.

malaysia adalah sebuah negara yg kecil jika dibandingkan drpd segi pasaran utk graduan dlm bidang2 tertentu. maka sesebuah ipt amnya dan fakulti khasnya perlulah sentiasa menilai kebolehpasaran graduannya. janganlah kita syok sendiri dgn menambahkan bilangan pelajar (kuantiti) tanpa melihat implikasi kpd kualiti. elakkan drpd awal lagi kemungkinan kita dikatakan menghasilkan produk 'kuali' (hanya layak utk buat perkara asas shj) dan juga dipanggil sebagai pengurusan pun otak kuali (keras kepala) yg tak mahu dengar dan terima pandangan pihak lain.

Projek di Kuala Tahan

setelah rehat sekejap setelah sampai dari pulau pinang, saya bertolak ke kuala tahan, jerantut. nasib baik seorang adik saya sudi menemankan saya memandu ke sana. perjalanan mengambil masa hampir 5jam termasuk berhenti makan di jerantut.

saya memilih bertolak sehari sebelum perjumpaan diantara jkkk kuala tahan dan jk taman negara uitm. ini utk mengelakkan saya drpd tergesa2 dan memandu laju utk mengejar masa jika saya bertolak pada pagi isnin. walau pun perjalanan lebih lama drpd biasa dan hujan di tengah2 perjalanan, ianya tidaklah stres kpd saya. kami sampai hampir jam 12tgh malam. dan hanya tidur setelah jam 1pagi kerana berbual2 dgn wakil jkkk dan wakil sebuah yayasan.

keesokannya, perjumpaan bermula lambat drpd dijadualkan. seorang drpd jk uitm hanya dpt berlepas dr rumahnya selepas subuh. dan perjumpaan berjalan selama 3jam lebih, hampir kpd 4jam. banyak perkara dibincangkan. insyaallah, hasrat asal utk uitm bekerjasama dgn jkkk kuala tahan akan berjaya. insyaallah dgn sokongan yayasan kerabat pahang. antara khidmat masyarakat akan melibatkan kebersihan di kuala tahan dan taman negara yg akan dibantu oleh peers uitm shah alam.

Isnin, April 25, 2011

Bertugas di Pulau Pinang pada hari Ahad

semalam saya di pulau pinang. saya menaiki kapal terbang jam 6.55pagi ke pulau pinang. saya naiki kapal terbang jam 4.20ptg ke subang kerana kemudiannya saya perlu ke kuala tahan, pahang. saya mendapat tugasam ke pulau pinang pada pagi jumaat. semasa bermesyuarat hal mobiliti. mula2 rasa keberatan. tapi kemudiannya kerana tugas, saya maklumkan kepd bos saya bhw saya kan ke sana pada hari ahad.

alhamdulillah, banyak manafaatnya. ianya juga pelaburan berkaitan tugas saya di jim. saya berkesempatan bertemu dan berkenalan dgn ramai bos2 sumber manusia. antaranya dari khazanah, epu, pemandu dan pelbagai organisasi lain. kebanyakan drpd industri eletrik dan elektronik. saya juga berpeluang berkenalan dgn bos mida di pulau pinang. beliau telah ditemuduga oleh datuk saudara saya semasa beliau memohon utk bekerja di mida.

tugas saya memasarkan graduan dan bakal graduan uitm. dan ianya turut melibatkan mendapatkan tempat utk latihan industri bagi pelajar uitm.

Sabtu, April 23, 2011

Gu Ru

tadi saya hadir ke seminar anjuran ipsis utk mereka yg mendaftar sbg pelajar sarjana dan kedoktoran melalui penyelidikan. slot pagi dikendalikan oleh seorang prog dari apb. beliau tamatkan phd nya dlm masa 2 tahun. bacelornya dlm kewangan dan perakaunan sementara phd dlm bahasa.

di sebelah petang penceramah dari fakulti pendidikan. beliau pensyarah matematik tetapi slot tadi utk penyelidikan secara kuantitatif. seelok shj saya duduk, beliau mentakan kpd saya, 'hei, i know u'. saya senyum dan angguk. dan setelah tamat sesi, saya berjumpa dan bersalam dgnnya utk ucapkan terima kasih. sekali lagi beliau tanya dia tanya dimana kami pernah berjumpa. jawab saya 'iid' dan beliau senyum setuju. bukan shj di iid, malah saya kerap berjumpanya di pertandingan penyelidikan lain di luar uitm.

tadi dr paramjit berkongsi maksud guru. ianya perkataan sanskrit. sebenarnya ia adalah gabungan 2 perkataan gu (gelap) dan ru(cahaya). maka seorang guru mesti berupaya memberi cahaya ilmu kpd pelajarnya. jika tidak, seseorang itu hanya layak dipanggil sbg Gu shj. saya setuju. jadi sesiapa yg nak jadi seorang cikgu atau pensyarah, pastikan dahulu anda bercahaya dgn ilmu dan berupaya berkongsi cahaya ilmu itu dgn pelajar anda. jangan makan gaji buta.

Jumaat, April 22, 2011

Mobiliti Pelajar

pagi tadi saya hadir ke mesyuarat dana mobiliti uitm. saya ingat hanya mesyuarat perbincangan biasa. rupa2nya mesyuarat utk menimbangkan permohonan mobiliti pelajar utk ke luar negara.

mesyuarat bermula drpd pukul 9pagi. ianya dipengerusikan tnc jim. saya hadir sebab saya ketua mobiliti pelajar uitm. ahli2 lain termasuk wakil bendahari. dan kebanyakan fakulti menghantar timb dekan jim/pji utk membentangkan permohonan pelajar mereka. ramai drpd pembentang adalah kawan dan kenalan saya. tetapi tugas dijalankan dgn amanah. tiada 'biasness'.

permohonan oleh pelajar melibatkan negara2 di eropah, amerika syarikat, timur tengah, asia, dan australia/new zealand. tiada memohon ke amerika selatan atau amerika tengah. masih banyak fakulti tidak memohon utk dana ini termasuk fakulti saya fsr. walau bagaimana pun, dana sudah hampir habis. insyaallah, permohonan akan dibuat kpd mereka yg sudi menabung ke dana ini utk membolehkan graduan uitm lebih boleh dipasarkan.

Khamis, April 21, 2011

Laporan 2010 EUM-CCI

setiap peserta ke forum eum-cci diberikan salinan laporan 2010 eum-ci. terdapat pelbagai bidang yg dilaporkan. kesemuanya berkaitan meningkatkan hubungan perdagangan diantara kesatuan eropah dan malaysia.

diantara bidang utama dibincangkan semasa forum adalah pengurusan sumber manusia. laporan turt menyatakan kebolehpasaran graduan malaysia. ianya juga menyentuh hubungan akademia dan industri. ia berkaitan dgn kehadiran kami mewakili jim dari uitm.

antara komen negatif adalah penguasaan bahasa inggeris oleh graduan malaysia. ini menjejaskan peluang pekerjaan dan motivasi syarikat eu melabur di malaysia. pelajar ipt digalakkan menjalankan latihan industri utk tempoh yg lebih lama utk bersedia ke alam pekerjaan.

ada juga komen drpd peserta yg merasakan bhw sebahagian drpd pelajar ipt sebenarnya tidak sepatutnya berada di ipt. begitu juga dgn tenaga pengajar di ipt. terdapat ipt yg ditubuhkan bukan utk tujuan pendidikan tetapi lebih kepada perniagaan. industri memerlukan lebih ramai tenaga kerja 'semi-skill' iaitu pekerja di peringkat bawahan. lambakan graduan ipt menyebabkan lebih ramai di pasaran kerja utk peringkat pengurusan. maka ini mungkin sebab ramai yg menganggur.

Forum EUM-CCI

pagi tadi saya hadir ke forum perdagangan eum-cci (european union malaysia chamber of commerce and industry) mewakili uitm bersama seorang lagi staf jimuitm. ianya diadakan di hotel royale chulan.

memang ramai wakil eu yg hadir. tergamam juga mula2. pesan kawan saya 'minggle around'. maka saya pun berkenalan dgn mereka yg ada. oleh kerana kali pertama di majlis macam ni, saya sekadar memperkenalkan nama dan organisasi saya. alhamdulillah berjumpa dgn alumni uitm dan beliau bersedia membantu menjayakan program jim.

semasa forum saya duduk di sebelah wakil austria. kelamkabut juga dok fikir apa nak berborak dgnnya. kalau tentang jerman ok lah sikit. nampak gaya saya kena buka balik buku sejarah dunia dan geografi. jadi esok kena pi kedai bukulah.

acara spt ini memenatkan dan mengenyangkan. kena banyak bersenam utk sihat dan cergas (healthy and fit).

Rabu, April 20, 2011

Profesor

profesor adalah jawatan tertinggi dalam dunia akademik. dahulunya profesor tidak perlu phd. tidak perlu ada master.

tetapi sekarang mesti ada phd baru boleh jadi profesor. sebab dah ramai ada phd. banyak manafaat menjadi seorang profesor. seorang yg menjadi profesor akan dipandang tinggi oleh masyarakat di ipt dan dunia akademik.

bagi yg ingi menjadi seorang profesor, selalunya akan mengambil masa yg lama. sekarang perlu jadi penyelia utama kpd pelajar phd dan mesti telah berjaya mengraduatkan seorang sarjanan phd.

mungkinkah gred gaji dlm akademik mencerminkan usia utk mencapai tahap sesuatu jawatan? contohnya dm41, diandaikan sseorang akan mendapat sarjana muda pada usia 41? dm45 pada usia 45? dm52 pada usia 52?

laluan seseorang yg ingin jadi profesor mungkin spt berikut. umur 23 dpt dm41. kerja 3tahun. umur 28 dpt sarjana dpt dm45. kerja 3tahun. buat phd 3 tahun, umur 34 dpt dm52. kerja 3tahun, umur 37 dpt dm54. kerja 3 tahun, umur 40 dpt jadi profesor. antara yg terbaik seorang mantan dekan fsr yg berjaya menjadi profesor pada usia 39tahun. ianya bergantung kpd perancangan dan usaha kita dan ketentuan Allah.

Tahniah Prof Zaini

alhamdulillah, pada 18 apr yg lalu, seramai 18 pensyarah uitm dinaik pangkat menjadi profesor. diantaranya adalah prof dr zaini, timb naib canselor penyelidikan & inovasi uitm. beliau pernah menjadi dekan fakulti pengurusan perniagaan uitm sebelum menjawat penolong naib canselor antarabangsa uitm.

saya bertugas di bawahnya utk projek taman negara setelah prof rahmat ke india. dan saya juga turut bertugas bersamanya sebagai ahli lembaga koperasi uitm. beliau sebagai pengerusi sementara saya sebagai penolong setiausaha.

tahniah juga kpd mereka yg lain yg turut menjadi profesor. hanya setelah mendapat pangkat profesor barulah layak dan sesuai dipanggil profesor. seorang prof madya tidak boleh dipanggil sebagai prof. maka mereka yg mempunyai phd akan dipanggil dr jika mereka adalah prof madya dr. ada kawan yg punyai phd tetapi rendah diri dan ingin dipanggil dgn namanya shj. bos baru saya memaklumkan kami utk memanggilnya dgn namanya shj. tapi saya maklumkan, 'maaf puan, kami dah biasa. kami tak selesa nak panggil puan dgn nama puan shj.'

SRW 655 Jan 2011

saya diberi 11 pelajar untuk diselia utk sem jan 2011. 2 pelajar sr221, 7 pelajar sr223, dan 2 pelajar sr221 epjj.

semalam saya berjumpa 5 drpd 9 pelajar sepenuh masa. 1 pelajar sr221 dan 4 pelajar sr223. yg lain2nya sibuk kot. pelajar2 epjj saya maklumkan utk berjumpa jumaat ni utk semakan draf terakhir. ianya bersama dgn pelajar2 sepenuh masa. markah akan berdasarkan laporan penyelidikan yg telah di'bound'. tarikh akhir markah kpd kp adalah pd 3mei, hari selasa.

berikut adalah komen2 saya ada bahagian2 yg saya fokus utk pembetulan dan penilaian.

Rujukan
Bab 1, 2 dan 5:
Setiap rujukan mesti tersenarai dlm reference.
cara merujuk spt apa. pastikan kali pertama buat rujukan dinyatakan sepenuhnya setiap ahli utk LR dirujuk.
elakkan ambil bulat2 rujukan dan susunan tidak bersinambungan.
Rujukan lebih terperinci dan mendalam dlm bab 2.

Bab 1;
Kenapa anda nak buat research ni?
Apa kaitan dgn sukan dan rekreasi?
seelok2nya kaitkan dgn produktiviti dan kualiti kehidupan.
Tiada hipotesis.
Hanya ada 2 R Questions dan 2 R Objectives.
Pastikan dinyatakan Problem Statement dgn jelas.
Nyatakan apakah definisi bagi elemen2 dlm tajuk.

Bab 2:
Pastikan ada minima satu teori berkaitan tajuk.
pastikan terdapat minima 2 rujukan bagi setiap demografik faktor.

Bab 3:
nyatakan instrumen digunakan. adakah ianya di'adapt'?
nyatakan spss digunakan dan bgmana analisis dilakukan.

Bab 4:
tunjukkan frekuensi hasil - eg. burnout keseluruhan
nyatakan apa yg terkandung dlm setiap table.
adakah wujud 'significant relationship between eg. burnout and gender, utk setiap demografik faktor.

Bab 5:
overall:
apakah tahap burnout, etc
demografik faktor:
para 1 - hasil analisis di bab 4
eg. male burnout level is 55.0 (average). female is ...
male is higher than female.
no significant relationship between gender and burnout level.

para2: drpd bab 2 apakah hasil LR
maslach (1981) found male is higher than female. (significant?)
badrul (2010) found female has higher burnout than male.

para 3:
based on current research, it supports findings by maslach (1981).
assumptions on why current research male is higher than female on burnout (may be based on readings and obeservations).

recommendation:
to reduce or prevent burnout - must include LR on sport & recreation have positive effect on burnout/anxiety/motivation/leadership style

future research;
samples, instruments, df

abstract. we will discuss this friday.

Selasa, April 19, 2011

Mesyuarat Lagi

pagi tadi saya bermeyuarat dgn bos besar pejabat saya, tnc jim. saya sekarang bertugas di pejabat jim uitm. bahagian saya adalah kebolehpasaran graduan, satu caps mohe. satu lagi caps mohe di bahagian akademia dan industri, jim.

hadir sama tadi beberapa pengarah dan pnc masmed. turut hadir beberapa2 drpd ketua2 di jim. hampir 4jam mesyuarat. maklumlah, kali pertama bos jim jumpa dgn mereka yg bertugas dgnnya bermula 1 apr 2011. dan memang staf sentiasa tak cukup. maka perlu ada kebijaksanaan dlm menguruskan organisasi. saya maklumkan kpd tnc jim bhw saya sedia menggembeling tenaga peers utk membantu jim menjalankan tugas dan tanggungjawab utk uitm.

petang saya bermesyuarat dgn bos bahagian saya. agenda adalah tugasan yg diberikan kementerian kpd uitm utk negara. dan ianya akan diuruskan oleh bahagian kebolehpasaran graduan, jim uitm. kami akan menguruskan pelajar2 bukan shj uitm tetapi lain2 ipta. besarnya kpi. insyaallah, kita akan lakukan yg terbaik.

Isnin, April 18, 2011

Perancangan dan Pengurusan Kewangan

ianya antara kursus dicadangkan sebagai kursus wajib satu jam kredit kpd pelajar2 ipt oleh akpk. saya setuju.

tadi semasa menanti kereta diperiksa di workshop, saya berbual2 dgn pemilik dan seorang pelanggan. saya dibagitau bhw seorang kenalan telah bertukar tempat kerja kerana masalah kewangan. beliau tidak pandai menguruskan kewangan beliau. maka beliau dikhuatiri akan salahguna kuasanya dan menggunakan wang syarikat. jadi, utk kebaikan syarikat dan dirinya, beliau berhenti drpd bekerja di syarikat tersebut. manakala pelanggan pula bagitau bhw kawan2 anaknya membelanjakan ptptn utk satu sem/tahun(?) dlm masa 2 bulan shj. akibatnya, tiada wang utk urusan pengajian.

contoh2 spt ini biasa berlaku kpd pemilik2 perniagaan dan pelajar yg tidak pernah mendapat wang utk diuruskan dgn sendiri. tambah2 jika nilai adalah besar. dan ramai juga akan mudah tertipu jika ada wang yg banyak. ini biasa berlaku kpd pesara2 yg baru terima ganjaran setelah pencen. maka ini antara sebab utama saya sokong kursus perakaunan asas - penyata kewangan dan bajet diwajibkan kpd semua pelajar di ipt.

Rancangan dan Pelaksanaan

jadual saya hari ini penuh dgn mesyuarat/perjumpaan. pagi di fakulti. 3ptg di fakulti. 4ptg di jim. 5ptg kembali di fakulti bersama pelajar2 srw655 utk draf akhir.

tapi kita merancang Allah menentukan. seelok2 aje saya lepasi pos pengawal dekat rumah saya, enjin kereta saya mati. walau dicuba berkali2, enjin tetap tak nak hidup. apabila mekanik yg saya panggil datang, dia bgtau bukan masalah bateri tetapi enjin. saya balik ke rumah dahulu menunggu 'towtruck' aam. setelah towtruck sampai, saya ikut ke workshop. pada mulanya bos workshop bgtau hari ni boleh siap. tetapi setelah 1jam lebih tunggu. kereta terpaksa diwadkan sekurang2nya sehari.

maka saya maklumkan kpd yg patut dimaklumkan yg saya tak dpt ke pejabat hari ini. saya terpaksa cuti. mungkin ini doa saya dikabulkan kerana saya telah berangan2 utk rehat hari ini kerana penat berseminar pada hari sabtu dan temuduga fsr pada hari ahad?

walau bagaimana pun, alhamdulillah, kereta meragam dekat rumah, bukan dlm kesesakan jalanraya, dan saya dibolehkan berehat pada hari ini.

Ahad, April 17, 2011

Temuduga SR113 17042011

alhamdulillah, tadi selesai sesi temuduga utk bakal pelajar sr113 kemasukan mei 2011. sesi utk calon2 bermula seawal 8pagi. ianya dimulakan dgn ujian kecergasan.

saya mempunyai seminar phd pada hari ini seperti semalam. tetapi kerana saya jangkakan temuduga akan bermula pada 9.30pagi, maka saya tidak hadir ke seminar igs. ini bermakna saya eprlu hadir pada semester akan datang. tiada pengecualian walaupun terpaksa bertugas pada hari minggu.

walau bagaimana pun, temuduga hanya bermula pada jam 11pagi setelah calon2 selesai ujian kecergasan. jika saya ke slot pagi igs tadi, mungkin saya tak perlu hadir gantian pada sem hadapan. dan calon 2 terakhir selesai ditemuduga saya pada hampir jam 4.45ptg. mungkin cara saya menemuduga tidak secekap kumpulan2 lain? atau mungkin calon2 yg hadir utk kumpulan saya lebih tinggi peratusannya drpd kumpulan lain.

ada yg bersedia utk temuduga. ada yg sebaliknya. terima kasih kpd urusetia dan pelajar2 fsr yg membantu sesi tadi.

Sabtu, April 16, 2011

Seminar IGS

hari ini, esok dan 2 hari pada hujung minggu depan, insyaallah saya akan hadir ke program anjuran institut pengajian siswazah uitm. ianya adalah keperluan utk pelajar phd spt saya. utk pelajar tahun pertama, wajib hadir ke 8 modul sebelum boleh hadir ke sesi 'defence proposal'.

terdapat 2 kumpulan utama. 1 utk pelajar gugusan s&t. dan 1 lagi kumpulan (kumpulan saya) utk pelajar sains pengurusan dan sains kemanusiaan. hampir penuh dean kuliah f di kompleks s&t dgn pelajar2 penyelidikan samada utk master atau phd. terdapat ramai juga pelajar dari luar negara, iaitu dari negara2 arab.

majoriti yg buat phd adalah mereka yg telah berusia melebihi 40. tapi ramai juga yg muda2 utk master. tahniah kpd semua yg masih ingin meneruskan mengejar ilmu ke peringjkat yg lebih tinggi.

seorang pensyarah sekarang perlu ada phd. tapi yg penting bg seorang pensyarah adalah sikap dan minat utk ingin sentiasa belajar, mengamalkan ilmu yg ada dan berkongsi dgn tepat ilmu yg baik2.

Jumaat, April 15, 2011

Majalah Sekolah 1954

semalam saya membaca salinan majalah sekolah ayah saya utk tahun 1954. ianya diterima oleh ayah saya semasa beliau hadir ke satu majlis untuk mengingati dan meraikan bekas guru.guru besarnya. ramai drpd pelajar2 sekolah tersebut yg dinyatakan dlm majalah merupakan orang2 besar setelah berada di alam pekerjaan.

seronok saya membaca dan melihat gambar2 lama dlm majalah kijang, majalah utk sultan ismail college (sic), kota bharu kelantan. pada tahun tersebut, ketua pengawas (headboy) adalah datuk saudara saya (adik kpd nenek). oleh kerana beliau seorang yg tinggi (mungkin) maka beliau mewakili sekolahnya dlm pelbagai sukan spt ragbi, kriket dan pelbagai lagi. saya telah melakukan latihan industri dan bekerja dgnnya sebelum bersama uitm.

nama seorang pakcik saya tersenarai diantara mereka yg mendapat keputusan cemerlang utk peperiksaan gce. beliau kemudiannya pencen sbg seorang hakim. seorang lagi saudara (pakcik ...) mewakili pasukan bolasepak sic. dan beliau pernah menjadi jurulatih kpd pasukan negeri kelantan. pakcik2 saya dan ayah saya dulu bermain bolasepak utk kelab kijang yg turut mempunyai ahli pasukan daripada org cina dan india.

ayah tidak tersenarai sebagai pemain mana2 sukan dlm majalah 1954. tetapi apabila beliau di mckk, beliau berjaya mendapat colors pada tahun pertamanya di sana. kemudiannya di um, beliau mewakili pasukan ragbi. beliau pernah menjadi presiden cobra (tak silap saya). saya hanya berupaya mengajar di fsr. adik saya ada yg bekerja di isn. saya rasa anak2 ayah tidak sehebat ayah dlm sukan.

Mesyuarat Bersama Pengarah dan Staf Kebolehpasaran Graduan

petang semalam saya hadir ke mesyuarat bahagian kebolehpasaran graduan yg dipengerusikan oleh pengarahnya. beliau memperkenalkan kedua2 ketua di bahagiannya kpd staf2nya.

ianya mesyuarat pertama drpd 3 mesyuarat dijadualkan di jim. selepas bahagian kami, mesyuarat bahagian akademia dan industri yg dipengerusikan oleh pengarahnya. matlamat kedua2 mesyuarat adalah persediaan utk mesyuarat bersama tnc jim pada selasa hadapan.

antara yg dibincangkan adalah program2 berkaitan kebolehpasaran graduan uitm. sesuai dgn jawatan sbg ketua mobiliti dan latihan industri pelajar, maka program2 adalah utk meningkatkan kebolehpasaran graduan uitm melalui mobiliti pelajar ke ipt antarabangsa dan latihan industri di tempat2 yg akan meningkatkan kebolehpasaran graduan uitm.

terdapat program melibatkan kpt. terdapat program melibatkan syarikat2 antarabangsa. memang saya akan perlu 'mobile' banyak dgn jawatan ini. seperti kata pengarah saya, 'kita akan jadi salespersons untuk market graduan uitm'. dan elok jika waktu kuliah saya di fsr lepas waktu pejabat. insyaallah.

Rabu, April 13, 2011

Perlukah Murka

perlukah kita murka? ianya bergantung kpd keadaan. dan akal amatlah penting utk memastikan muka kita tidak berubah menjadi hitam kerana terlampau murka.

maka tidak perlulah keris dihunus daripada sarungnya. tidak perlulah lembing dijulang. tidak perlulah parang dan golok dilibas. tidak perlulah kapak siam dibaling2. tidak perlulah hulubalang2 bersedia utk mengamuk. tidak perlulah panglima2 bersedia utk berperang.

tapi ada kalanya, sipengiring2 dan pengawal2 terlebih dahulu latahnya drpd paduka. mereka akan berang kerana mempertahankan maruah paduka. sabarlah duhai yg setia. ambillah wuduk dan bersolat sunat, berdoalah kepada Yang Maha Esa. sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Adil dan Maha Mengasihani hambaNya.

berdoalah kpdNya utk dijauhi drpd dizalimi dan dianiayai oleh hamba2Nya. sesungguhNya tiada yang upaya melainkanNya.

Sekum

sekum dalam bahasa melayu kelate. dlm bahasa melayu am adalah sesuai.

saya cuba pastikan ke mana saya akan berada sama ada secara sukarela atau arahan kerja, saya akan sekum dgn tempat dan orang2nya. jika kemungkinan saya tak akan sekum, maka saya akan cuba elakkan drpd berada di tempat tersebut.

sekum penting utk produktiviti. ianya berkaitan dgn topik2 yg saya bersedia menyelia pelajar2 tesis di fsr. sekum berkaitan dgn motivasi, kepuasan kerja, 'burnout', anxiety, kemurungan, gaya kepimpinan. setiap kali saya berbincang dgn pelajar2 dibawah seliaan dan akan diselia saya, saya akan kaitkan topik2 dgn produktiviti. produktiviti berkaitan sumbangan kpd organisasi.

dlm kaunseling ianya berkaitan 'conducive environment to encourage growth and development'. maka jika saya rasa saya tidak sesuai dgn sesuatu tempat kerana saya sudah tidak menyumbang secara positif, lebih baik saya ke tempat yg menggalakkan perkembangan saya dan organisasi secara positif. alhamdulillah.

Tidak Menyumbang?

ada beberapa orang marah kepada saya. 'cebad sepatutnya balik ke fakulti dan menyumbang kpd fakulti'. bukan seorang dua, tetapi beberapa orang.

mereka yg berkata sedemikian kpd saya adalah mereka yg tidak mengucapkan tahniah kpd saya sempena pelantikan saya oleh nc uitm. ianya adalah mesej kpd nc bhw pelantikan beliau tidak tepat. pemilihan oleh tnc jim tidak tepat. persetujuan ketiga2 tnc lain adalah silap. boleh saya maklumkan kpd jke tanggapan mereka yg mengatakan saya tidak menyumbang kpd fsr?

saya tidak berupaya menyumbang kpd fakulti jika saya tiada di fakulti? pi lah tengok susunan pingat iid 2010se yg dipamerkan di dlm bilik dekan. drpd keempat2 pingat - 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa, satu saya sebagai ketua kumpulan, dan yg lain2nya saya sebagai ahli. pada 2010 drpd 7 penyertaan di iid pada 2010, saya sama ada sbg ketua atau ahli kumpulan mendapat 6 pingat ( 1 emas, 2 perak, 3 gangsa).

ini mengingatkan saya kpd perbualan saya dgn 2 rakan sefakulti semalam. 'cebad, kat fakulti tu ramai yg cuma pandai cakap shj. cebad lain, cakap dan buat. iid adalah contohnya'. terima kasih kpd mereka yg masih mempunyai keyakinan terhadap saya.

Selasa, April 12, 2011

Hari Terakhir Kuliah Jan 2011

petang tadi selesai tugas saya memberi kuliah utk sem ini. pada sem ni, kelas saya pada hari isnin dan selasa shj utk pelajar sepenuh masa. tp saya berjumpa juga dgn pelajar2 tesis yg saya selia pada hari2 selain isnin dan selasa.

pada sem ini, saya mempunyai seramai 28 pelajar srb201, 58+62=120 pelajar sps550. jadi pelajar saya yg mengikuti kuliah dgn saya pada sem ini adalah 148pelajar. pelajar tesis 11orang dan pelajar srb201 epjj seramai 9orang. dan saya perlu selesaikan penilaian kerja kursus sebelum peperiksaan mereka.

saya harapkan kuliah saya adalah satu perjalanan (journey) mencari ilmu bagi pelajar2 saya. saya maklumkan kpd mereka yg saya cuba masukkan elemen2 kaunseling dlm pengajaran dan pembelajaran bersama saya.

saya harap pelajar2 saya akan menduduki peperiksaan dgn jujur dan ikhlas. janganlah cuba melakukan larangan semasa peperiksaan yg boleh menjejaskan anda. saya tidak ajar plagiarisma, meniru, mencuri, rasuah, pecah amanah.

Kerja Kosong dan Banyak Kerja

tengahari tadi saya makan tengahari di pusat inovasi bersama mantan staf saya di upk ined. sementara menunggu mereka sampai saya ke bahagian pengambilan dan pusat antarabangsa. niat nak jumpa kawan di situ.

saya sedang 'headhunting' utk mendapatkan staf yg dapat membantu saya di tempat kerja baru. malangnya kawan tersebut tak ada. seraya saya berjumpa dgn seorang ketua di situ. beliau menawarkan kpd saya jawatan yg melibatkan tugasan2 peringkat antarabangsa. beliau pernah bertanya kpd saya tentang jawatan ni dulu. saya minta maaf kpd dia kerana saya sudahpun bermula di pejabat baru. insyaallah saya akan cuba cari seorang staf akademik lelaki yg berminat sebagai pegawai latihan dan perantara dgn pihak2 antarabangsa.

kemudian saya berjumpa dgn kawan berkenaan program ke sabah. alhamdulillah, ianya berjalan lancar. seterusnya saya berjumpa dua rakan sefakulti di kafe. insyaallah, seorang akan melanjutkan di peringkat phd pada tahun ini dan seorang lagi pada tahun depan. dan kemudian saya menjamu selera bersama kedua2 mantan staf saya dari ined. hampir kami habis makan, seorang kawan sampai bersama rakan2 sefakultinya termasuk dekannya. saya maklumkan kpd kawan saya kekosongan di ined iaitu jawatan saya di ined. dukacita, beliau menjawat tugas yg sama di fakultinya. pencarian utk ketua upk berterusan. yg sesuai adalah yg ada kelayakan 'lead assessor' utk qms iso.

selepas makan, mantan staf saya balik ke ined, saya ke meja lain berjumpa seorang kawan. saya tanya jika beliau berminat utk mengajar kursus kaunseling menggantikan saya di fsr. alhamdulillah, beliau berminat. dan kemudiannya saya menemankan sementara seorang rakan sefakulti makan tengahari bersama suaminya. saya bertanyakan tentang persatuan alumni uitm. suami kawan saya berjanji akan memberikan website yg tepat dan terkini.

dan akhir sekali saya berjumpa seorang pakar serangga. seperti biasa, soalan diantara kami berdua adalah 'bila nak ke taman negara?' satu jam yg sangat bermanafaat utk saya. 8 drpd 9 perkara dpt dibincangkan. alhamdulillah.

Kerja

kita kerja untuk makan atau makan untuk kerja? kita hidup untu makan atau makan untuk hidup?

mengikut sebuah hadith, kita mesti beribadat seolah2 kita akan mati esok hari, dan kita mesti bekerja seolah2 kita akan hidup selama2nya. 'confuse'?. sebenarnya kita rujuklah kenapa kita dijadikan di bumi ini. 'tidak ku jadikan jin dan manusia selain drpd utk beribadah kepada Ku'. maka kerja adalah sebahagian drpd ibadah.

kita di dunia mencari bekalan utk akhirat. dan bekalan didapati melalui keupayaan utk hidup. maka ramai yg kuat bekerja. tetapi mesti bekerja utk mendapat rezeki yg diberkati dan halal. dan semasa menjalan tugas dan tanggungjawab kita akan bertindak sebagai pemimpin mengikut keadaan dan keperluan. dan ada masanya kita akan dipimpin.

hidup di dunia hanya sementara. harta dan jawatan adalah ujian dan dugaan. maka tidak perlulah kita sombong dgn jawatan kita pegang. sebaliknya, ianya sepatutnya membuat kita lebih bersifat rendah diri seperti padi yg berisi. bukan bersifat seperti lalang.

Isnin, April 11, 2011

Bakal Pensyarah

tadi berlangsung temuduga utk bakal pensyarah di fsr. lebih tepat lagi, temuduga utk tpm - utk pensyarah muda. syarat2nya mudah utk mohon. maka ramai yg memohon.

tetapi seorang pensyarah bukan sahaja perlu ada ilmu berkaitan (kelayakan akademik yg diiktiraf) tetapi juga beberapa pengetahuan dan kemahiran lain. antara yg penting adalah kemahiran berkomunikasi. cgpa yg tinggi - hampir 4 flat tidak bermakna jika tidak boleh menyampaikan ilmu kpd pelajar secara berkesan.

panel temuduga bertanggungjawab utk memastikan pelapis di fakulti. mereka diberi amanah utk memastikan kesinambungan perkongsian ilmu. maka semasa temuduga, unsur2 peribadi iaitu kepentingan sendiri sepatutnya tiada.

seorang ahli panel menyatakan bahawa beliau inginkan pengganti yg lebih baik drpd dia. ianya satu hasrat yg bagus utk diri dan fsr. janganlah tidak ingin mengambil pensyarah baru kerana takut tiada peluang utk dapat buat 'part-time'. itu sudah salah guna kuasa. nanti macc cari ya.

Minggu Terakhir Sem Januari 2011

minggu ini adalah minggu ke 14 pengajian sem januari 2011. ianya juga minggu terakhir utk sem ini. minggu hadapan, pada hari rabu akan bermula peperiksaan akhir untuk pelajar diploma.

begitu cepat masa berlalu pada setiap semester. bagi pelajar diploma, sem baru akan bermula pada 30mei 2011. tetapi bagi pelajar sarjana muda, sem baru akan bermula pada 12 sep 2011. maka pelajar sarjana muda akan mempunyai satu cuti sem yg panjang hampir 3bulan 2minggu atau bersamaan 15 minggu.

minggu terakhir sem adalah minggu menyimpulkan sem. jika ujian belum buat, akan dilakukan. tugasan disempurnakan dan dihantar utk disemak. maka bagi pensyarah2, minggu ini bermakna utk menyemak kerjakursus pelajar,

bagi saya, minggu ini juga saya cuba sempurnakan perpindahan dari ined ke jim. insyaallah, saya akan dpt selesaikan pemunggahan barang2 saya.

Tajuk-Tajuk SRW655

disenaraikan tajuk2 utk mereka yg ingin diselia oleh saya bg srw655:
1. Burnout
2. Motivation
3. Leadership Style
4. Financial Statement v Budget
5. Job Satisfaction

saya lebih minta menyelia topik2 berkaitan burnout. ianya ada kaitan negatif dgn produktiviti. sebenarnya, kesemua topik ada kaitan dgn produktiviti. tetapi burnout mempunyai hubungan negatif dgn produktiviti.

jika ada yg inginkan saya sebagai penyelia, sila berjumpa saya dahulu utk menilai kesesuaian kita bekerjasama.

Sabtu, April 09, 2011

SRW 655 Jan 2011

sem ni saya ada 2 pelajar sr221, 7 pelajar sr 223 dan 2 pelajar epjj utk srw 655. amanah tugasan saya sepatutnya 5 utk pelajar sepenuh masa, ttp hanya diberi 3 shj. maka ini bermakna 3 pelajar saya seliakan secara kerana uitm.

utk sem hadapan saya baru mempunyai 2 pelajar yg datang jumpa saya. jika hanya perlu menyelia 2 orang shj bermakna amat berbeza beban saya menyelia tesis pelajar berbanding sem ini.

saya cuba pastikan pelajar2 srw655 saya hantar salinan hardcover pada minggu pertama peperiksaan. ianya utk memudahkan saya dan para pelajar. fakulti hanya perluka pelajar jumpa penyelia 3 kali shj. tetapi saya mestikan pelajar saya jumpa saya sekurang2nya 7kali. kalau yg jumpa minima 7x = A-, 6x = B+, 5x = B, 4x = B-, 3x = maksima C+ ajelah.

pilihan telah saya beri. keputusan di tangan pelajar. lebih kerap pelajar jumpa saya maka saya yakin mereka sebenarnya melakukan tesis tanpa mengupah orang lain. saya ingin pastikan pelajar saya belajar membuat tesis.

Pejabat Baru

awal pagi saya di pejabat tnc jim. saya serahkan surat jawapan penerimaan pelantikan oleh nc. kemudiannya saya ke tingkat 20, menara 2 kompleks s&t uitm.

agak lama juga saya tunggu lif utk ke tingkat 20. hampir 20 minit. mungkin sebab tak biasa dgn sistem lif yg terlebih canggih. saya ke pejabat baru saya utk mengenali staf baru saya. alhamdulillah, penolong pendaftar adalah seorang yg proaktif. begitu juga mereka yg sempat saya ketemu. dan saya mungkin perlukan beberapa staf lagi spt penolong pendaftar dan pegawai eksekutif. sudah ada yg menawarkan diri kpd saya. terima kasih.

saya sudah maklumkan kpd keempat2 (tak silap saya) tnc perubahan tempat tugas saya.yg terakhir adalah kpd tnc akademik semasa majlis pra graduan fsr. ianya satu 'courtesy' utk memudahkan saya menjalankan tugas dan tanggungjawab saya.

Malam Pra Graduan FSR April 2011

alhamdulillah. tadi berlangsung dgn lancarnya malam pra graduan dan anugerah dekan fsr april 2011. ianya telah dirasmikan oleh tnc akademik uitm, prof dr azni zain ahmed.

tnc tiba lewat sedikit kerana beliau telah sebuah majlis sebuah fakulti lain di kelab berhampiran. walau pun amjlis bermula agak lambat sedikit menanti kehadiran tnc, kami berterima kasih kpd beliau yg berada sehingga majlis tamat selepas jam 11malam. terima kasih prof.

saya tidak memenangi sebarang hadiah utk cabutan bertuah. tiada rezeki. tetapi hadiah bg saya pada majlis tadi adalah melihat kegembiraan para pelajar yg pernah saya berkongsi ilmu akan tamat pengajian mereka dgn jayanya.

kegembiraan seorang pendidik dan pembimbing adalah senyuman, ucapan terima kasih dan kejayaan pelajar yg berjaya menamatkan pengajian mereka.tahniah drpd saya kpd mereka yg akan tamat pengajian di fsr pada sesi ini. tahniah juga kpd para pemenang anugerah dekan. saya doakan agar anda semua sentiasa mendapat rahmat Allah.

Khamis, April 07, 2011

Program SAP dan UiTM

semalam saya di cyberjaya. saya di cyberjaya lodge and spa mewakili uitm bersama seorang lagi dari pejabat jaringan industri dan masyarakat.

kami hadir utk sebuah program anjuran msc dan kpt. ianya berkaitan prgm perisian sap, sebuah perisian yg amat popular di dunia. dan ipt dipelawa utk mengadakan jalinan bersama sap melalui latihan dlm penggunaan sap oleh pelajar2 ipt.

saya ada tahu sikit tentang sap. ianya semasa saya menjadi perunding di sektor swasta dahulu. tetapi saya bukan dikalangan mereka yg dipilih utk mengikuti latihan dlm sap. saya terlibat dgn perisian lain.

perisian sap adalah berkaitan membuat keputusan utk perniagaan. perisian ini membantu memproses maklumat utk membolehkan pembuat keputusan membuat keputusan dgn cepat dan tepat. saya mencadangkan kpd bos saya utk uitm menghantar pelajarnya belajar sap. ada yg berminat?

Renjer

renjer dlm bahasa inggeris adalah ranger. dlm bahasa inggeris ranger adalah seseorang yg bekerja di kawasan yg luas (range).

tugas seorang renjer tidak terhad disatu tempat shj. seorang renjer bertugas dlm kawasan yg tertentu. satu kawasan yg luas yg memerlukan renjer sentiasa bergerak. di negeri bersatu (us), ranger pada asalnya adalah di negeri texas. texas merupakan sebuah negeri yg besar. maka tugas renjer adalah menjaga keamanan di kesemua kawasan dlm negeri texas.

antara renjer yg dikenali ramai adalah lone ranger. ianya adalah sebuah cerita lama dlm tv. lone ranger adalah seorang renjer yg terakhir drpd unitnya. dan beliau telah diselamatkan oleh seorang 'red indian'.

adakalanya, arahan drpd ketua akan mengakibatkan seorang atau sekumpulan pegawainya 'musnah'. adakalanya, arahan ketua (atau ketua2) adalah hanya utk melindungi ketua tanpa memikirkan kesan kpd pengikutnya. tetapi pengikut yg terselamat drpd 'khianat' ketuanya akan sentiasa mengingati 'khianat' tersebut.

Selasa, April 05, 2011

Persekitaran Kerja dan Kecemerlangan

minggu ini saya mula membuat rumusan utk kaunseling dlm sukan. diantara terapi yg dikongsi pada sem ini adalah yg menyatakan kepentingan persekitaran yg sesuai utk menggalakkan perkembangan seseorang.

ini bukan shj utk sesi kaunseling. ianya juga berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ipt dsbnya. ianya juga berkaitan di tempat kerja. manusia akan berkembang ke arah yg positif berdasarkan hubungannya dgn persekitarannya. dan antara elemen2 dlm persekitaran adalah pemimpin, rakan sekerja dan staf bawahan kita.

struktur adalah penting dlm organisasi. ianya membantu warga organisasi mengetahui hubungkait diantara tugas dan tanggungjawab. maka jika struktur organisasi tidak jelas, ianya boleh mengganggu keberkesanan dan kecekapan kerja.

seorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran interpersonal yg cemerlang. jika seorang pemimpin tiada kemahiran ini yg merangkumi kemahiran berkomunikasi, jawabnya beliau tidak layak jadi pemimpin kerana tiada yg ingin dipimpin olehnya.

Isnin, April 04, 2011

MPPSP 2011

alhamdulillah, tadi telah berlangsung dgn jayanya majlis penghargaan dan penyampaian sijil peers 2011. ianya telah diadakan di dataran tuanku fauziah, bersebelahan dgn bangunan canseleri uitm.

mengikut senaarai kehadiran, dijangkakan serama lebih 80 tetamu akan hadir. selain tetamu jemputan, peers dan alumni peers turut hadir. ketua pusat kerjaya dan kaunseling uitm adalah vip yg telah merasmikan majlis. selain drpd pn hjh kamaliah abu, 2 kaunselor lain turut hadir,pn azah dan pn mas.

peers fskm juga turut hadir.mereka juga adalah ahli kpd peers uitm shah alam. peers fsktm ditubuhkan utk membantu kaunselor di fskm menjalankan aktiviti2 kaunseling dgn lebih berfokuskan kpd warga fsktm.

ramai peers semasa menjadi ahli pada awalnya gemuruh berdiri dan bercakap di hadapan khalayak ramai. setiap presiden peers tidak terkecuali. dan tadi sebagai membantu mengurangkan gemuruh presiden peers 2011, beliau telah diminta mendendangkan sebuah lagu. dan drpd nyanyian beliau tadi,saya yakin gemuruhnya di hadapan orang ramai semakin berkurangan.

terima kasih dan tahniah kpd ajk mppsp 2011. terima kasih kpd kesemua hadirin. insyaallah kita berjumpa pada mppsp 2012.

Sabtu, April 02, 2011

Forum Sukan FSR April 2011

tahniah kpd fsr. tahniah kpd dekan yg berjaya memenuhi permintaan nc. alhamdulillah, tadi telah berlangsung forum sukan fsr. ahli panel termasuk pemain bolasepak kebangsaan saudara safiq dan penunggang basikal negara saudara anuar manan.

saudara anuar telah diberi anugerah khas yang telah disampaikan oleh tnc hep. prof dato' abdullah. para hadirin berebut2 nak bergambar dgn ahli2 panel. mereka juga tidak ketinggalan utk bergambar dgn ikon2 sukan malaysia.

terima kasih kpd ahli panel yg sudi hadir. tahniah kpd pensyarah sport seminar sr221 datin sarina dan pelajar2 beliau sebagai penganjur bersama fsr. terima kasih kpd pelajar sr221 sem 4 dan kesemua hadirin ke forum. insyaallah, kita anjurkan lagi.

Jumaat, April 01, 2011

Pelantikan Baru

alhamdulillah, setengah jam tadi saya telah terima surat pelantikan baru saya. ianya ditandatangani oleh naib canselor uitm. dan ianya telah diserahkan kpd saya secara peribadi oleh bos baru saya, pengarah untuk satu drpd unit di pejabat jaringan industri dan masyarakat uitm.

pagi tadi saya dimaklumkan oleh tnc p&i bhw tugas sbg ketua di pejabat tnc berbeza drpd tugas ketua di fakulti, cawangan, bahagian dan pusat2 lain. maka beliau akan memastikan bhw kami sbg ketua di peringkat universiti dikategorikan berbeza. kategori a.

panjangnya senarai edaran utk salinan surat pelantikan saya. ianya meliputi hampir kesemua pengurusan eksekutif uitm kecuali penasihat undang2. mereka yg lain adalah pnc komunikasi korporat, pengarah ined, dekan fsr dan timb pendaftar saraan. insyaallah, saya akan menjalankan tugas dgn penuh amanah utk kebaikan bersama, pelajar, staf, uitm dan pihak2 lain.

terima kasih dato dan tnc jim kerana memberi kepercayaan kpd saya utk berkhidmat di peringkat universiti.