Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Mac 18, 2022

Puasa dan Masa

2 minggu lagi insyaallah 1 ramadan. Mula kita berpuasa utk sebulan. Rasa macam baru shj berpuasa ramadan pada tahun lepas.

Arwah ayah beberapa minggu sebelum dia meninggal dunia ada bertanya kpd bonda, 'bila kita berpuasa?'. Biasanya, kami, ayah, emak dan saya akan solat isyak, terawih di surau dekat rumah. Tapi bermula 2019, lebih kerap di rumah kerana kesihat ayah dan mak.

Tahun ini, tahun pertama berpuasa tanpa ayah. Setelah hampir 55 tahun. Begitu cepat masa berlalu. Dulu2 rasa lambat sangat dari satu bulan ramadan ke satu bulan ramadan yg lain. Dulu2 lebih ditunggu hari raya berbanding puasa. Makin berumur, makin lebih menunggu ramadan berbanding syawal.

Tiada ulasan: