Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 29, 2013

P & P Menjadi Kurang Seronok

proses pengajaran dan pembelajaran seeloknya adalah satu proses yg seronok kpd kedua2 pengajar dan pelajar.proses yg seronok mungkin menghasilkan ilmu yg dikongsi dihargai.

bagi saya bermula dari sekolah hingga ke ipt, proses p&p bertambah kurang seronok. semasa saya sbg pelajar diploma dan sarjana, tidak banyak kursus/subjek perlu diambil. kalau di luar negara pelajar boleh pilih kursus tertentu. dan di kebanyakan ipt, pelajar boleh pilih pensyarah kerana lebih drpd seorang pensyarah mengajar kursus yg sama. sukan dan kokurilum adalah utk bukan akademik. tiada paksaan. terlibat dgn persatuan atau jawatankuasa satu pengalaman menyeronokan, bukan kerana terpaksa.

bagi pensyarah, kpi utama adalah berkongsi ilmu dgn pelajar. pensyarah berkongsi bidang ilmu yg dipelajari dan dimiliki. tiada paksaan mengajar kursus bukan bidang. tidak dibenarkan mengajar kursus bukan bidang. tidak dipaksa meluluskan pelajar kerana kehendak pihak tertentu. fokus kpd kandungan bukan kosmetik kerana terdapat pihak yg banyak masa memikirkan isu kosmetik.

kerana mengejar kedudukan tertentu, kita dah mengejar form over substance. semua dikejar dan akibatnya kualiti dikendong berciciran. janganlah sebab nak puaskan keperluan peribadi, organisasi tergadai. sedarlah tugas dan tanggungjawab sebagai pengajar dan pelajar dlm pendidikan. p&p adalah amanah bersama.

Tiada ulasan: