Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 12, 2013

Apabila Kurang Nafsu Makan

mungkin ada yg kecewa apabila melihat hidangan makanan yg pelbagai semasa majlis raya tetapi tiada atau kurang nafsu utk mengecapinya. mungkin ada yg suka jika ianya berlaku.

ramadan adalah bulan belajar. tazkirah di surau masa ramadan menyatakan bhw ramadan umpama madrasah. tempat kita belajar. masa kita diingatkan semula tentang fitrah kita. tentang kita perlu ingat kpd orang lain selain kita. kita belajar utk mengawal nafsu. kita cuba hayati kekurangan saudara kita berkaitan makan. ianya juga utk membolehkan badan kita berehat drpd memproses makanan tanpa henti.

ada yg apabila habis ramadan amat gembira kerana nafsu makan yg dibendung semasa ramadan dibuka semula ikatannya. maka ada yg berat badan bertambah dalam hanya beberapa hari shj melebihi berat yg berkurangan melalui puasa sebulan. ada yg ingin meneruskan kesihatan melalui berat badan yg bminya dikira normal setelah berpuasa sebulan. yg mana satukah kita?

Tiada ulasan: