Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Februari 19, 2023

Kerja Dan Mati

Ada yg kata, kena kerja sampai kita mati. Ada yg lihat secara positif. Ada yg lihat secara negatif.

Negatif jika kita mati sebab kerja. Mati sbb sakit buat kerja. Mati sebab penat kerja tak cukup rehat. Mati sbb pengurusan beratkan task berbanding seimbangkan task dan people.

Positif jika kita kerja cari rezeki halal sampai kita mati. Kita kerja tanpa harapkan sumber rezeki yg tidak adil dan tidak amanah kpd org lain. Kita kerja sbb bukan utk sombong atau tamak.

Kerja 24 jam

Ramai yg kerja 24 jam. Ramai yg kerja lebih 24 jam. 

Biasanya dlm seminggu waktu kerja biasa adalah 40 jam, iaitu 5hari x 8jam sehari. Tapi adakah yg bekerja 40 jam seminggu itu secara efektif? Mungkin ramai yg kerja secara efisien. Sehingga ada yg buat ot.

Sebenarnya cukup 6 jam sehari x 4 hari, iaitu kerja 24 jam. Dgn teknologi, hasil lebih efektif berbanding kerja cara dahulu 40 jam seminggu. Tapi ramai yg tamak, sbb nk sombong, paksa kerja lebih drpd 24 jam.

Jumaat, Februari 17, 2023

Pengurusan Rajin

Pengurusan berkait kerja berkualiti. Kerja berkualiti berkait rajin bekerja. 

Pengurusan biasa dikaitkan dgn p o l c. Rancang, susunatur, pimpin, dan kawal. Jika pengurusan dilakukan dgn baik, kerja dibuat dgn baik, hasil pun baik.

Jika pengurusan tidak dibuat dgn baik, bermula dgn perancangan yg tidak baik, pekerja mungkin jadi tidak baik, malas.

Rajin dan Malas

Biasa org suka org rajin. Biasa org tak suka org malas. Rajin dan malas adalah subjektif, biasanya. 

Biasanya, org yg buat ot atau overtime diandaikan seorg yg rajin. Tapi ot dibuat mungkin sama ada pekerja atau bos malas. Bos malas, buat arahan tergesa2. Pekerja malas sbb nk duit tambahan.

Tapi biasa, kita malas nak fikir, kita fikir 'positif', sesiapa yg buat ot, dia seorg yg rajin.

Khamis, Februari 16, 2023

Kerja dan Amanah

Kerja adalah amanah. Selagi kerja itu utk kebaikan. Kerja utk kebaikan diri, organisasi, masyarakat adalah amanah. Kerja adalah amanah jika utk kebaikan dunia dan akhirat.

Kerja berkait dgn tugas. Ada yg kata kerja adalah tugas. Kerja ialah sama dgn tugas. Ada yg kata kerja tak sama dgn tugas. Tugas juga adalah amanah. Jika tugas itu utk kebaikan dunia dan akhirat.

Org yg rajin bekerja biasanya disukai. Tapi pastikan kerja itu adalah yg baik utk dunia dan akhirat. Lakukan kerja yg baik adalah amanah. Tidak lakukan kerja yg tidak baik adalah amanah.

Rabu, Februari 15, 2023

Belajar?

Kenapa belajar?

Sebab nak jawab soalan.

Soalan iaitu masalah.

Jawapan utk selesaikan masalah.

Belajar utk hidup senang dan mati senang.


Tapi ramai belajar utk hidup shj.

Ramai belajar utk selesaikan masalah semasa shj, bukan utk jangka panjang.

Maka ramai jawab soalan secara shortcut.

Ramai yg belajar tapi kurang fasih dgn bahasa utk selesaikan masalah.