Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 07, 2013

Keseronokan Balik Kampung

ramai yg seronok dapat balik kampung utk beraya. yg kurang seronok jika perjalanan mengambil masa yg lama kerana kesesakan jalanraya.

kenapa kita seronok balik kampung? saya dah 4tahun tak beraya di kampung di kelantan. kami sekeluarga (emak,ayah, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, dll kerabat) beraya bukan di kampung kerana nenek kini beraya bersama kami di sini. memang memikirkan bahawa tidak beraya di kampung di kelantan tidak seronok. tiada suasana persediaan nak balik kampung. tiada rasa berebut utk cari tempat tidur, berebut utk berbuka dan bersahur, berebut bilik air dan pelbagai rebutan seperti ribut.

tetapi apabila saya fikirkan semula, kita seronok balik kampung kerana seronok berada bersama mereka yg kita sayang dan yg sayang kita. iaitu kaum kerabat kita. jadi, beraya di bandar sebenarnya seronok juga kerana berada disamping keluarga yg sayangkan kita. cuma kita kurang rasa kesepian berjauhan dgn keluarga kerana hampir setiap hari kita berada bersama mereka yg kita sayangi. tiada perasaan kepulangan dinanti seperti menanti ketibaan keluarga balik ke kampung.

keseronokan menyambut syawal adalah keseronokan bersama sanak saudara. salam satu syawal 1434h.

Tiada ulasan: