Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 14, 2013

Bersyukur dan Redha

kita sepatutnya bersyukur dgn rezeki yg kita dapat. kita juga sepatutnya redha dgn ujian dan dugaan yg kita terima.

sedar dari tidur kita seeloknya mengucap dua kalimah syahadah dan alhamdulillah. kemudiannya elok jika kita sedar sebelum subuh dan jika mampu kita bersahur utk berpuasa. solat subuh. dapat bersahur/makan dan solat di awal pagi dikira berntunglah kita. ada yg tak dapat makan seawal kita bersahur. ada yg tidak dibuka hati utk bersolat.

seorang mantan dekan saya memodelkan kpd saya utk solat berjemaah di masjid/surau. dan lagi elok jika kita solat di saf pertama. lagi elok lagi dekat dgn imam. janganlah segan utk cepat2 berada di saf paling depan dan berada paling hampir dgn imam dan bilal. ianya satu nikmat/anugerah.

jika mampu berpuasalah sunat. ianya membolehkan kita empati bersama mereka yg kurang mampu makan dan minum. mereka yg mungkin kurang mampu menikmati makan dan minum berbanding kita. jika boleh bersedekahlah. seeloknya kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada dan juga redha dgn apa yg kita ada. sentiasalah juga berdoa. matlamat kita adalah kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: