Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 02, 2013

Kepergian diratapi dan Kepulangan dinanti

bermula semalam dah ramai mula balik kampung utk beraya dgn yg disayangi. jalanraya mula sesak. bandaraya mula kosong sementara kampung mula bertambah penduduk. masjid dan surau di kotaraya mula berkurang bilangan saf jemaah tetapi saf di kampung tidak tahu adakah akan bertambah bilangan saf utk solat fardu dan solat terawih dan witir.

kepulangan ahli keluarga amat dinanti. ibubapa amat menanti kepulangan anak2 dari perantauan. setahun hanya sekali kebiasaannya ahli keluarga terdekat dapat berkumpul beramai2 untuk menyambut syawal. diwaktu keramaian seperti perkahwinan dan kematian, suasana berbeza berbanding berkumpul untuk syawal (dan di negeri tertentu aidil adha lebih meriah).

berapa ramaikah yg akan meratapi pemergian ramadan? bulan yg penuh barakah. bulan seribu bulan (nyanyian ramli sarip). bersamalah kita berdoa agar selamat kembali ke kampung dan kembali ke kotaraya. bersama jugalah kita berdoa semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu dgn ramadan 1435h. bersamalah kita manafaatkan hari2 baki ramadan 1434h.

Tiada ulasan: