Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 31, 2013

Udara, Air, Usia dan Masa

keempat2 di atas saling berkait. ianya adalah rahmat anugerah allah kepada makhluknya. manusia tidak terkecuali drpd menerima rahmat allah ini.tanpa udara manusia tak boleh hidup. tanpa air, urusan seharian terganggu dan manusia dikatakan boleh hidup tanpa air hanya 3 hari.

usia adalah masa. masa utk menyediakan bekalan di hari kemudian. udara dan air diperlukan utk pastikan usia di dunia boleh digunakan menyediakan bekalan di akhirat. maka kita perlu berhati2 dlm menggunakan udara, air, usia dan masa. jangan membuangnya sesuka hati.

keempat2 adalah alat utk sejahtera di hari kemudian. kita bersama2 bertanggungjawab utk menguruskan keempatnya dgn penuh amanah.

Khamis, Ogos 29, 2013

P & P Menjadi Kurang Seronok

proses pengajaran dan pembelajaran seeloknya adalah satu proses yg seronok kpd kedua2 pengajar dan pelajar.proses yg seronok mungkin menghasilkan ilmu yg dikongsi dihargai.

bagi saya bermula dari sekolah hingga ke ipt, proses p&p bertambah kurang seronok. semasa saya sbg pelajar diploma dan sarjana, tidak banyak kursus/subjek perlu diambil. kalau di luar negara pelajar boleh pilih kursus tertentu. dan di kebanyakan ipt, pelajar boleh pilih pensyarah kerana lebih drpd seorang pensyarah mengajar kursus yg sama. sukan dan kokurilum adalah utk bukan akademik. tiada paksaan. terlibat dgn persatuan atau jawatankuasa satu pengalaman menyeronokan, bukan kerana terpaksa.

bagi pensyarah, kpi utama adalah berkongsi ilmu dgn pelajar. pensyarah berkongsi bidang ilmu yg dipelajari dan dimiliki. tiada paksaan mengajar kursus bukan bidang. tidak dibenarkan mengajar kursus bukan bidang. tidak dipaksa meluluskan pelajar kerana kehendak pihak tertentu. fokus kpd kandungan bukan kosmetik kerana terdapat pihak yg banyak masa memikirkan isu kosmetik.

kerana mengejar kedudukan tertentu, kita dah mengejar form over substance. semua dikejar dan akibatnya kualiti dikendong berciciran. janganlah sebab nak puaskan keperluan peribadi, organisasi tergadai. sedarlah tugas dan tanggungjawab sebagai pengajar dan pelajar dlm pendidikan. p&p adalah amanah bersama.

S dan P

ada kalanya jika ada s dan p adalah sesuatu yg baik. adakalanya adalah sebaliknya.

kita berusaha utk mampu mendapat dan melakukan sesuatu yg kita ingini. seeloknya utk sejahtera dunia dan akhirat. tapi kalau terlebih2 iaitu utk berada dlm keadaan terlebih mampu boleh mendukacitakan kita. bahasa inggeris kalau banyak akan ditambah s. kalau secara negatifnya jika asyik nak lebih2 mampu boleh jadi mampus.

begitu juga dgn p. jika terlebih2 pujian, boleh menyebabkan kita alpa. kita syok sendiri. maka kita buangkan p dan ianya mengingatkan bhw hidup adalah ujian. pujian juga satu ujian. kalau asyik nak pujian boleh jadikan kita melakukan sesuatu tanpa ikhlas.

orang puteh galakkan guna p dan s. iaitu 'mind your p's and s's'. maaf saya tak ingat s itu apa. tapi p adalah 'please' iaitu berbicara secara tertib. mungkin 's' adalah 'sorry'. meminta maaf jika melakukan kesalahan.

Selasa, Ogos 27, 2013

Koya Kayo La

seronok koya. tambah2 kalau koya kayo. koya = khayal. kayo = kaya.

koya boleh jadi mimpi. boleh jadi angan2 mat jenin. boleh jadi motivasi. boleh jadi igauan. kekayaan duit dijadikan sebagai alat utk kaya di dunia dan di akhirat.pesan kpd diri sendiri. koya lah utk sejahtera dunia dan akhirat. gunakanlah kekayaan dunia utk mendapat bekalan di akhirat.

miskin di dunia takpe. biar kaya di akhirat. tapi kalau ada peluang untuk kaya di dunia sebagai alat untuk kaya di akhirat, terimalah.

Ahad, Ogos 25, 2013

Kerja Spt Hidup Selama2nya

ada hadith yg nyatakan 'bekerjalah kamu seumpama kamu akan hidup selama2nya, dn beribadatlah kamu seumpama kamu akan mati esok hari'. saya pernah komen tentang pandangan saya berkaitan hadith ini. saya mohon maaf jika pandangan saya silap. tolong betulkan.

komen saya juga, alangkah baiknya jika kerja kita adalah ibadah kita. sebab ianya ada kaitan dgn tujuan kejadian kita oleh allah. juga berkaitan bacaan/ucapan/ulangkata/recitation kita iaitu 'solahku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana allah ta'ala'.

kita biasanya kerja utk sejahtera dunia. ramai yg tak kaitkan kerja di dunia dgn sejahtera di akhirat. maka ramai yg cari rezeki tanpa kira halal atau sebaliknya. mereka menghalakan cara utk capai matlamat 'kerja spt hidup selama2nya. maka bekalan dicari utk hidup selesa di dunia. ramai drpd kita lupa utk cari bekalan utk sejahtera di akhirat. termasuk saya yg adakala atau banyak kala leka utk syok di dunia. kenapa?

Rumahku

rumah dlm bahasa melayu. dalam bhs orang putih disebut house atau home. jika house tiada atau kurang soulnya. home mempunyai ikatan dan tarikan yg mendalam berbanding house.

nak beli rumah sekarang bukannya senang. harga tinggi. kalau gaji rm3ribu sy andai mampu beli rumah harga rm150ribu shj. di shah alam tak banyak harga sedemikian. dan jika harga rumah kurang drpd nilai tertentu, bukan mudah nak dpt pinjaman bank. jika kita ke bank, susah nak dpt pinjaman. pihak bank lebih suka kpd mereka yg menguntungkan bank.

maka ramai yg menyewa atau menumpang. kita dpt lihat setiap rumah atau flat sekarang mempunyai ramai penghuni. maka kemungkinan akan jadi macam dulu2 beberapa generasi dan keluarga tinggal serumah. satu bilik satu keluarga. adakah ini kemajuan atau kemunduran?

Isnin, Ogos 19, 2013

Harapan - Impian dan Angan2

hidup penuh dgn harapan. harapan supaya esok lebih baik drpd hari ini. bagi umat islam, kita mengharap agar kita akan mendapat kehidupan yg baik di dunia dan di akhirat. kita sbg umat islam perlu mengharapkan utk kehidupan yg lebih baik di akhirat berbanding di dunia.

harapan mungkin impian. harapan mungkin angan2. harapan juga mungkin mimpi atau igauan. harapan mungkin satu matlamat. jika tiada harapan maka kemungkinan tiada matlamat. jika hidup tanpa matlamat maka akan hidup dlm kesesatan. apakah matlamat hidup/kejadian kita? 'tidak kujadikan jin dan manusia selain drpd utk beribadat kepada ku (allah)'.

harapan perlu usaha yg membantu mencapai matlamat. jika usaha tidak seperti diperlukan utk capat matlamat, maka harapan hanya angan2. doa adalah harapan. berdoalah semoga kita mendapat kebaikan dunia dan akhirat

Subuh

Subuh adalah waktu solat wajib pertama setiap hari. Di kampung kita berpeluang mendengar kokokan ayam sebelum subuh. Ada surau atau masjid akan perdengarkan bacaan alquran sebelum subuh.

Subuh biasanya antara waktu solat yg amat besar cubaan utk mendirikannya. Ramai yg bangun sahur tetapi sambung tidur dan terlepas solat subuh. Ada yg di pagi raya akan solat raya tapi terlepas subuh sebab bangun lambat kerana malam raya lambat tidur bersiap2 utk raya.

Jika kita berupaya melalui antara ujian pertama setiap hari iaitu berupaya utk solat subuh, maka kita juga sebenarnya berjaya mendapat antara rezeki dan nikmat pertama setiap hari. Jom solat subuh. Jom kejutkan dan ajak mereka yg kita kasihi solat subuh.

Khamis, Ogos 15, 2013

Baca - Rujuk - Ulang

kita biasa terjemahkan perkataan iqra dgn baca. dlm bahasa inggeris iqra diterjemahkan sbg recite.

cite = rujuk. kalau recite? rujuk semula. berulang rujuk? kalau bulan ramadan dijadikan sebagai contoh, ayat alquran yg sama berkaitan puasa di bulan ramadan dibaca/dirujuk/diulang sbg peringatan kpd kita.

hidup adalah satu kitaran. setiap tahun adalah satu kitaran. bulan dlm tahun masihi dan tahun hijrah akan kita temui semula selepas tempoh tertentu. kalau bulan dalam tahun hujrah, ayat dan surah yg sama akan sentiasa dibaca/dirujuk. apabila tiba musim haji, maka ayat2 alquran berkaitan haji akan baca oleh khatib.

manusia mudah lupa. atau manusia mudah tak mahu ingat. maka teguran dan peringatan adalah penting. bacaan yg diulang2 adalah teguran dan peringatan kpd kita. janganlah sombong dgn tidak mahu membaca atau mendengar bacaan yg diulang2.

Berjumpa Bekas Pensyarah

tengahari tadi di fakulti saya terjumpa dgn seorang drpd bekas pensyarah saya. beliau mengajar kursus bahasa inggeris semasa saya belajar diploma.

insyaallah beliau akan pencen pada tahun hadapan. pada usia 58tahun. para pelajar saya yg ada sama dgn saya tak percaya usia beliau. beliau kelihatan sebagaimana pada saya usia semasa beliau mengajar saya pada lewat tahun 80an. iaitu seolah2 25tahun tidak memberi sebarang perubahan kpd wajah beliau. apa rahsia beliau? saya tak sempat nak tanya.

terima kasih kpd pn hasnah (prof madya hajah) abd kadir kerana sudi mengajar bahasa inggeris kpd saya dan kawan2 program diploma perakaunan di itm shah alam. saya tadi nak berbicara dgn beliau masih terasa kekok. apabila berada bersama bekas pensyarah saya, saya terasa muda sebab terasa masih lagi seorang pelajar kpd setiap bekas pensyarah dan bekas guru saya. atau mungkin mereka lebih sesuai saya perkenalkan sbg pensyarah dan guru saya?

Teguran dan Ingatan

semalam semasa berbual2 dgn seorang saudara yg juga rakan sekerja tertumpu kpd isu merokok. ada fatwa mengatakan merokok adalah haram di malaysia. tetapi tiada penguatkuasaan.

perbualan kami berkenaan rokok merujuk kpd saudara yg merokok selepas majlis pengkebumian ayahnya. ayahnya meninggal dunia akibat barah paru2 berpunca drpd merokok. maka saudara saya telah tegur saudara seorang lagi 'tak ingatkah bhw ayah meninggal kerana merokok?'. tiada respons drpd saudara seorang yg merokok tu.

saya juga ingat bagaimana pada sebelum majlis tahlil arwah pada malam sama, saya ditanya adakah saya seorang doktor. adik kpd arwah menyatakan bhw beliau tidak mahu ditegur berkaitan kesan merokok. saya diam dan senyum shj. beliau seterusnya merokok beramai2 bersama saudara lain yg enak merokok. saya beralih duduk di tempat lain.

teguran sbg ingatan dlm pelbagai cara. secara terus/langsung dan secara tidak terus/langsung. sebarang teguran utk jadi peringatan berguna perlukan penerima mempunyai ilmu utk mendapat manafaat.

Rabu, Ogos 14, 2013

Usaha dan Hasil

ada orang usaha banyak, hasil pun banyak. ada orang usaha sikit hasil banyak. ada orang usaha banyak, hasil sikit. dan ramai suka usaha sikit, hasil banyak. tapi ramai sekarang nak tiada usaha tapi mesti ada hasil.

belajar perlu kpd usaha. yg pertama kenalah baca. dengar kata guru. tak tahu tanyalah kpd yg tahu. jangan malu bertanya. biarlah orang kata kita kurang pandai sebab banyak bertanya. ianya lebih baik drpd tak bertanya dan buat2 pandai.

seeloknya pelajar belajar utk mendapatkan ilmu dan keputusan yg halal. jangan pula taknak membaca, tak berusaha secara jujur, tetapi mendesak dan memaksa bahawa patut lulus. mungkin ada yg terlepas dgn lulus walau tidak secara jujur semasa belajar. mungkin ada yg dapat hasil walau tak berusaha dgn jujur. rezeki allah beri kpd sesiapa yg dia mahu. ianya hak allah.

tetapi rezeki yg diterima sebagai hasil nanti tetap akan dipersoal diakhirat. kita perlu lihat pembentangan akaun kita. balasan akan berdasarkan kpd rezeki tersebut. semoga kita sentiasa berusaha utk rezeki yg halal.

Tahniah Tuan

adakala rezeki terus kita dpt selepas berdoa. adakala lambat sedikit kita terima rezeki. adakala lambat sangat. adakala bukan di dunia rezeki kita. janji rezeki halal.

tahniah tuan. akan dapat 3bintang. mungkin 4bintang. memang dah lama berkhidmat. siapa sangka lama dgn 2mahkota dan 1paku, kemudiannya barulah satu bintang. dan dlm tempoh yg lebih cepat, terus 3bintang, mungkin 4bintang. mungkin dapat gelaran datuk juga. alhamdulillah.

kenaikan pangkat dan jawatan baru adalah rezeki. dan ingat rezeki berserta ujian. masihkah kita spt dulu. ingat dan kenal serta mesra kpd keluarga, kawan dan kenalan? masihkah kita ingat bhw dgn setiap rezeki iaitu pangkat dan jawatan datang tanggungjawab dan amanah? memang seronok menerima rezeki. bersyukurlah kpd allah. dan berkongsilah dgn mereka yg berhak.

tugas masih sama. ke sana ke mari bukan nak cari salah orang. tetapi nak memastikan tugas dan tanggungjawab bersama dilakukan dgn penuh amanah.

Bersyukur dan Redha

kita sepatutnya bersyukur dgn rezeki yg kita dapat. kita juga sepatutnya redha dgn ujian dan dugaan yg kita terima.

sedar dari tidur kita seeloknya mengucap dua kalimah syahadah dan alhamdulillah. kemudiannya elok jika kita sedar sebelum subuh dan jika mampu kita bersahur utk berpuasa. solat subuh. dapat bersahur/makan dan solat di awal pagi dikira berntunglah kita. ada yg tak dapat makan seawal kita bersahur. ada yg tidak dibuka hati utk bersolat.

seorang mantan dekan saya memodelkan kpd saya utk solat berjemaah di masjid/surau. dan lagi elok jika kita solat di saf pertama. lagi elok lagi dekat dgn imam. janganlah segan utk cepat2 berada di saf paling depan dan berada paling hampir dgn imam dan bilal. ianya satu nikmat/anugerah.

jika mampu berpuasalah sunat. ianya membolehkan kita empati bersama mereka yg kurang mampu makan dan minum. mereka yg mungkin kurang mampu menikmati makan dan minum berbanding kita. jika boleh bersedekahlah. seeloknya kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada dan juga redha dgn apa yg kita ada. sentiasalah juga berdoa. matlamat kita adalah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Isnin, Ogos 12, 2013

Apabila Kurang Nafsu Makan

mungkin ada yg kecewa apabila melihat hidangan makanan yg pelbagai semasa majlis raya tetapi tiada atau kurang nafsu utk mengecapinya. mungkin ada yg suka jika ianya berlaku.

ramadan adalah bulan belajar. tazkirah di surau masa ramadan menyatakan bhw ramadan umpama madrasah. tempat kita belajar. masa kita diingatkan semula tentang fitrah kita. tentang kita perlu ingat kpd orang lain selain kita. kita belajar utk mengawal nafsu. kita cuba hayati kekurangan saudara kita berkaitan makan. ianya juga utk membolehkan badan kita berehat drpd memproses makanan tanpa henti.

ada yg apabila habis ramadan amat gembira kerana nafsu makan yg dibendung semasa ramadan dibuka semula ikatannya. maka ada yg berat badan bertambah dalam hanya beberapa hari shj melebihi berat yg berkurangan melalui puasa sebulan. ada yg ingin meneruskan kesihatan melalui berat badan yg bminya dikira normal setelah berpuasa sebulan. yg mana satukah kita?

Majlis Kahwin

di cuti raya puasa dan juga cuti sekolah selama 2 minggu ni, saya terima banyak jemputan majlis raya dan majlis perkahwinan. ada jemputan daripada keluarga. ada drpd kawan. dan juga jemputan drpd kenalan. ada jemputan org besar. ada jemputan org tidak besar.

dlm suratkhabar semalam ada tulisan berkaitan pinjaman diambil utk majlis perkahwinan. ada rm50ribu. ada rm80ribu lebih. tujuan pinjaman utk hantaran dan majlis perkahwinan. ada juga yg berbelanja ribuan ringgit utk majlis merisik. ada juga ribuan ringgit dibelanja utk majlis pertunangan. maka jika ketiga2 majlis dilakukan utk pengantin boleh cecah ratusan ribuan rm.

adakah yg sudi hadir sbg tetamu jika majlis perkahwinan bersyarat - para wanita ke majlis perlu berjubah hitam dan bertudung labuh. aksesori spt cincin, gelang, rantai, 'janggut', ikatan sanggul tak dibenarkan. dan jubah tidak dibenarkan ada bling2. bagi yg lelaki juga perlu berjubah tetapi warna sama ada putih atau hitam. tidak perlu bawa hadiah kpd pengantin sebaliknya sedekah kpd asnaf. dan makanan adalah laksa kelantan, nasi arab dan roti cicah kuzi.

agak2 ramaikah yg sudi hadir? selamat pengantin baru dan yg sudah berumahtangga, semoga kekal sejahtera dunia dan akhirat.

Puasa, Raya dan Masa

saya mengira kepantasan masa sekarang dengan ketibaan dan kepergian bulan2 ramdan dan syawal. 33tahun yg lepas kita beraya puasa pada bulan ogos.

pada tahun tersebut saya mengajak seorang kawan yg dikenali pada tahun tersebut 1980. beliau berasal dari sabah. baru2 ini pakcik ada meng'upload' gambar kami pada 1980 beraya di kg raja besut. saya sedang memegang adik bongsu saya sambil dua lagi adik saya berdiri di sebelah. seorang lagi adik tersembunyi drpd lensa kamera. 2 drpd adik saya telah berjaya sbg seorang doktor. saya dan seorang lagi adik tidak berjaya menjadi doktor perubatan.

begitu cepat 33tahun berlalu. bagi saya raya sekarang hanya sehari shj iaitu pada satu syawal. dan sekarang masih mengharap utk berupaya puasa 6 dlm bulan syawal. niat juga kalau mampu utk puasa setiap isnin dan khamis. semasa berpuasa terasa mempunyai banyak masa sebab bangkit awal utk bersahur. juga masa dijimatkan apabila tidak perlu keluar utk minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang.

manakala semasa beraya terasa masa amat sedikit. sebab asyik terkejar2 utk ke majlis hariraya saudara dan kenalan. saya bagitau ayah dan emak bhw saya rasa sekarang hanya terlarat ke sebuah rumah sehari utk beraya. ianyanya kerana usia yg ada kaitan dgn masa kita di dunia.

Ahad, Ogos 11, 2013

Erti Raya Kepada Kita

apakah makna atau erti raya puasa/aidil fitri kpd kita? meraikan tamat puasa ramadan. balik kampung utk bersama keluarga? dapat/bagi duit raya? jem perjalanan balik kampung/bandar?

kita ada pelbagai makna kita kaitkan dgn raya puasa/syawal. tapi bagi saya ianya berkaitan kekeluargaan. berkaitan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. berkongsi rezeki dgn yg kurang mampu berbanding dgn kita - makanan/duit raya/dll.

elakkan raya utk menunjuk2. elakkan raya menjadi tekanan kewangan kpd kita. elakkan menjadi hiasan sementara. ianya boleh berlaku dgn pemberian duit raya secara terpaksa. balik kampung secara terpaksa. berpakaian baru walau kurang mampu. elakkan raya hanya sebagai topeng diri kita sebenarnya.

raya puasa bermakna kembali kpd fitrah yg bersih.

Sabtu, Ogos 10, 2013

Mencari Kejayaan

pesan yg biasa kita dengar 'belajar rajin2, belajar tinggi2, cari kerja makan gaji'. jika berjaya ikut pesanan ini kita dianggap berjaya. tetapi biasanya di dunia. sebab ramai yg bukan cari kerja tetapi cari tempat utk dapat duit dgn kerja seminima yg boleh. selalunya organisasi kerajaan jadi tumpuan.

tidak salah bekerja dipejabat kerajaan. gaji tetap. tiap tahun biasa ada bonus. tiap tahun ada kenaikan gaji. gaji masuk sebelum hujung bulan. dalam seminggu dapat 2hari cuti hujung minggu. kalau pilih skim pencen akan dapat pencen setelah pencen. payah nak dibuang kerja.

yg kurang baik adalah jika kita hanya kejar status sebagai pekerja tetapi tidak minat bekerja. maka kita mungkin berjaya capai kejayaan di dunia tetapi lupa atau buat lupa tuntutan akan dibuat kpd kita di akhirat utk kerja yg tak dibuat. bekerjalah untuk berjaya di dunia dan di akhirat. carilah kekayaan di dunia dan di akhirat.

Jumaat, Ogos 09, 2013

Senang Bekerja

bagi saya apabila nak pilih tempat kerja, saya ada 3 perkara perlu dipenuhi. 1.senang nak makan. 2. senang ke bilik air. 3. senang nak solat. kalau tak senang nak makan atau tak senang nak menggunakan bilik air, nak solat pun tak selesa atau susah.

selain drpd 3 perkara di atas, mereka yg akan bekerja dgn kita juga perlu diambilkira. adakah kita senang bekerja dgn mereka? ianya berkaitan kepercayaan, keyakinan dan kemampuan. jika kita atau mereka yg akan bekerja dgn kita tiada satu drpd 3 dinyatakan tadi, kerja akan jadi susah utk dilakukan bersama. silap2 kerja tak bermula pun.

ada kata kena ada oomph. kena serasi. kena boleh masuk gu. semoga kita mendapat rezeki yg halal disisi allah. semoga rezeki tersebut akan menambah amal kebajikan untuk bekalan akhirat kita.

Khamis, Ogos 08, 2013

Raya Sakan

menjadi budaya di malaysia utk raya sakan. kita biasanya beraya puasa sebulan. nak 'balas' puasa sebulan ke?

dulu2 lagu raya dimainkan di radio awal2 bulan puasa lagi. sekarang setelah diputuskan, lagu raya dibenarkan dimainkan di radio setelah separuh bulan puasa. tetapi persiapan utk beraya adakalanya dilakukan sebelum puasa lagi spt tempahan tiket utk balik kampung, tempahan baju raya, tempahan kuih raya dan pelbagai lagi. jarang persediaan dilakukan utk berpuasa di bulan ramadan sebagaimana persediaan utk beraya.

di negara arab raya syawal sehingga waktu zohor. tetapi kita beraya aidil fitri sebulan. dan menjadi andaian bahawa duit raya mesti diedarkan. zakat biasanya hanya kpd zakat fitrah diutamakan kita. maka seolah2 syawal dinantikan berbanding ramadan. semoga kita tetapkan ramadan diutamakan berbanding syawal kerana bekalan utk kita lebih banyak di bulan ramadan.

semoga kita bertemu ramadan 1435h. salam syawal 1434h.

Rabu, Ogos 07, 2013

Keseronokan Balik Kampung

ramai yg seronok dapat balik kampung utk beraya. yg kurang seronok jika perjalanan mengambil masa yg lama kerana kesesakan jalanraya.

kenapa kita seronok balik kampung? saya dah 4tahun tak beraya di kampung di kelantan. kami sekeluarga (emak,ayah, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, dll kerabat) beraya bukan di kampung kerana nenek kini beraya bersama kami di sini. memang memikirkan bahawa tidak beraya di kampung di kelantan tidak seronok. tiada suasana persediaan nak balik kampung. tiada rasa berebut utk cari tempat tidur, berebut utk berbuka dan bersahur, berebut bilik air dan pelbagai rebutan seperti ribut.

tetapi apabila saya fikirkan semula, kita seronok balik kampung kerana seronok berada bersama mereka yg kita sayang dan yg sayang kita. iaitu kaum kerabat kita. jadi, beraya di bandar sebenarnya seronok juga kerana berada disamping keluarga yg sayangkan kita. cuma kita kurang rasa kesepian berjauhan dgn keluarga kerana hampir setiap hari kita berada bersama mereka yg kita sayangi. tiada perasaan kepulangan dinanti seperti menanti ketibaan keluarga balik ke kampung.

keseronokan menyambut syawal adalah keseronokan bersama sanak saudara. salam satu syawal 1434h.

Dum Dum Bunyi Mercun

dum dum bunyi mercun. tanda kegembiraan menyambut kedatangan syawal.

kebiasaan di malam raya kanak2 seronok bermain bunga api dan mercun. yg berasa dewasa dan berasa masih muda bermain mercun dan meriam buluh. ianya budaya yg menyeronokkan mereka yg bermain. tetapi ianya membuat yg tidak seronok dgn mercun tidak senang hati dgn pemain mercun.

ada adengan peperangan mercun antara kawan dan kenalan. ada juga perang mercun diantara yg tak kenal pun. dan yg akan ada juga perang mulut diantara yg terganggu dgn permainan mercun. kpd yg bermain mercun, elakkan atau kurangkanlah. main mercun itu adakah budaya betul. ianya membuat ramai yg kurang pahala iaitu pemain dan bukan pemain.

salam satu syawal 1434h. maaf zahir dan batin.

IPT - Apa Maksudnya?

ipt yg kita faham bermaksud satu tempat iaitu institusi pengajian atau pendidikan tinggi. warganya sama ada staf atau pelajar berada di ipt utk bersama meningkatkan ilmu utk kesejahteraan diri, masyarakat dan persekitaran.

tapi ramai juga yg salah salah faham atau salahguna maksud ipt. ada yg maksudkan sbg institusi pemanjaan tinggi. maka staf dan pelajar dimanjakan dgn tujuan kebaikan masyarakat dan persekitaran diabaikan. maka ramai yg salahguna peluang di ipt. walau tak layak jadi staf atau pelajar tetapi menyatakan mereka berhak berada di ipt. mereka lupa bhw peluang berada di ipt adalah satu keistimewaan yg merupakan satu tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dgn penuh amanah.

maka ada juga golongan di dlm dan diluar ipt menyalahgunakan ipt utk populariti diri. utk mendapat jawatan bukan utk kebaikan masyarakat dan persekitaran. maka bagi mereka ini ipt bermakna institusi popular tinggi. maka jawatan yg sepatutnya satu giliran enggan dilepaskan. pelbagai usaha dilakukan utk terus kekal dijawatan sampai pencen.

ipt berkaitan tugas dan tanggungjawab. berkaitan ilmu. berkaitan amanah. berkaitan kredibiliti. ianya bukan tempat bermanja. bukannya tempat mencari populariti dunia. bukannya tempat menyalahgunakan duit. jika berlaku salahguna kuasa, tidak amanah dan pelbagai yg tidak memberi kebaikan kpd masyarakat dan persekitaran, maka tunggulah populariti di akhirat.

Selasa, Ogos 06, 2013

RM1 dan Nilai

rm1 adalah duit yg saya kongsi kpd yg sudi. ianya kebiasaannya dikongsi semasa raya puasa. tapi saya cuba kongsi di bulan ramadan.

tadi selepas berbuka puasa saya kongsi dgn anak bilal uitm. besar dan manis senyuman beliau. ianya mencerminkan keseronokan seorang kanak2 yg menghargai nilai rm1. pesan saya jangan beli mercun.

pagi tadi saya kongsi dgn pelajar yg sedang membantu saya memperbetulkan organisasi. saya maklumkan itu shj kemampuan saya. sanak saudara minima 300 orang. tapi bagi yg tertentu saya berkongsi lebih berdasarkan kemampuan dan kehidupan mereka. jika ada yg tak sudi kpd rm1, ianya bukan masalah saya. rm1 adalah sedekah dan hadiah drpd saya kpd yg sudi. tanpa rm1 tidak boleh jadi rm2 dan seterusnya.

Kaya dan Ujian

mendengar  kawan2 bercerita tentang kekayaan memang buat diri tergamam. bercerita tentang duit juta2.

dalam kepala letih mencongak nilai dinyatakan. wow. banyak. memang banyak. memang sangat banyak. bukan ribu sebulan. boleh capai juta setahun. malah lebih lagi.

kaya adalah ujian. miskin adalah ujian. ada tazkirah mengenai doa untuk menjadi miskin. sebab lagi kaya kita, lagi banyak amanah. sebab dlm harta kita ada hak orang miskin. maka bersedekahlah di bulan ramadan ini. ianya sebagai pelaburan utk kekayaan di akhirat.


Ahad, Ogos 04, 2013

Letih Situkang Cuci

memang letih jadi tukang cuci. rang lain yg buat kotor, tukang cuci yg kena cuci.

letih apabila arahan diterima drpd sipengotor sendiri. maklumlah sipengotor nak tunjuk kononnya dia tidak mengotorkan tempat bekerja kpd yg tak tahu. tetapi ramai yg tahu. yg buat kotor kerana nak bodek bos besar. maka apa saja bos besar kata disanggupi yg buat kotor. yg terpalit orang lain. maka nak tunjuk kononnya dia yg jaga kebersihan, arahan diberi kpd pencuci.

ada yg boleh dicuci. ada yg susah nak cuci. ada yg walau dh dicuci akan ada bekas. yg buat taik kena jawab kpd mereka yg telah dipecah amanah. kalau jawab di akhirat akan banyak susahlah.

Menangkap Bukan Bilis

biasa orang komplen yg kena hanya bilis. jerung terlepas. buaya terlepas.

bukan senang nak tangkap jerung dan buaya. walaupun saya pernah ditugaskan membawa jerung ke darat sambil berenang 100m (nasib baik ada pelampung). tambah2 jika hanya menggunakan mata kail utk tangkap jerung dan buaya. memang jerung dan buaya akan sentiasa gelakkan kita apabila kita cuba tangkap mereka dgn mata kail yg kecil.

tetapi jika lebih drpd satu mata kail kecil digunakan, lama2 akan berhasil juga. insyaallah. satu demi satu mata kail kecil dah tersangkut. dan jerung dan buaya dlm bergelut utk melepaskan diri sebenarnya semakin menjeratkan diri. alhamdulillah. bersama kita menjalankan amanah.

Jumaat, Ogos 02, 2013

Kepergian diratapi dan Kepulangan dinanti

bermula semalam dah ramai mula balik kampung utk beraya dgn yg disayangi. jalanraya mula sesak. bandaraya mula kosong sementara kampung mula bertambah penduduk. masjid dan surau di kotaraya mula berkurang bilangan saf jemaah tetapi saf di kampung tidak tahu adakah akan bertambah bilangan saf utk solat fardu dan solat terawih dan witir.

kepulangan ahli keluarga amat dinanti. ibubapa amat menanti kepulangan anak2 dari perantauan. setahun hanya sekali kebiasaannya ahli keluarga terdekat dapat berkumpul beramai2 untuk menyambut syawal. diwaktu keramaian seperti perkahwinan dan kematian, suasana berbeza berbanding berkumpul untuk syawal (dan di negeri tertentu aidil adha lebih meriah).

berapa ramaikah yg akan meratapi pemergian ramadan? bulan yg penuh barakah. bulan seribu bulan (nyanyian ramli sarip). bersamalah kita berdoa agar selamat kembali ke kampung dan kembali ke kotaraya. bersama jugalah kita berdoa semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dgn ramadan 1435h. bersamalah kita manafaatkan hari2 baki ramadan 1434h.