Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, April 27, 2011

Keterampilan Diri

saya menyemak kerja kursus pelajar. ada yg menceriakan. ada yg mendukacitakan.

seronok membaca motivasi pelajar utk lebih maju melalui ilmu. sedih membaca kefasihan bahasa inggeris pelajar yg tidak mencapai tahap mereka di ipt, ianya lebih kpd pelajar sekolah menengah rendah. ini akan menyulitkan peluang kebolehpasaran mereka.

nak gelak pun ada. ada yg tulis bgmana mereka keluar dari biliki kuliah utk 'wash my eyes'. saya andaikan cuci mata di bilik air. tetapi tulisan seterusnya menyatakan mereka 'wash my eyes by going to canteen to see students from XXX faculty.' mereka turut mempersoalkan kenapa pelajar2 fakulti bersebelahan fakulti kami dibenarkan memakai pakaian yg tidak mencerminkan seorang muslim dan seorang melayu. mereka turut mempersoalkan kenapa pihak yg bertanggungjawab tidak mengambil tindakan terhadap pelajar2 fakulti itu yg memalukan orang islam dan melayu dgn pakaian yg tidak menghormati budaya dan agama kita.

saya juga tertanya2 kenapa selama ini pensyarah2 fakulti tersebut hanya diam membisu. mungkin kerana mereka dapat 'wash my eyes' dgn melihat pelajar2 mereka berpakaian sedemikian. apakah yg disampaikan kpd pelajar2 mereka ni? ada yg bagitau sebab ini kehendak industri. nanti saya tanya ya. pelajar2 ini mencerminkan keluarga merekakah?

Tiada ulasan: