Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 12, 2013

Majlis Kahwin

di cuti raya puasa dan juga cuti sekolah selama 2 minggu ni, saya terima banyak jemputan majlis raya dan majlis perkahwinan. ada jemputan daripada keluarga. ada drpd kawan. dan juga jemputan drpd kenalan. ada jemputan org besar. ada jemputan org tidak besar.

dlm suratkhabar semalam ada tulisan berkaitan pinjaman diambil utk majlis perkahwinan. ada rm50ribu. ada rm80ribu lebih. tujuan pinjaman utk hantaran dan majlis perkahwinan. ada juga yg berbelanja ribuan ringgit utk majlis merisik. ada juga ribuan ringgit dibelanja utk majlis pertunangan. maka jika ketiga2 majlis dilakukan utk pengantin boleh cecah ratusan ribuan rm.

adakah yg sudi hadir sbg tetamu jika majlis perkahwinan bersyarat - para wanita ke majlis perlu berjubah hitam dan bertudung labuh. aksesori spt cincin, gelang, rantai, 'janggut', ikatan sanggul tak dibenarkan. dan jubah tidak dibenarkan ada bling2. bagi yg lelaki juga perlu berjubah tetapi warna sama ada putih atau hitam. tidak perlu bawa hadiah kpd pengantin sebaliknya sedekah kpd asnaf. dan makanan adalah laksa kelantan, nasi arab dan roti cicah kuzi.

agak2 ramaikah yg sudi hadir? selamat pengantin baru dan yg sudah berumahtangga, semoga kekal sejahtera dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: