Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 15, 2013

Berjumpa Bekas Pensyarah

tengahari tadi di fakulti saya terjumpa dgn seorang drpd bekas pensyarah saya. beliau mengajar kursus bahasa inggeris semasa saya belajar diploma.

insyaallah beliau akan pencen pada tahun hadapan. pada usia 58tahun. para pelajar saya yg ada sama dgn saya tak percaya usia beliau. beliau kelihatan sebagaimana pada saya usia semasa beliau mengajar saya pada lewat tahun 80an. iaitu seolah2 25tahun tidak memberi sebarang perubahan kpd wajah beliau. apa rahsia beliau? saya tak sempat nak tanya.

terima kasih kpd pn hasnah (prof madya hajah) abd kadir kerana sudi mengajar bahasa inggeris kpd saya dan kawan2 program diploma perakaunan di itm shah alam. saya tadi nak berbicara dgn beliau masih terasa kekok. apabila berada bersama bekas pensyarah saya, saya terasa muda sebab terasa masih lagi seorang pelajar kpd setiap bekas pensyarah dan bekas guru saya. atau mungkin mereka lebih sesuai saya perkenalkan sbg pensyarah dan guru saya?

Tiada ulasan: