Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, April 15, 2011

Majalah Sekolah 1954

semalam saya membaca salinan majalah sekolah ayah saya utk tahun 1954. ianya diterima oleh ayah saya semasa beliau hadir ke satu majlis untuk mengingati dan meraikan bekas guru.guru besarnya. ramai drpd pelajar2 sekolah tersebut yg dinyatakan dlm majalah merupakan orang2 besar setelah berada di alam pekerjaan.

seronok saya membaca dan melihat gambar2 lama dlm majalah kijang, majalah utk sultan ismail college (sic), kota bharu kelantan. pada tahun tersebut, ketua pengawas (headboy) adalah datuk saudara saya (adik kpd nenek). oleh kerana beliau seorang yg tinggi (mungkin) maka beliau mewakili sekolahnya dlm pelbagai sukan spt ragbi, kriket dan pelbagai lagi. saya telah melakukan latihan industri dan bekerja dgnnya sebelum bersama uitm.

nama seorang pakcik saya tersenarai diantara mereka yg mendapat keputusan cemerlang utk peperiksaan gce. beliau kemudiannya pencen sbg seorang hakim. seorang lagi saudara (pakcik ...) mewakili pasukan bolasepak sic. dan beliau pernah menjadi jurulatih kpd pasukan negeri kelantan. pakcik2 saya dan ayah saya dulu bermain bolasepak utk kelab kijang yg turut mempunyai ahli pasukan daripada org cina dan india.

ayah tidak tersenarai sebagai pemain mana2 sukan dlm majalah 1954. tetapi apabila beliau di mckk, beliau berjaya mendapat colors pada tahun pertamanya di sana. kemudiannya di um, beliau mewakili pasukan ragbi. beliau pernah menjadi presiden cobra (tak silap saya). saya hanya berupaya mengajar di fsr. adik saya ada yg bekerja di isn. saya rasa anak2 ayah tidak sehebat ayah dlm sukan.

Tiada ulasan: