Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 31, 2011

Sekali Air Bah

semasa kecil saya memang menanti musim tengkujuh di pantai timur. ianya selalu pada musim cuti sekolah penggal ketiga. cuti yang panjang. dan saya selalunya akan balik ke kelantan untuk bermain bah.

ada pepatah melayu, 'sekali air bah, pantai akan berubah'. begitu juga dgn organisasi. apabila berlaku perubahan kpd kepimpinan, maka secara umumnya, corak pengurusan akan turut berubah. dan akan turut berlaku perubahan kpd pemimpin bawahan.

ianya perkara biasa. saya pernah alami berkali2 di tempat saya bekerja. setiap pemimpin ada cara dia bekerja. setiap pemimpin ada kumpulan utama yg dia percayai. dan kita orang bawah kena bersedia utk sebarang perubahan. yg penting kita ikhlas bekerja. tak perlu bermuka2 atau amacm lalang atau macam talam dua muka. tak perlu suka tikam belakang.

sebagai pemimpin amat besar tanggungjawabnya berbanding dgn pengikut. pengikut selalunya hanya mengikut arahan pemimpin. pengikut yg bijaksana (fatanah) mengetahui kejujuran seorang pemimpin semasa memimpin organisasi.

Hukuman Bagi Pencuri

menarik dalam suratkhabar sunday star hari ini menunjukkan statistik persepsi dan pandangan remaja/belia muslim/muslimah. diantara keputusan kajiselidik menunjukkan ramai menyokong hukuman potong tangan kepada pencuri.

saya setuju. sama ada pencuri atau perompak, elok dipotong tangan. alasan bhw tanggungan ramai, harapan keluarga mencari nafkah, baru pertama kali, kasihanlah dia dsbnya tak boleh diterima. tanyalah kpd mangsa trauma yg telah dan sedang bekas kecurian/rompakan. pencuri/perompak adalah mereka yg tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yg telah mereka lakukan. mereka juga bukan beramanah. maka mereka tidak layak juga menjadi pemimpin.

hukuman sebagai ingatan kpd pesalah, amaran kpd yg berniat utk melakukan, dan keadilan kpd mangsa dan keluarga mangsa. mencuri/merompak/pecah amanah/menipu menyusahkan masyarakat. ianya hanya menyenangkan segelintir shj. mereka yg lakukan kesalahan ini adalah kerana ego. hanya nak senang sementara. nak menunjuk2 walaupun sebenarnya tak mampu.

saya dimaklumkan bgmana universiti di amerika syarikat memasukkan kursus kewangan peribadi sbg satu kursus wajib/asas. ianya membantu pelajar utk bersedia dlm menguruskan kewangan mereka. saya cadangkan uitm menjadikan kursus kewangan peribadi sebagai satu kursus asas yg wajib di uitm.

Khamis, Julai 28, 2011

Koperasi dan Kerjasama



apa besar koperasi dan kerjasama? perkataan koperasi adalah berasal drpd perkataan inggeris 'coperative' yg berasal drpd perkataan co-operate. maksud 'co-operate' dlm bahasa melayu adalah kerjasama.

saya baru balik drpd berkursus selama 2 hari di maktab koperasi malaysia. nama lama adalah maktab kerjasama malaysia. saya hadir sebagai seorang anggota lembaga koperasi uitm bhd. selain saya, 2 lagi alk hadir utk kursus wajib bg seorang alk.

terdapat 7 prinsip koperasi. antaranya adalah untuk pendidikan. saya cadangkan kpd peers dan alumni peers uitm, dan keluarga saya utk menubuhkan koperasi. antara matlamat utama saya cadangkan adalah utk pendidikan. anggota koperasi berpeluang mendapat pendidikan melalui kursus yg ditawarkan oleh maktab koperasi. kandungan dan kos amatlah menarik. utk kursus 2 hari, saya hanya bayar rm25 shj. jika kursus anjuran universiti atau persatuan akademik, kos biasanya minima rm600. kursus di maktab disediakan 5kali makan sehari semasa kursus.

jom kita berkoperasi. bersama2 membina pengetahuan, dan ekonomi secara bekerjasama.

Rabu, Julai 27, 2011

Keseronokan Bekerja

pengikut akan tidak senyum jika ketua bekerja secara kurang senyuman. lama2 pengikut boleh jadi kurang siuman.

apabila staf kerap bertukar, ianya adalah tanda2 organisasi menghadapi masalah. apabila staf kurang berkomunikasi, staf selalu mc, datang lambat dan cepat balik juga tanda2 kpd organisasi.kepuasan kerja, keseronokan bekerja, burnout, produktiviti dan gaya kepimpinan boleh dikatakan amat berkait (exist a relationship).

ketua yg berteraskan kerja shj tidak bagus. ketua yg berteraskan hubungan sahaja juga tidak bagus. yg terbaik mengikut blake mourton adalah ketua berteraskan kerja berpasukan, iaitu tugas dan hubungan dgn staf kedua2 diutamakan.

jika kita tidak boleh ubah ketua/staf kita, maka kita cuba ubah diri kita. kalau kita tak tahan dan kita adalah pengikut, maka pilihan yg boleh kita lakukan adalah kita berubah..tempat kerja. saya pernah lakukan. saya lebih suka senyuman dan siuman daripada kurang senyuman dan kurang siuman. kita ada pilihan. tapi berbincanglah dahulu dgn orang lain.

Isnin, Julai 25, 2011

Bersedia untuk Perubahan

yang pasti adalah perubahan. yg tak pasti adalah ketetapan. direct translation from, what is permanent is change, ...

bekerja tanpa kepastian memang memenatkan. memang mengelirukan. maka kita mesti sentiasa bersedia. dan persediaan dilakukan melalui latihan dan adaptasi. jika tidak bersedia, memang kita tak akan terdaya menerima perubahan.

jawatan pentadbir akademik di uitm bukanlah suatu yg tetap sampai pencen. jadi janganlah kita ghairah dgn jawatan pentadbir akademik. sebenarnya, lagi ada jawatan, lagi ada nama, lagi besar beban tanggungjawab. tapi masih ada yg bercita2 nak jadi pentadbir akademik sampai pencen. mungkin dirasai bhw tanpa jawatan sedemikian tiada lagi hormat orang lain kpdnya.

lagi tinggi jawatan, lagi terasa jika kita kehilangan jawatan tersebut. ada yg nak jawatan tinggi kerana seronok disambut dan dilayan spt raja. dan ini menyebabkan mereka ini alpa dan lupa kpd daratan. kerana dibuai dgn nikmat memegang jawatan sehingga lupa tugas dan tanggungjawab yg datang bersama jawatan.

akan ada yg salah guna jawatan mereka. mereka lupa bhw mahkamah akhirat tidak akan lupa tanggungjawab mereka. didunia boleh terlepas.

Dughiye

dughiye, dughiyon, durian, etc. lebih dikenali sebagai raja buah. tetapi tidak semua orang suka. seorang kawan akan terasa nak muntah hanya mendengar perkataan durian. seorang makcik tak suka makan durian tetapi kalau diberi lepuk, habis satu batang.

minggu lepas, dlm perjalanan balik dari gambang via beserah, saya dan hj hamdan singgah makan durian di kg megat, maran. pada kiraan saya harga adalah murah. dan rasanya adalah enak. saya tidak pandai memilih durian spt kebolehan hj hamdan. maka saya bagitau kpd penjual,'akak pilihlah yg baik2 utk saya, saya tak pandai pilih'. jika beliau tidak amanah dlm melakukan jualbeli, beliau tanggunglah diakhirat nanti. sampai di rumah, adik saya tanya,'kenapa tak beli banyak'.

dua hari lepas, adik saya bersama seorang pakcik beli durian. setelah melepasi 40tahun, setakat mana sangat mampu saya makan. antara durian yg dibeli adalah raja kunyit, d24. saya tak tau bezakan sangat drpd segi rasa. cuma saya boleh katakan rasanya 'creamy'. nampak gaya tak sempat nak pi kuti doghiyan kat lenggong. adik saya bagi tau masih belum masanya lagi.

Profesor Pelawat Dari USA

tadi saya berjumpa dgn seorang drpd profesor pelawat fakulti perakaunan. ianya antara keperluan bg seorang pelajar phd fakulti perakaunan.

temujanji saya pada 2.30ptg. tapi 2.10ptg saya sudahpun berada di depan bilik prof. oleh kerana dia tidak mengenali saya, beliau mencari2 saya sehingga di depan pejabat pasca graduan fakulti perakaunan. saya terdengar beliau bertanya kepada 2 pelajar/pelawat yg kebetulan berada di situ 'badrul hashim?'. dan setelah beliau bertanya kpd orang kedua, saya menyampuk 'i am badrul prof'.

perjumpaan bertujuan berbincang tentang proposal saya. dukacita saya masih belum ada proposal. saya maklumkan juga saya masih memikirkan bakal penyelia. dan saya bercadang untuk mengambil cuti khas pada sem akan datang untuk menyelesaikan tugasan di pejabat jim. saya lihat prof cuba mengawal trespons terhadap ketiga2 pernyataan saya yg tidak 100% positif dlm saya mendapatkan phd.

tetapi sbg orang lama dan profesional, alhamdulillah sesi adalah sesi yg produktif. saya mendapat cadangan utk tajuk, sampel, dan lr sbg rujukan. terima kasih prof.

Jumaat, Julai 22, 2011

Aset Kita

apakah aset? kenapa perlu aset? bagaimana nak dapatkan aset? apa beza aset dgn liabiliti? ini antara silibus perakaunan utk pelajar sains sukan dan mereka yg mempelajari perakaunan.

apakah aset kita? secara umumnya sumber yg boleh memberikan pendapatan atau hasil kpd kita. maka adakah rumah itu aset kita? jika ada hasil drpd rumah spt sewa, ianya adalah aset. tapi ianya juga berikan aset tidak langsung dgn mengurangkan kos tempat tinggal jika kita pandai menguruskannya. maka sejauh dan sebanyak mana kita perlu berbelanja utk menghiaskan rumah kita? perlukah rumah dan perabut bernilai ribuan, puluha ribu, ratusan ribu, atau jutaan rm? kubur kita pun sepatutnya ringkas. tak perlu binaan.

saya suka cara jepun. ringkas dan hanya perlu perabut asas shj. tapi kalau sesiapa melawat pejabat saya di fsr akan melihat bilik saya yang semak dan serabut. ianya kerana dipenuhi dgn aset saya yg lain iaitu buku dan fail yg kandungi sumber utk saya dapatkan hasil rezeki saya sebagai pensyarah.

Rabu, Julai 20, 2011

Kualiti Graduan Kita

kualiti graduan bergantung kepada pelbagai faktor. elok dilakukan swot analisis sebelum menjadi graduan dan setelah menjadi graduan.

itm dulu2 menerima pelajar yg majoritinya sederhana drpd keputusan untuk kemasukan. majoriti ke itm kerana kurang mampu daripada akademik/kewangan ke ipt lain. para pensyarah mempunyai kesan besar dlm mencorak kejayaan pelajar itm. kualiti dan dedikasi pensyarah itm berjaya melahirkan graduan itm yg bersedia diterima pasaran. ini kerana walaupun semasa masuk itm pelajar mungkin kurang berkualiti, tetapi dgn hasil usaha pensyarah berkualiti, lahirlah graduan berkualiti.

bagaimana budaya itm ini nak diteruskan di uitm supaya graduan terhasil sentiasa diterima dan dicari pasaran? pastikan pensyarah adalah sentiasa berkualiti. pastikan pensyarah yg mengajar adalah dalam bidang yg mereka mempunyai ilmu berdasarkan kelayakan akademik. pengalaman kurang meyakinkan tanpa kelayakan akademik dlm bidang yg ingin dikongsi dgn pelajar.

janganlah sebab nak cari duit tambahan, maka nilai, visi dan misi uitm ditolak ke tepi malah dicampak jauh. janganlah sebab nakkan duit tambahan, anda meroskakkan reputasi uitm kerana anda yg tidak layak kerana tiada ilmu dlm kursus yg diajar (sebab nak, sebab mintak) maka graduan uitm ditolak oleh pasaran. akhirnya nama uitm juga busuk. jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelangan.

Ahad, Julai 17, 2011

Membina Pasukan FSR



pada 15-17julai di bukit gambang resort city, warga fsr uitm shah alam telah ber'kampung' di bandaraya bgrc. tujuan kami adalah untuk membina pasukan fsr supaya menjadi lebih produktif dan proaktif.

seramai 14staf akademik dan 24staf pentadbiran hadir, bermula dgn peringkat pap ke peringkat dekan. pada 2010, program ini telah diadakan di morib. dan ianya adalah kali pertama saya di bgrc. begitu juga bg hampir kesemua peserta lain.

makanan memang mewah. tempat tinggal mewah. aktiviti ceria. para peserta memang sporting dan recreating. terima kasih kpd pn nur aisyah dan kak ba'ayah. terima kasih kpd dekan dan tda. terima kasih kpd kesemua warga fsr yg hadir utk membantu membina fsr menjadi lebih cemerlang. terima kasih juga kpd fasi yg menampilkan saudara iman, seorang komposer.

Jumaat, Julai 15, 2011

Kerja dan Tugas

apa beza kerja dan tugas? ramai yg nak kerja. tapi apabila dah dpt kerja tak nak buat kerja. jadi kerja atau pekerjaan adalah jawatan kot.

semalam saya berbincang lama dgn seorang ketua di tempat saya. ianya berkaitan kerja. saya maklumkan bgmana bos saya nyatakan saya tak capai tugasan yg diberi kpd saya. saya terima kenyataan bos saya kerana apa yg beliau nak tak saya penuhi sepenuhnya.

puncanya kerana apa diperlukan bos saya perlu saya dapat drpd staf saya. dukacita pergerakan kerja staf saya amat lambat dan lembab. maka saya nyatakan kpd seorang ketua lain. ianya dipersetujui oleh ketua tersebut. spt kata bos saya, ketua tersebut bagitau bhw saya perlu pantau dan sentiasa ingatkan kpd staf saya utk lakukan kerja mereka. letih lah macam ni.

saya bgtau bgmana staf saya di fakulti dan di ined dahulu amat cekap dan cepat selesaikan tugas diberi. mungkin budaya kerja, mungkin kebiasaan diri (habit). tetapi adalah tanggungjawab saya mendidik staf saya utk bekerja sbgmana keperluan saya dan bos saya. dan jika staf saya tidak mahu bekerja spt keperluan kami, maka mereka ada pilihan utk ke tempat lain.

MACFEA

saya adalah ahli seumur hidup macfea. bukan mafia. macfea adalah persatuan pengguna,dan ekonomi keluarga malaysia.

insyaallah pada 19julai selasa jam 11.30pagi di hotel uitm shah alam akan berlangsung mesyuarat agung tahunan macfea. sebelum ini saya hanya sempat hadir ke satu agm shj. dan saya diingatkan bhw keahlian akan tergugat jika tidak hadir ke agm akan datang. maka, insyaallah saya akan cuba hadir ke agm yg akan diadakan di hotel uitm.

kepada mereka yg berminat utk menjadi ahli, silalah ke agm macfea dan mendaftar sbg ahli. macfea ada kaitan dgn bidang penyelidikan saya. soalan saya, adakah saya akan dilantik memegang tanggungjawab spt di perkama dan kuib. kalau banyak sangat jawatan, mungkin saya tak boleh beri penumpuan yg sebaiknya.

Rabu, Julai 13, 2011

Ketua dan Pengikut Ketua

ramai yg nak jadi ketua. ramai yg tak nak jadi ketua. tetapi ada masanya nak tak nak kena jadi ketua.

sbg seorang ketua di pejabat jim uitm,ada kerja yg hampir sama di tempat lain. ada kerja yg berbeza. kerja saya di jim adalah berkaitan latihan industri dan ke arah meningkatkan kebolehdapatan kerja graduan uitm. maka kerja saya sbg pemasar dan penjual perlu banyak berjumpa ramai orang. di luar dan di dalam uitm.

semalam saya mesyuarat di talent corp dgn beberapa pegawainya. sebelum mesyuarat semalam, saya ada gerak hati bahawa kemungkinan seorang drpd pegawai tc kemungkinan seorang drpd saudara saya. memang tepat jangkaan saya. cuma beliau tak cam dan kenal saya.

sbg ketua, kejayaan bergantung kpd pengikutnya. begitu juga sbg pengikut, kejayaannya bergantung kpd ketuanya. maka ketua dan pengikut saling memerlukan utk berjaya dlm tugas dan tanggungjawab. insyaallah lepas ni saya bukan lagi sbg ketua jika berdasarkan perjumpaan dgn seorang ketua dari hea. jadi apa pulak agak2nya?

Sabtu, Julai 02, 2011

Lawatan Ke Kuala Tahan Bersama Pengarah AIC

hari ini saya ke kuala tahan. saya ke sana bersama pengarah aic jim. objektif utama adalah memperkenalkan pengarah aic dan ketua2nya kepada jkkk kuala tahan.

dukacita, hanya pengarah aic shj yg dapat pergi kerana yg lain2 mempunyai komitmen lain di saat2 akhir. alhamdulillah, semasa di kuala tahan, kami sempat berkenalan pengurusan temenggong inisiatif yg sedang mengendalikan latihan utk renjer ti. pada asalnya saya dimaklumkan bhw mereka tidak ada di kuala tahan. tetapi rezeki kami kerana niat ikhlas kami utk membantu uitm dan jkkk kuala tahan.

hanya tok 4 atau panggilan manja t4 yg hadir mewakili jkkk. yg lain2nya spt ketua2 aic yg terpaksa tidak hadir dgn izin kerana ada urusan lain. tetapi perbincangan diantara pengarah aic dan t4 berjaya capai objektif kehadiran kami di sana. banyak perkara dibincangkan. pertemuan tadi hanya intro. insyaallah, ianya akan bersambung di masa terdekat.

terima kasih kpd t4, pengarah aic dan wakil ti. semoga niat ikhlas utk membantu secara bergandingan tangan akan mendapat rahmat Allah.