Rezeki dlm pelbagai bentuk. Ada yg pendapatan banyak. Ada melalui harta. Ada melalui pasangan dan anak2. Itu antara rezeki yg biasa diukur ramai.
Alhamdulillah, rezeki saya antaranya melalui mak ayah. Dapat tinggal berhampiran dgn mereka. Dapat makan minum dgn mereka, di rumah mereka. Dapat bercerita dgn mereka.
Alhamdulillah, saya diberi peluang utk jaga arwah ayah hampir 2 tahun terakhir beliau. Dapat gunting rambut, cukur misai dan janggut, dapat mandikan beliau, dll. Semoga arwah ayah dan mak tergolong dlm golongan yg sentiasa mendapat keampunan, rahmat dan perlindungan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan