Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Februari 26, 2009

Amanah Disambung

Hari ini saya terima dua surat lantikan daripada bos no1 uitm. Tugas saya dlm 2JK peringkat uitm disambung lagi.

Saya bersyukur kpd Tuhan krn ini tanda saya telah jalankan tugas2 ini dgn amanah. Tetapi ianya juga menambahkan lagi amanah say di uitm. InsyaAllah, saya akan lakukan amanah ini sebaik dan semampu saya. terima aksih kpd mereka yg yakin dgn kebolehan dan bakat saya.

Tanya pegawai saya'Cebad ni ada berapa bos?' Jawab saya, NC, TNC (4), PNC (1), Dekan (2), Pengarah (1) dll. Saya berdoa agar Allah sentiasa permudah saya dlm menjalankan amanah.

Sabtu, Februari 21, 2009

MTE 2009 (2)

Tiada rezeki saya di MTE 2009. Penyertaan kumpulan saya tidak memenangi sebarang pingat.

Maka kita perlu merancang semula strategi untuk penyertaan di peringkat lain. Mungkin perlu penambahan daripada segi model dsbnya. InsyaAllah, kita akan cuba perbaiki.

Tidak menang tidak bererti kalah. Ianya adalah dorongan untuk lebih baik lagi di masa hadapan.

Pesan saudara

Saudara saya berpesan. Bukan semua orang suka kepada kebaikan.

Berjaga2lah. Akan ada orang yang mungkin manis di depan kita, tetapi sebenarnya sebaliknya dibelakang kita. Ingatlah Allah selalu. Berdoalah kepadaNya. Memang tiada yang akan berlaku tanpa kehendakNya.

'Manusia merancang, Allah merancang, Allah jua Maha Perancang'. Cukuplah Allah sebagai Pengawal dan Pelindung ku.

Jumaat, Februari 20, 2009

MTE 2009

Hari ini saya di PWTC. Mewakili UiTM di MTE 2009 untuk Keniam Model.
Terima kasih kepada ahli2 kumpulan yg bekerjasama untuk kebaikan bersama. Antara ahli kumpulan adalah PM Dr.Zaini Abdullah, PM Dr Nazip, PM Dr Jasmee dan Prof Rahmat, setiausaha agung AALCO. Kami pamerkan Keniam sebagai pusat menguruskan penyelidikan di taman negara. Keniam juga kami iklankan utk 'research tourism'.
Doakan agar kami berjaya memenangi pingat di MTE 2009.

Khamis, Februari 19, 2009

Seperti Biasa

Ekonomi tidak kukuh. Tetapi masih ada yg dianugerahkan Allah dgn rezeki yg halal tidak menjalankan amanah.

Pada awalnya, bermuka2 dgn bos. Sentiasa berada ditempat diamanahkan menjalankan tugas. Kemudian bila dilihat bos kerap tiada kerana tugas, diambil peluang untuk hilang dari tempat diamanahkan.

Jika tidak ingin berubah untuk kebaikan organisasi, maka tolonglah berubah ke organisasi lain. Cukuplah memberi makan kepada yang tersayang dgn rezeki yang mungkin tak diberkati.

Rabu, Februari 18, 2009

Juara Futsal

Tahniah kpd rakan2 dan saudara2 seperjuangan dan seperguruan yg berjaya menjadi juara futsal SBP84. Saya tak dpt turut bermain kerana ada kuliah pd masa pertandingan.

Permainan akhir diputuskan melalui penalti. Pada 84, kami kalah kpd pasukan yg kami kalahkan pd 2009 dgn penalti juga. 25tahun utk kami tebus kekalahan. Tahniah sekali lagi kpd brother2 saya.

Saya dah lama tak dpt join futsal krn tugas. InsyaAllah, saya akan gagahkan ke gelanggang futsal pd minggu akan datang.

Jumaat, Februari 13, 2009

Tahniah Prof

tahniah kpd mereka yg dilantik sebagai profesor. saya berpeluang mengucapkan tahniah kpd prof dr ir juridah.

profesor adalah lantikan idaman para akademik. ianya pengiktirafan kualiti akademik. dan lantikan sebagai profesor bukanlah perkara ringan dan main-main. namabaik universiti selalunya berkait dgn siapakah profesor di universiti tersebut.

menjadi seorang profesor adalah satu drpd impian saya. jika ada rezeki, insyaAllah akan tercapai. tapi, walau apa pun pangkat kita, kita mestilah beramanah menjalankan tugas berdasarkan lantikan kita.

Khamis, Februari 12, 2009

Ilmu Dalam Perakaunan

Saya menyatakan perlu ada sekurang2nya satu kursus perakaunan dalam sukan. Ada yang membantah. Ada yg menyokong.

Maka pada 6feb lepas, terbukti bhw pentingnya mereka dlm persatuan sukan ada ilmu dalam perakaunan. InsyaAllah, saya akan hadir ke beberapa tempat dlm siri memberi kesedaran ada ilmu dlm perakaunan kpd para pegawai persatuan sukan.

Terima kasih kpd penganjur. Terima kasih kpd mereka yg yakin peentingnya ilmu perakaunan dikongsi dgn pelajar sukan.

Rabu, Februari 11, 2009

Lantikan

Semalam, seorang kenalan dilantik sebagai EXCO Perak. Kebetulan saya berada di Perak.

Ramai yg imginkan jawatan yang disandang oleh kenalan saya. Ramai inginkan status dan kuasa yg datang bersama lantikan tersebut. Tetapi berapa ramaikah yg ingin tanggung tugas dan tanggungjawab utk beramanah?

Begitu cepat masa berlalu, dah lebih 20tahun. Ada kenalan yg berjaya dan ada yg masih berusaha utk berjaya. Ada juga kenalan yg telah kembali kepada Nya.

Ahad, Februari 08, 2009

Allah Jua Yang Kekal

Pada pagi Jumaat, ayah kepada seorang staf di ined telah kembali kepadaNya. Semalam, 7 feb, kakak kepada Che Hisyam, telah kembali kepada Yang Maha Esa.

Bersama2lah kita hadiahkan AlFatihah kepada mereka yang telah kembali kepadaNya. Kematian adalah satu peringatan kepada kita yang masih hidup. Ianya mengingatkan kita untuk insaf. Masa yang ada untuk menjalankan amanah di dunia ini adalah sangat2 terhad. janganlah kita sia2kan. Apabila kita pulang kepadaNya, pangkat, harta dan keluarga bukanlah pemberat untuk kebaikan kita kecuali kita gunakan untuk mendapat rahmatNya.

Bersama2lah kita mengingatkan sesama kita untuk bersedia kehidupan di akhirat yang kekal.

Khamis, Februari 05, 2009

Guna-guna

Ada yg bertanya,'adakah pihak tertentu menggunakan 'guna2' utk menundukkan org lain?'. saya tak tahu.

tapi yg saya tahu, saya dan che hisyam, insyaAllah tidak terkena guna2 pihak tertentu. Mungkin itulah sebabnya beliau dan rakan2nya tak suka kpd saya dan CHCM. dan kesannya, akan sentiasa panas bg mereka apabila bertemu dgn saya dan CHCM. Mungkinkah?

Cukuplah Tuhanku sebagai Pengawal dan Pelindungku. Sesungguhnya tiada yang berkuasa melainkan Allah Yang Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Terima Kasih Kerana Peringatan

Terima kasih en Firdaus, pensyarah di instedt dan graduan FSR. Catitan tentang azab neraka diharapkan dapat menajdi peringatan kepada kita.

saya beritahu kpd para pelajar saya,'saya bukan pakar dalam semua bidang, saya tidak tahu dalam semua perkara. kita berkongsi pengetahuan untuk kebaikan bersama'. Itulah keseronokan bekerja dan berada di sebuah pusat ilmu. Setiap kita ada kelebihan ilmu dalam perkara tertentu berbanding insan yg lain.

Janganlah kita sombong dan bongkak dalam hidup ini. Janganlah pula kerana gilakan kuasa dan harta, sanggup memakai 'guna-guna'. ianya tak guna kpd kita.

AlhamdulIllah

Syukur kepada Allah. Adik saya selamat kembali dari Gaza, di bumi Palestine.

Beliau ke sana di bawah panji Mercy Malaysia, yang di pimpin bersama oleh seorang sahabat saya Dr Ahmad Faezal Perdaus. Pasukan adik saya terdiri drpd pakar perubatan (yg diiktiraf). Adik saya di sana selama dua minggu. Semalam beliau kembali ke Malaysia. Semalam juga, wajahnya terpampang di akhbar STAR.

Seorang lagi adik saya berhasrat ke Gaza. Tetapi beliau belum lagi seorang pakar perubatan. InsyaAllah, jika ada rezeki, beliau akan memulakan pengajian utk menjadi pakar perubatan.