Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, April 17, 2011

Temuduga SR113 17042011

alhamdulillah, tadi selesai sesi temuduga utk bakal pelajar sr113 kemasukan mei 2011. sesi utk calon2 bermula seawal 8pagi. ianya dimulakan dgn ujian kecergasan.

saya mempunyai seminar phd pada hari ini seperti semalam. tetapi kerana saya jangkakan temuduga akan bermula pada 9.30pagi, maka saya tidak hadir ke seminar igs. ini bermakna saya eprlu hadir pada semester akan datang. tiada pengecualian walaupun terpaksa bertugas pada hari minggu.

walau bagaimana pun, temuduga hanya bermula pada jam 11pagi setelah calon2 selesai ujian kecergasan. jika saya ke slot pagi igs tadi, mungkin saya tak perlu hadir gantian pada sem hadapan. dan calon 2 terakhir selesai ditemuduga saya pada hampir jam 4.45ptg. mungkin cara saya menemuduga tidak secekap kumpulan2 lain? atau mungkin calon2 yg hadir utk kumpulan saya lebih tinggi peratusannya drpd kumpulan lain.

ada yg bersedia utk temuduga. ada yg sebaliknya. terima kasih kpd urusetia dan pelajar2 fsr yg membantu sesi tadi.

Tiada ulasan: