Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 14, 2013

Usaha dan Hasil

ada orang usaha banyak, hasil pun banyak. ada orang usaha sikit hasil banyak. ada orang usaha banyak, hasil sikit. dan ramai suka usaha sikit, hasil banyak. tapi ramai sekarang nak tiada usaha tapi mesti ada hasil.

belajar perlu kpd usaha. yg pertama kenalah baca. dengar kata guru. tak tahu tanyalah kpd yg tahu. jangan malu bertanya. biarlah orang kata kita kurang pandai sebab banyak bertanya. ianya lebih baik drpd tak bertanya dan buat2 pandai.

seeloknya pelajar belajar utk mendapatkan ilmu dan keputusan yg halal. jangan pula taknak membaca, tak berusaha secara jujur, tetapi mendesak dan memaksa bahawa patut lulus. mungkin ada yg terlepas dgn lulus walau tidak secara jujur semasa belajar. mungkin ada yg dapat hasil walau tak berusaha dgn jujur. rezeki allah beri kpd sesiapa yg dia mahu. ianya hak allah.

tetapi rezeki yg diterima sebagai hasil nanti tetap akan dipersoal diakhirat. kita perlu lihat pembentangan akaun kita. balasan akan berdasarkan kpd rezeki tersebut. semoga kita sentiasa berusaha utk rezeki yg halal.

Tiada ulasan: