Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Mac 31, 2022

Belajar dan Beribadah

Utk beribadah, perlu kpd ilmu. Maka kita perlu belajar utk dapatkan ilmu diperlukan utk kita beribadah.

Kita belajar sehingga kita mati. Seperti ada yg berkata, 'belajar hingga jadi jenazah, bukan setakat mendapat ijazah'. Jika kita faham, kita tidak akan sombong dgn ilmu yg kita ada. Selain harta dan keluarga, pangkat, gelaran, jawatan boleh menjadikan kita lalai drpd beribadah kpd Allah.

Ramai yg kononnya berilmu, lalai, leka, alpa, tergoda, dgn 'ilmu' yg mereka miliki, yg digunakan utk kaya dan senang di dunia shj.

Ilmu dan Adab

Ada beza antara adab, adat dan adap. Tapi ketiga2 perlukan ilmu.

Adap itu bersua, bersemuka, berjumpa. Sekarang boleh secara fizikal atau bukan fizikal. Bukan fizikal spt melalui telefon, internet, surat, dll.

Adat berkait budaya. Berkait dgn kebiasaan. Berkait dgn tingkahlaku. Tapi tingkahlaku sekarang bukan sahaja fizikal, tetapi bukan fizikal, spt adat bersua, mengadap. Adat dikaitkan dgn yg positif, baik.

Adab adalah tanda berilmu tahap tinggi. Seorang yg beradab, adalah seorang berilmu, secara formal atau tidak tidak formal. Berilmu secara tidak formal melalui pengalaman, tanpa pensijilan.

Ramai yg kejar pangkat, gelaran, jawatan, kuasa, harta. Tak ramai kejar ilmu utk beradab.

Ilmu dan Amanah

Di awal semester, saya berkongsi dgn pelajar saya, iaitu saya dan pelajar diamanahkan utk berkongsi ilmu. Kita saling berkongsi ilmu, utk kebaikan bersama.

Org yg berilmu utk jadi beramanah. Org yg beramanah adalah org yg berilmu. Manusia diamanahkan mencari ilmu. Iqra. Baca. Rujuk. Ngaji. Utk bolehkan kita beribadat kpd Allah.

Ilmu, amanah, mesti dilihat utk kebaikan shj. Kita belajar utk jadi baik.

Rabu, Mac 30, 2022

Arahan & Risiko

Biasanya perancangan jarang ambilkira risiko. Maka biasa arahan dibuat tanpa ambilkira risiko berkaitan.

Pernah terlibat dgn arahan utk dirikan menara manusia. Kawan2 patuh tanpa bersoaljawab. Tapi saya tidak turut serta dlm membina menara. Bukan engkar arahan. Bukan sebab malas. Tapi saya ambilkira berkait risiko. Perlu ada pemantauan dari luar. Thinking, working outside the box.

Semasa cubaan pertama, hampir berjaya dirikan menara manusia. Tapi semasa kawan yg diberi tugas utk pegang bendera cuba berdiri tegak, sokongan di bawahnya menjadi lemah. Kawan tersebut terjunam kepala dahulu. Alhadulillah, saya berjaya tangkap beliau dgn kepalanya hampir 0.5m dari tanah. 

Mungkin beliau telah bersedia utk jatuh tanpa cedera. Mungkin tidak. Saya tak tahu. Saya tak pernah tanya beliau. Yg saya ingat, saya andaikan beliau tida cedera, spt patah leher, atau lain2.

Bintang

Ada seorg kawan pernah berkata, 'kau mcm bintang, cerah masa depan. Sebab cara kau bekerja, kau boleh pergi jauh. Arwah kawan bagitau lebih drpd 10 tahun yg lalu.

Memang dah lama tunggu bintang. Utk disemat, dipakai, dan dipamerkan. Terlalu lama menunggu. Mungkin masih tiada rezeki. Andaian dulu, sudah pun diamanahkan 2 bintang sekrg.

Tapi kerja kita bukan utk gelaran, pangkat, jawatan atau kuasa. Jauh sekali tentang harta dunia. Bersyukur apabila ada yg bertanya tadi, bila nak minta prof.

Isnin, Mac 28, 2022

Pendidikan

Polisi pendidikan dulu2 oleh penjajah utk asingkan rakyat. Utk didik dan hasilkan pentadbir bukan pengurus. Utk hasilkan pengikut dan pekerja yg ada ilmu, tapi terus hidup dgn bergantung kpd penjajah.

Diberi jadual, seragam, matlamat dunia yg sebabkan kita tidak selari dgn naluri semulajadi. Polisi yg kononnya kita tidak bijak jika kita tidak capai tahap pendidikan di peringkat tertentu. Polisi yg tidak galakkan berfikir utk cari kaedah utk selesaikan masalah yg beri kesan kpd keperluan semasa kehidupan kita.

Maka kita teruskan polisi ini yg tidak menjadikan kita bebas drpd bergantung kpd org lain, dan sentiasa percaya kpd mereka yg hanya gunakan kita utk mereka shj senang di dunia?

Ahad, Mac 27, 2022

Sedia Berkhidmat

Biasanya, ramai akan sedia berkhidmat, pada peringkat berbeza. Semasa ditawarkan biasiswa, semasa belajar, semasa ditawarkan kerja, semasa kerja dll.

Tujuan berkhidmat utk kesihatan diri, masyarakat, dll. Kesihatan dlm pelbagai bentuk, bukan hanya fizikal. Memenuh keinginan keluarga utk berkhidmat dlm pekerjaan tertentu juga satu bentuk tujuan kesihatan.

Tetapi, sudah banyak saya dengar, lihat bgmn ramai yg sudak tidak sihat utk berkhidmat dlm khidmat kesihatan. Adakah sebab polisi? Adakah sebab prosedur? Atau adakah sebab2 lain?

Jawatan dll

Biasa ramai kejar, jawatan, pangkat, gelaran, harta. Ada juga yg tolak apabila ditawarkan jpgh. Masing2 ada alasan sendiri, kenapa mereka kejar, cari, terima, dan tolak jpgh.

Jpgh, ada yg formal, ada xformal. Sebaiknya kita jalankan amanah yg diterima bersama jpgh dgn sebaik2 termampu. Walau pun kita buat baik amanah diterima, tidak sombong, tidak kedekut, akan ada yg dengki, yg tamak dgn jpgh yg diamanahkan kpd kita.

Tapi kita mesti sedar dan ingat, kita yg akan bertanggungjawab dgn jpgh yg kita terima.

Sabtu, Mac 26, 2022

6° atau 6 Degree

6° dlm bahasa melayu adalah 6 darjah. Dlm bahasa inggeris, 6 degree. Ianya bukan berkait terus dgn darjah 6 atau 6 sarjana muda serta sarjana lain2 sehingga 6.

Ianya berkait hubungan antara manusia. Lebih mudah, pi mai pi maing tang tu juga, mereka yg kita jumpa rupanya ada kaitan hubungan dgn kita. Sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kaitan atau hubungan mungkin kekeluargaan, kerabat, kawan, sahabat, kenalan. Pengalaman saya, melalui fb sbg contoh, ramai yg saya kenal, sebenarnya ada kaitan atau hubungan. Dunia 6° itu sebuah dunia yg kecil. Bukey oghey lain, set kito jugok.

Jumaat, Mac 25, 2022

Guru

Biasa kita panggil cikgu. Guru drpd perkataan sanskrit yg berkait dgn cahaya dlm kegelapan. Cahaya yg dimaksudkan adalah ilmu yg baik.

Sekarang terdapat pelbagai kategori guru. Dulu hanya guru besar, guru kelas. Dan cikgu sekrg trek kerjaya lebih baik berbanding pensyarah ipta?

Jika yg beri ajaran sesat, atau merosakkan dgn ilmu yg dikongsi, tidak sesuai dipanggil guru. Guru yg berjasa, dihormati oleh bekas murid, ibubapa bekas murid, dan masyarakat. Walau telah pencen, mereka tetap dipanggil cikgu.

Rabu, Mac 23, 2022

Kaum Kerabat

Sanak saudara. Anak beranak. Ahli keluarga. Kinsman.

Rezeki saya, ramai kaum kerabat. Ada yg sejak lahir. Ada yg baru. Ada melalui darah daging. Ada melalui perkahwinan. Ada melalui kenalan.

Kerabat dimaksudkan dlm bahasa Kelantan sebagai peluk. Merapatkan diri dgn orang atau bukan org. Kita bersyukur mempunyai kerabat yg saling membantu.

Selasa, Mac 22, 2022

Tegur & Ego

Ego yg biasa diandaikan adalah sifat yg negatif. Sombong, bangga diri, tidak boleh dikalahkan, tidak boleh disalahkan.

Tegur biasa difahami adalah cakap kpd org lain utk memarahi, menyindir, menjatuhkan org lain. Sedangkan tegur juga adalah pujian, peringatan.

Mereka yg ego diandaikan boleh tegur orang lain, tapi mereka tidak boleh ditegur. Walau pun terang-terang mereka buat salah dan silap. Walau pun mereka jelas tidak amanah.

Penyokong mereka juga tidak amanah kerana puja dan puji idola yg berego yg tidak boleh ditegur. Adakah puja dan puji sebab termakan budi, atau suka kpd rasuah?

Rumah Yang Luas

Kita diberitahu, rumah yg besar, luas adalah tanda kita kaya. Tapi semasa pkp, sakit, kita hanya perlu ruang yang sedikit.

Semasa kita menginap di hotel, ruang bilik kita yg diperlukan cukup yang boleh muat sebuah katil, almari/ruang simpan baju/beg, ruang solat, dan bilik air. Pakaian yang dibawa cukup untuk yg perlu dipakai.

Saya tidak pasti, ruang minima diperlukan utk kesihatan kita. Ruang tersebut sebaiknya membolehkan kita sihat fizikal, mental, emosi, spiritual, dan kewangan. Lebih drpd itu, kita membazir?

Keperluan dan Pembaziran

Ada beza antara keperluan hidup dan pembaziran dalam kehidupan. Banyak banyak kehendak, dipromosikan sebagai keperluan. Keperluan tipu ini sebenarnya pembaziran.

Membazir punca kita miskin. Membazir tak galakkan simpanan jika ada keperluan semasa kecemasan. Meminjam bukan untuk keperluan adalah membazir.

Gaji minima tinggi sebab banyak membazir. Membazir juga berlaku kerana tidak amanah.

Negara Maju

Dikatakan negara maju adalah negara berada di tahap tertinggi dari segi pencapaian negara berbanding negara lain. Tahap kedua tertinggi atau sederhana adalah negara membangun. Tahap ketiga atau terbawah adalah negara mundur.

Diandaikan negara maju, punyai rakyat berpendapatan tinggi berbanding negara lain. Nilai pendapatan diukur gunakan nilai matawang negeri bersatu.

Tapi realitinya, lebih penting pendapatan bersih rakyat berbanding kos kehidupan di negara masing2. Harga barangan dan perkhidmatan berbeza dgn tahap keselesaan.

Isnin, Mac 21, 2022

Kaya & Berjaya di Dunia

Biasanya dilihat dari segi pangkat, gelaran, jawatan, harta, keluarga, kuasa di dunia. Berkaitan dgn sombong, kedekut, dengki, dan tamak. Ramai akan tidak amanah utk kaya dan berjaya di dunia.

Biasa semasa baru jumpa, lama tak jumpa, perkara di atas akan ditanya, dicerita. Ada berniat baik, tapi ramai yg berniat tidak baik. Mungkin supaya mereka ingin dihormati atau dipandang tinggi.

Di surau, orang2 lama, dan biasa ke surau, biasanya orang2 yg hebat. Mereka biasanya yg tinggalkan pangkat, jawatan, gelaran, harta, kuasa di luar pagar surau. Mereka jarang atau tidak bercerita tentang kehidupan mengejar nikmat dunia.


Masa Bekerja

Kita diberitahu, masa bekerja hanya untjk buat kerja. Tidak boleh dilakukan benda yg tidak berkaitan kerja. Mungkin supaya kerja dibuat dgn berfokus utk hasil terbaik.

Semasa saya di swasta, pernah ditegur lambat habiskan sarapan sehingga melangkau masa kerja. Saya juga pernah ditegur kerana membaca semasa waktu bekerja. Dan bos biasa tanya kita, 'awak tak ada kerja ke?', jika dilihat kita tidak buat benda berkaitan kerja.

Semasa di swasta, setiap masa bekerja mesti dilaporkan apa yg dilakukan. Ianya satu cara utk pengurusan tengok produktiviti kita. Ia berkait dgn perancangan utk meningkatkan keuntungan syarikat. Tapi tak semua organisasi sesuai guna pelaporan begini.

Jadual dan Masa

Jadual sebagai rujukan untuk merancang masa kita. Saya telah sediakan jadual saya untuk 2022. Jika panjang umur, saya akan sediakan jadual untuk 2023.

Jadual setahun biasa dipanggil kalender. Semasa saya bekerja di swasta, saya juga sediakan jadual kerja setahun. Ianya untuk mudahkan saya merancang bercuti. Ada seorang kawan bertanya, 'di itm memang ajar pelajar sediakan kalender?'.

Manusia merancang. Allah merancang. Allah sebaik2 Perancang.

Darjah 1

Saya masuk darjah 1 pada 1974. Saya bersekolah di SRK Sri Petaling, seksyen 12 Petaling Jaya.

Apa yg saya ingat? Tak banyak semasa darjah 1. Semasa darjah 2 hingga 6 pun tak banyak yg sangat peristiwa yg berlaku. Tapi saya masih ingat kawan-kawan yg sekelas semasa darjah 1. Sebab ada gambar rasmi.

Saya ingat, hari pertama ke sekolah, saya sampai lambat. Sebab tak nak pergi sekolah? Saya duduk di barisan bukan yg paling depang, bukan paling belakang, bukan paling kiri atau kanan. Saya teringat kpd seorg kawan, sbb cara rambut dia diikat, saya rasa pelik.

Jadual Waktu Kuliah

Pagi ini saya terima jadual waktu kuliah saya untuk sem mac 2022. Jwk ini untuk masa kuliah saya dgn pelajar. Ianya belum termasuk masa untuk selia pelajar latihan industri, dan pelajar menyediakan kajian akhir pengajian.

Jika dilihat jwk saya, akan ada berkata, sikitnya masa utk kerja, 10jam shj. Tentu masa lain 29jam baki drpd 39jam masa kerja sibuk membuta. Orang akan cakap apa shj ikut kemampuan dia berfikir.

Jwk adalah utk perancangan kerja. Kerja seorang pensyarah bukan hanya beri syarahan sahaja. Setiap satu jam kuliah diberi 0.5jam persediaan dan semakan kerja kuliah. Ada kerja yang dirangkumkan sekali masa sebelum, semasa dan selepas kerja.

Masa untuk Kerja

Dulu biasa dengar, bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari. Pesanan ini bukan hadis atau ayat alquran.

Tapi, kenapa mestikan kerja drpd ibadah? Sebaiknya kerja kita adalah ibadah. Belajar juga adalah ibadah. Dan kita dijadikan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Molek diubah, atau mungkin telah ada pesanan sebegini, 'beribadahlah utk kehidupan yg baik selama-lamanya, iaitu hidup di dunia, di dlm kubur, di akhirat, di syurga.'

Buat Cepat

Kita biasa dinasihatkan, buat benda baik dgn cepat. Jangan berlengah.

Jika dilambat-lambatkan benda baik, mungkin berlaku risiko, kita sama ada xdapat buat atau lambat capai apa yg kita niatkan. Kita mungkin merancang yg terbaik, tetapi perancangan tentang masa depan. Dan jarang kita pasti kita dapat capai dgn tepat, apa yg kita rancang.

Setiap hari, kita akan hadapi banyak perkara yg perlu kita buat. Bagi budak asrama, biasanya kita jenis yg last minute atau buat di saat akhir. Semakin hampir dgn deadline, makin banyak idea kita.

Sabtu, Mac 19, 2022

Masa dan Kerja

C19 dan pkp buktikan, kerja mesti cekap. Tidak perlu hari2 masa kerja 8jam utk semua yg bekerja.

Tapi biasa, ramai tak nampak, utk cekap bekerja dlm masa yg singkat, perlu masa persediaan yg banyak. Dan juga selepas kerja dilakukan, perlu ada masa semakan kerja.

Ramai nampak pensyarah banyak masa, sebab jadual mengajar ada yg biasa hanya 15jam seminggu. Mereka tidak lihat, bagi setiap jam kelas, perlu satu jam persediaan, dan satu jam semakan. Maknanya, 15jam mengajar sebenarnya perlu jumlah jam kerja sebanyak 45jam seminggu.

Jumaat, Mac 18, 2022

Puasa dan Masa

2 minggu lagi insyaallah 1 ramadan. Mula kita berpuasa utk sebulan. Rasa macam baru shj berpuasa ramadan pada tahun lepas.

Arwah ayah beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia ada bertanya kpd bonda, 'bila kita berpuasa?'. Biasanya, kami, ayah, emak dan saya akan solat isyak, terawih di surau dekat rumah. Tapi bermula 2019, lebih kerap di rumah kerana kesihat ayah dan mak.

Tahun ini, tahun pertama berpuasa tanpa ayah. Setelah hampir 55 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Dulu2 rasa lambat sangat dari satu bulan ramadan ke satu bulan ramadan yg lain. Dulu2 lebih ditunggu hari raya berbanding puasa. Makin berumur, makin lebih menunggu ramadan berbanding syawal.

Khamis, Mac 17, 2022

Kaya atau Miskin

Org kaya biasa dikatakan banyak harta. Harta nilai berjuta. Makan lauk penuh meja. Pakaian berjenama. Bercuti ke luar negara. Anak2 belajar di sekolah di luar negara.

Tapi ada juga berkata, orang kaya adalah mereka yg sentiasa berasa cukup. Cukup dgn pakaian yg sedikit. Cukup dgn makan yg mudah dan sederhana. Banyak masa utk beribadat di surau atau masjid atau di mana shj.

Org kaya mungkin mereka yg sentiasa berasa miskin drpd segi bekalan utk ke akhirat. Mereka sentiasa berusaha cari bekalan utk akhirat.

Kesihatan & Kerja

Kita perlu sihat utk bekerja. Kita bekerja utk sihat. Kesihatan dan kerja saling berkait dan saling mempengaruhi.

Antara syarat saya letak utk pilih tempat kerja; mudah makan, mudah ke bilik air, mudah solat. Lain orang, lain syarat. Jika susah makan, kita sakit. Jika susah ke bilik air, kita sakit. Jika susah solat, kita sakit.

Persekitaran pengaruhi kesihatan kita. Ramai yg sakit sebab kerja. Ramai yg mati sebab kerja. Jarang dikaitkan kesakitan atau kematian akibat tuntutan kerja.

C19 dan Kesihatan

Ramai dikalangan kita, di negara kita adalah alumni atau sedang sbg pesakit c19. Ada yg kita kenali telah meninggal dunia sbb sakit berkaitan c19.

Antara pasca c19 bagi alumni c19 adalah kemurungan. Murung sbb akan banyak berfikir, adakah kita akan lebih baik kesihatan kita selepas c19, atau sebaliknya. C19 sebabkan tidak sihat bukan shj fizikal, tapi emosi, mental, sosial, dan kewangan.

Maka amat penting kita gunakan spiritual atau rohani sbg ubat utk kita lawan sakit2 berkait c19.

Kursus dan Sihat

Setelah 2 tahun, akhirnya saya kembali berkursus di ild enstek, pusat latihan uitm, pada 15-16mac 2022. Kali terakhir pada 16-17mac 2020.

C19 bnyk mengganggu perancangan kursus. Kursus biasanya utk menyihatkan kita dgn ilmu baru, atau kukuhkan ilmu lama. Semasa berkursus, keseronokan dpt berjumpa secara nersemuka, kawan lama dan baru bantu tingkatkan juga kesihatan fizikal, emosi, mental, melalui sosial.

Kursus memang penat. Semakin berusia, semakin lambat kita pulih dari kepenatan berkursus. Semasa berkursus, kita belajar dan juga mengajar. Berkongsi ilmu. Menggunakan tenaga mental lebih penat drpd guna tenaga fizikal.

Ayah Jan

Arwah ayah jan lahir pada 17mac 1949. Beliau kembali kpd Pencipta pada 16mac 2015.

Ayah jan antara mereka yg buatkan saya ingin jadikan u2 sbg kerjaya. Seorg lg arwah ayah yeh. Ayah jan seorg peguam. Ayah yeh seorg hakim.

Walaupun ayah jan telah lama kembali ke rahmatullah, adakala, apabila di rumah ibubapa saya, di rumah di c3k, akan terbayang ayah jan duduk di tempat tertentu. Beliau bercakap ttg bnyk perkara.

Rabu, Mac 16, 2022

Amanah dan Hutang

Ada yg sanggup pecah amanah sebab hutang. Sebab hutang diguna sbg rasuah. Maka tiada lagi integriti, tiada lagi etika sbg seorg profesional.

Ada yg sengaja guna duit drpd sumber yg xpasti utk beli jiwa, beli sokongan, utk tutup kesalahan mereka, utk terus buat salah. Yg dibeli sama ada dgn tunai, hadiah, derma, pinjaman, dll, akan berfikir ikut emosi sebab terhutang budi melalui duit. Maka akan sentiasa sokong pembuat salah.

Ada yg berkata, sebab terdesak, baik sokong yg bantu kita semasa susah, drpd tegas tentang kebenaran dan amanah. Inikah makna, kafir kerana fakir?

Ahad, Mac 13, 2022

Patch Adam

Antara cerita yg saya sarankan pelajar saya tengok, dan belajar makna yg tersurat dan tersirat.

Ianya tentang keinginan seorang membantu mengubah merawat seorang pesakit. Ubat masih diperlukan, tapi dia cadangkan layanan dan persekitaran pesakit yg sedang nak sembuh juga penting.

Ianya spt kata doktor jantung saya, persekitaran boleh pengaruhi kesihatan kita. Bukan sahaja rawatan doktor dan ubat yg diberi utk kita sembuh dari sakit. Mungkin perlu polisi tentang ini?

Do'oh

Atau bedo'oh kata orang kelantan. Maaf jika tulisan berulang.

Bahasa bakunya, bida'ah. Lebih2. Over. Satu pernyataan negatif. Buat sesuatu lebih drpd patut. Ada kata buat yg lari dari jalan yg lurus.

Boleh sebabkan kita rugi. Buat kita lalai. Buat kita lupa yg asas dan perlu. Buat kita syok sendiri. Bazir waktu, tenaga, dll.

C19 antara peluang kita semak (check), elak semak (clutter), masa yg ada guna utk kebaikan dunia dan akhirat.

Kurikulum Sekolah

Tadi saya dapat ke kedai kesukaan saya, kedai buku. Seperti biasa, saya cari buku2 diskaun.

Kemudian saya ke bahagian buku untuk spm. Nak tahu silibus terkini perakaunan dan ekonomi. Saya juga tengok buku sejarah. Geografi tiada lagi utk spm.

Terkejut saya tengok silibus spm sekrg. Dah mcm nak buat diploma dan sarjana muda di ipt. Sejarah berfokus kpd alam melayu dan dalam negara shj. Walau pun bukan lagi dlm geografi, ada topik2nya dlm subjek lain

Pandangan saya, tak seronok saya nak ambil spm. Ada subjek terlampau luas dan tinggi. Ada subjek yg sempit dan terlampau khusus. Mohon semak semula supaya murid2 seronok belajar ikut tahap kemampuan ramai.

Sakit dan Rehat

Rehat penting dalam kehidupan harian kita. Semasa kita sakit, rehat juga penting sebagai persediaan untuk sihat semula.

Rehat utk kita tidak sama masa utk kembali sihat. Ada yg perlu hanya rehat yg kejap. Ada yg perlu rehat yg lama.

Tapi ada kerjaya yg sangat penting kpd masyarakat spt dibidang kesihatan, tidak mendapat rehat yg cukup. Mereka dibidang ini sentiasa tidak cukup rehat, sama ada semasa sihat, sakit atau sembuh dari sakit.

Bayangkan jika tenaga mereka umpama meter bateri hp, di hujung hari biasa semasa sihat, meter bateri tinggal 10% shj. Jika tidah berehat dgn cukup, xmungkin dpt capai meter penuh, 100%. 

Bayangkan setiap hari meter xcukup dicaj semula 100%, maka hanya tunggu masa utk terus 0%, tak dapat dicaj semula lagi. Kita boleh lihat di hospital, klinik, dan di rumah. Pihak pengurusan atasan perlu prihatin segera.

Khamis, Mac 10, 2022

Ngatib Lagi

Malam ni di surau, keluarga kami anjurkan ngatib - tahlil dan bacaan yasin, sempena 40 hari almarhum ayah kembali kepadaNya. Alhamdulillah ramai qariah yg biasa hadir dapat hadir.

Ngatib yg paling awal saya ingat, ngatib arwah moyang saya. Nenek kpd bonda, arwah nye tok saadiah. Pada tahun 70an. Di rumah di kampung raja. Rumah yg telah dirobohkan sebab sudah tiada tinggal di situ.

Saya ingat, bermain bola tiup dgn pakcik2 saya. Padang dan bola dari kertas. Tapi saya tak ingat berapa malam ngatib diadakan. Dan tiup bola sebelum atau selepas ngatib. Pada tahun 1973. Hampir 50tahun yg lampau.

Hutang dan Amanah

Ramai yg setia kpd pemberi hutang. Walaupun pemberi hutang mendapat wang dari sumber yg diragui.

Ramai yg sanggup setia membuta. Sayang, puji dan puja kpd yg beri hutang. Lupa bhw pemilik sebenar segala rezeki adalah Allah.

Memang harta, isteri dan anak adah ujian. Hutang juga ujian. Bagaimana hutang dari sumber yg diragui diguna sbg rasuah utk dapatkan sokongan? Penerima hutang/rasuah juga tidak amanah?

Tahu

Saya tahu saya tak tahu semua benda. Setiap pertemuan pertama dgn pelajar, saya bagtahu mereka, saya tak tahu semua.

Pelajar ada yg lebih tahu drpd saya. Dunia sekarang dunia yg boleh tahu di hujung jari. Kita tidak boleh sombong dgn apa yg kita tahu. Jangan juga malu dgn apa yg tak kita tahu.

Saya juga bagitahu pelajar, jika saya tahu semua, tahu apa yg perlu saya tahu, saya duduk di rumah sahaja.

Rezeki dan Ibubapa

Rezeki dlm pelbagai bentuk. Ada yg pendapatan banyak. Ada melalui harta. Ada melalui pasangan dan anak2. Itu antara rezeki yg biasa diukur ramai.

Alhamdulillah, rezeki saya antaranya melalui mak ayah. Dapat tinggal berhampiran dgn mereka. Dapat makan minum dgn mereka, di rumah mereka. Dapat bercerita dgn mereka.

Alhamdulillah, saya diberi peluang utk jaga arwah ayah hampir 2 tahun terakhir beliau. Dapat gunting rambut, cukur misai dan janggut, dapat mandikan beliau, dll. Semoga arwah ayah dan mak tergolong dlm golongan yg sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungan Allah.

Balik Kampung

Ramai tertunggu2 nak balik kampung. Bagi kanak2 biasanya utk bercuti sekolah. Bagi yg dewasa, utk beraya.

Pelbagai mod pengangkutan digunakan. Dulu2 ramai balik naik bas, naik keretapi. Sekarang, ramai balik naik kereta sendiri. Yg mampu, balik dgn kapal terbang.

Saya biasanya sekarang balik kampung berjalan kaki. Tiada kereta mewah. Bukan dgn kapal terbang. Alhamdulillah, hampir setiap hari. Rezeki dpt sewa rumah berhadapan rumah mak ayah saya.

Rabu, Mac 09, 2022

Sakit dan Selera Makan

Sakit untuk rehat. Rehat utk badan pulihkan diri dari sakit.

Biasanya, jika sakit, makan minum ada pantang. Kita kena jaga makan. Ada diet khas ikut sakit kita.

Biasanya, semasa sakit, ramai yg kurang selera makan. Saya pernah baca, sebuah buku perubatan orang2 zaman koboi di amerika. Semasa sakit, rehat, duduk di tempat teduh, banyakkan minum air.

Tulisan Berulang

Maaf, apabila menulis, biasa saya tulis yg telah saya tulis. Maaf jika tulisan saya berulang2.

Biasanya, saya akan tulis ikut keadaan semasa. Ikut perasaan semasa. Dan keadaan dan perasaan ada yg berulang2.

Keadaan dan perasaan adalah peringatan. Tulisan hasil 'bacaan' adalah peringatan. Terutama untuk saya. Jika ia menjadi peringatan juga kpd yg baca tulisan saya, alhamdulillah.

Pilih yang Amanah

Kita lebih didedahkan dgn integriti, etika, moral. Juga dgn rasuah, mungkir janji, berbohong, mencuri.

Kenapa amanah tidak diutamakan? Amanah merangkumi semua. Nak pilih pemimpin, pilih yg beramanah. Manusia diamanahkan sbg khalifah di dunia.

MARa - Majlis Amanah Rakyat. Bukan integriti rakyat, bukan etika rakyat, bukal moral rakyat. Bukan nama shj.

Amanah - pulangkan yg kita terima kpd pemilik, minima sebgmn kita terima. Lebih baik, kita pulangkan barang itu dlm keadaan lebih baik drpd semasa kita terima.

Buku dan Ilmu

Saya ada banyak buku. Di rumah dan di pejabat. Ada yg telah saya baca. Banyak yg belum dibaca. Banyak yg dibaca berulang2 kali.

Dulu2 buku hanya dibeli di kedai buku spt university book store, dll kedai buku dimiliki warga india muslim. Sekrg saya banyak beli buku secara online. Tetapi sekali sekala dapat ke kedai buku memang membuat saya teruja.

Lagi banyak kita baca, lagi banyak kita tahu, yg sebenarnya banyak yg kita tidak tahu. Tak perlu sombong dgn ilmu yg kita ada.

Saya dan Membaca

Sejak kecil, saya suka membaca. Ayah biasa belikan buku enid blyton utk kami baca. Suratkhabar bahasa inggeris dilanggan harian, dan pada hujung minggu, ditambah dgn yg bahasa melayu.

Selain, memang ada kamus, dictionary, dan buku2 lain. Ayah juga langgan readers' digest. Semasa arwah ayah ngah tinggal dan bersekolah di pj, saya suka baca buku2 sekolah ayah ngah. Buku2 kurikulum 4 tahun lebih ke hadapan.

Saya suka baca tentang sejarah, ilmu alam. Banyak cerita dapat kita tahu. Sekrg, bnyk boleh dibaca melalui tv dan internet.

Rehat untuk Sihat

Saya pernah dijangkiti demam denggi. Kena semasa musim nyamuk aedes mengganas di kawasan perumahan saya. Ada yg meninggal dunia kerananya.

Saya dijangkiti c19 apabila c19 kembali mengganas di negara kita. Dan ada yg meninggal sebab c19, tapi saya tak tahu jika ada di kawasan perumahan saya.

Kedua2nya mengganggu kehidupan biasa saya. Badan rasa penat dan lesu. Berkait dgn pernafasan dan pengaliran oksigen, pengedaran darah dalam badan.

Maka rehat amat penting. Semasa denggi, diberi rehat 2 minggu. Tapi selepas 2minggu, dalam seminggu selepas itu pun saya masih penat. 

Rehat semasa c19 hanya 7 hari bagi yg lengkap booster. Bermula 7 mac, kerajaan bagitau cukup 5 hari. Tapi bagi saya, 7 hari tak cukup, mungkin perlu jumlah 21 hari untuk rehat dan kembali bertugas hampir seperti biasa?

Selasa, Mac 08, 2022

Baca, Buat, Tulis

Saya belum pasti turutannya. Yang mana dulu, yg mana kemudian, diantara baca, buat, tulis.

3R atau 3M iaitu read, write, arithmetic atau baca, tulis, kira. Mungkin betul mulakan dgn baca. Perkataan pertama Malaikat Jibrail kpd Rasululullah s.a.w ada iqra - yg kita biasa terjemahkan sbg baca. Org kelantan biasa kata baca berkait ngaji - belajar. 

Blog saya utk saya rekodkan bacaan, buatan, tulisan saya dan orang lain. Harapan saya blog saya dpt bantu saya, mereka yg baca, dan mereka yg tak baca blog dapt perbaiki diri, lebih sihat, utk dunia dan terutamanya akhirat.

Iqra dan Sakit

Sakit satu bentuk iqra. Itu kefahaman saya.

Iqra bukan hanya baca. Baca bukan hanya baca sesuatu tulisan, secara nyaring atau secara diam. Iqra dlm bahasa inggeris antaranya- read, proclaim, recite.

Iqra utk perbaiki diri, dan mereka yg kita sayangi.

Sakit untuk Sihat

Sakit peluang untuk sihat. Sakit peringatan ada yg tak betul dgn fizikal kita. Sakit juga ingatkan kita tidak sihat selain fizikal, spt emosi, dll.

Antara ubat utk sakit adalah rehat. Jika diteruskan buat spt kita tidak sakit, boleh sebabkan kita terus sakit, lambat sihat, atau mati. Tapi tak semua faham sakit utk rehat supaya akan sihat.

Semasa sakit peluang utk refleksi. 5w 1h tentang sakit kita. Keputusan di tangan kita, nak terus sakit, lambat sihat, mati atau cepat sihat. Allah sebaik2 perancang.


Kemampuan Kita

Setiap kita punyai kemampuan. Walau pun ada kemampuan yg sama.

Seorang ketua mesti tahu kemampuan pengikut/pekerja, termasuk yg berada di sekitar, yg akan bantu capai matlamat ditetapkan. Ada kemampuan secara tersurat (jelas), ada secara tersirat (perlu dijelaskan).

Jika ketua tidak mampu tahu kemampuannya yg akan bantunya, mereka yg di sekitar ketua perlu bantu ketua untuk tahu. Ketua seorang manusia biasa, seperti yg diketuainya seorang manusia biasa.

Masa dan Kita

Masa dirasai, dilalui berbeza antara perseorangan.

Saya rasa masa yg telah lepas mcm melihat ke angkasa lepas. Tahun 60an memang tidak jelas. Tahun 70an ada yg jelas. Diingatkan dgn gambar dan perasaan. Tahun2 di tadika dan sekolah rendah.

Tahun 80an zaman remaja, bersekolah menengah, dan diploma di itm. Ada kenangan tanpa yg jelas tergambar di kepala dan hati hingga kini. Tahun 90an, awalnya di uitm, kemudiannya di firma, dan um.

Tahun 2000 sehingga kini, rasa sangat cepat berlalu. 22 tahun. Walaupun ada banyak kenangan, tapi terasa masa spt selaju cahaya. Terpinga2 bagaimana ianya berlaku? Kenapa?

Ahad, Mac 06, 2022

Gelaran & Silatturrahim

Gelaran, pangkat, jawatan biasanya dikaitkan dgn yg rasmi. Ramai yg terkejar2 yg rasmi. Utk dipuja dan dipuji.

Tapi gelaran yg xrasmi, lebih cerminkan siapa diri kita? Sebab pemberinya lebih kenali kita secara ikhlas dan jujur.

Jika ingin kenali kita, tanyalah mereka yg beramanah menjaga kita. Saudara, ahli keluarga & kerabat, kawan & sahabat, serta kenalan kita. Yg tegur kita utk kebaikan bersama.

Sabtu, Mac 05, 2022

Woh Nyor

Oghey klatey panggey woh nyor. Bahasa baku, buah kelapa.

Disarankan minum air kelapa semasa c19. Semasa denggi, selepas penat bersukan, kuat berpeluh, juga disarankan minum air kelapa. Sekarang, selain boleh dibeli di gerai tepi jalan, di kedai mamak, boleh juga order online.

Arwah ayah suka minum air kelapa, dan makan isi kelapa. Ahli keluarga memang tahu buah kelapa kegemaran arwah ayah. Di kampung raja besut dulu2, memang ada pokok kelapa di rumah keluarga. Sekarang, rumah dan pokok pun dah tak ada.

R&R

Rest and recreate. Rehat dan rawat. Rehat dan rehabilitasi. Rehat dan baikpulih.

Sakit peringatan, berhenti sementara (pause), dan juga utk berhenti terus (stop). Peringatan bhw kita manusia buat analisis swot.

Jika tidak rehatkan diri, mungkin kita akan rehat selama2nya di dunia ini. Gunakan peluang berehat semaksima yg mampu.

Pendidikan dan Kesejahteraan

Biasa kita dengar, pendidikan utk pembangunan, diri, masyarakat, dan negara. Mungkin pernah dengar, pendidikan utk sejahterakan diri, masyarakat dan persekitaran.

Pendidikan amat digalakkan utk berubah status sosio ekonomi seseorg. Diandaikan, dgn pendidikan lebih tinggi, ilmu lebih tinggi dan banyak, dapat bangunkan diri melalui peningkatan pendapatan.

Tapi, ada polisi pendidikan kita sekrg menyebabkan kita runtuh dan mundur? Polisi yg buat kurikulum dan kpi yg jadikan murid, guru, ibubapa sakit, murung.

Polisi pendidikan umpama pedang yg milikki dua bilah yg tajam. Silap digunakan, akan makan diri. Elak polisi membunuh minat mencari ilmu.

Kesihatan dan Persekitaran

Kita biasa dengar, 'he is in his element'. Dia berada dalam keadaan terbaik. 

Keadaan merujuk kpd diri dan juga kemampuan berupaya dan produktif. Jika seorg minat, berbakat, dan bagus bekerja dlm bidang yg berkaitan dgn minat, bakat, dan kebolehan dia, dia akan cemerlang. 

Persekitaran termasuk manusia yg berhubung dgn diri tersebut. Baik atau tidak persekitaran juga bergantung kpd persepsi diri. Persekitaran juga beri kesan kpd kesihatan kita.

Semasa saya ambil bp di pusat kesihatan, dan di hospital, pada awal bacaan, bp saya purata 160/x. Bacaan bp yg tinggi. Doktor bgtahu saya gemuruh sbb hadir utk pemeriksaan kesihatan. Sebab apabila saya ambil bacaan di rumah, bp saya antara 120-135. Kecuali sekrg semasa c19, ada capa lebih 140.

Pilih persekitaran yg sihat utk kita.



Stres dan Sakit

Biasa stres dikaitkan dgn tekanan ( pressure). Dan biasa stres dilihat sbg sesuatu yg negatif, walaupun ada stres neutral dan stres positif. Ada yg berkata stres berkait dgn tindakbalas kpd tekanan.

Produktiviti juga berkait dgn stres dan tekanan. Adakah stres kusyen atau penggalak produktiviti? Stres biasa dikatkan juga dgn sakit.

Tapi biasa kita dengar, gaji banyak, kerja xbanyak, x adil. Maka diberi pelbagai kpi utk dicapai. Biasa, ramai yg bagi arahan bercirikan task oriented dan authoritarian.

Tapi, kesannya? Sama ada mampu capai kpi atau mampus? 

Sihat dan sakit

Apabila kita sihat, kita biasanya dikatakan tak sakit. Begitu juga sebaliknya. Jika kita sakit, maka kita dianggap tak sihat.

Semasa kita kononnya sihat, adakah kita betul sihat? Fizikal, mental, emosi, dll. Biasanya, ukuran umum, tahap kesihatan fizikal shj.

Ramai yg tertipu, leka, alpa, apabila kelihatan, dirasai sihat fizikal, tanpa periksa kesihatan yg lain2. Persepsi umum diri kita dan org lain kpd kita berdasarkan kesihatan fizikal.

Tetapi sudah jadi kebiasaan sekarang, ramai yg sebelumnya nampak sihat fizikal, tiba2 tumbang, sakit, atau mati. Dan komen biasa, 'arwah sebelum ni sihat aje. Kerja kuat, ikut aje arahan, tak ambil cuti, jarang cuti sakit,dll'.

Spt kata mantan seorg bos sebelum jadi bos, 'cukup masa, balik. U sakit, company ambil kisah kejap aje. Lepas tu cari pengganti cepat2'.

Khamis, Mac 03, 2022

Ingatan demi ingatan

Ingatan umpama pesanan. Utk elak rugi, utk elak terus rugi, utk elak rugi yg abadi.

Ingatan pertama dgn arwah ayah mula nyanyuk. Kemudiannya dgn c19 melanda dunia. Seterusnya arwah ayah dikenalpasti dgn sakit leukimia. Lebih sebulan lepas, pesanan dgn kembalinya arwah ayah kepada Allah. Terbaharu, jangkitan c19 kpd saya.

Pesanan utk tinggalkan dunia sedikit demi sedikit. Lebih banyak bersedia utk hari akhirat. Matlamat melalaikan akan sentiasa ada. Kita perlu tahu yg mana berharga utk kita sbg bekalan di dlm kubur dan di akhirat.

Persiapan c19

Sebelum saya dijangkiti c19, saya telah ada semburan dettol, alat ukur bp, alat ukur nadi, dan alat ukur spo. Ada dibeli di kedai, ada dibeli secara online. 

Banyak saya beli dan kongsi dgn rumah makayah, dan adik2. Ada saya beri kpd saudara mara, kawan, dan pejabat.

Semasa dijangkiti c19, antara soalan dlm mysejahtera bg mereka dijangkiti c19 adalah bacaan bp, nadi dan spo. Spt juga semasa berada di hospital.

Jika belum ada, belilah.

C19

Semlm saya yakin hanya keracunan makanan. Tapi hari ni, asyik rasa sakit tekak, saya buat test air liur c19. Sah +ve c19.

Isnin saya makan tiram mentah dgn garam dan lemon. Selasa saya cirit birit, gatal tekak, batuk dan sejuk2. Risau antara c19 atau keracunan makanan. Rabu, tekak kurang gatal, ada batuk, muntah.

Pagi ni, sah c19. Perlu lapor secara berkala simptom2, tekanan darah, nadi, dan suhu. Belilah alat ukur tekanan darah, nadi dan suhu. Sekrg harga dah naik semula. Semoga dipermudah proses rehat dan sembuh semua yg dijangkiti c19.

Rabu, Mac 02, 2022

Sakit

Juga tidak sihat atau kurang sihat. Biasanya dikaitkan dgn fizikal. Tetapi boleh pengaruhi emosi, mental, sosial dan kewangan.

Sejak 2019, kita takut dgn sakit c19. Tapi kita lupa dgn sakit2 lain. Ada yg boleh kita elak, ada yg tak boleh kita elak.

Saya sakit kerana keracunan makanan. Kecuali hidung tersumbat, yg lain spt cirit birit, muntah, sakit urat, kurang nak kencing, penat, hilang selera makan mcm c19. Risau juga mulanya.

Sakit biasa dikatakan xbagus utk kita. Tapi adakalanya, sakit itu bagus. Ingatan utk kita berehat. Dan semakin kita tua, semakin lambat nak sembuh. Jagalah kesihatan kita.

Selasa, Mac 01, 2022

Ceo

Sanggupkah organisasi bayar saya rm1juta setahun hingga rm10juta setahun?

Jika saya dapat cari rm10juta hingga rm100juta setahun?

Dlm bisnes, biasanya ceo dibayar basic + bonus.

Kaya dan Miskin

Perkara biasa, ramai ukur dari segi material. Tapi sebenarnya ia ukuran objektif dan juga ukuran subjektif

Dikatakan kaya ikut yg menilai. Kaya juga ikut yg dinilai menilai diri.

Yg biasa ke surau dan masjid, bersedekah, berzakat, umrah dan haji, boleh jadi dia kaya. Tapi jika saya menilai, saya seorg miskin. Sebab yg kerap beribadat nk kaya di akhirat, bukan di dunia shj.