Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 07, 2013

IPT - Apa Maksudnya?

ipt yg kita faham bermaksud satu tempat iaitu institusi pengajian atau pendidikan tinggi. warganya sama ada staf atau pelajar berada di ipt utk bersama meningkatkan ilmu utk kesejahteraan diri, masyarakat dan persekitaran.

tapi ramai juga yg salah salah faham atau salahguna maksud ipt. ada yg maksudkan sbg institusi pemanjaan tinggi. maka staf dan pelajar dimanjakan dgn tujuan kebaikan masyarakat dan persekitaran diabaikan. maka ramai yg salahguna peluang di ipt. walau tak layak jadi staf atau pelajar tetapi menyatakan mereka berhak berada di ipt. mereka lupa bhw peluang berada di ipt adalah satu keistimewaan yg merupakan satu tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan dgn penuh amanah.

maka ada juga golongan di dlm dan diluar ipt menyalahgunakan ipt utk populariti diri. utk mendapat jawatan bukan utk kebaikan masyarakat dan persekitaran. maka bagi mereka ini ipt bermakna institusi popular tinggi. maka jawatan yg sepatutnya satu giliran enggan dilepaskan. pelbagai usaha dilakukan utk terus kekal dijawatan sampai pencen.

ipt berkaitan tugas dan tanggungjawab. berkaitan ilmu. berkaitan amanah. berkaitan kredibiliti. ianya bukan tempat bermanja. bukannya tempat mencari populariti dunia. bukannya tempat menyalahgunakan duit. jika berlaku salahguna kuasa, tidak amanah dan pelbagai yg tidak memberi kebaikan kpd masyarakat dan persekitaran, maka tunggulah populariti di akhirat.

Tiada ulasan: