Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 25, 2011

Bersedia untuk Perubahan

yang pasti adalah perubahan. yg tak pasti adalah ketetapan. direct translation from, what is permanent is change, ...

bekerja tanpa kepastian memang memenatkan. memang mengelirukan. maka kita mesti sentiasa bersedia. dan persediaan dilakukan melalui latihan dan adaptasi. jika tidak bersedia, memang kita tak akan terdaya menerima perubahan.

jawatan pentadbir akademik di uitm bukanlah suatu yg tetap sampai pencen. jadi janganlah kita ghairah dgn jawatan pentadbir akademik. sebenarnya, lagi ada jawatan, lagi ada nama, lagi besar beban tanggungjawab. tapi masih ada yg bercita2 nak jadi pentadbir akademik sampai pencen. mungkin dirasai bhw tanpa jawatan sedemikian tiada lagi hormat orang lain kpdnya.

lagi tinggi jawatan, lagi terasa jika kita kehilangan jawatan tersebut. ada yg nak jawatan tinggi kerana seronok disambut dan dilayan spt raja. dan ini menyebabkan mereka ini alpa dan lupa kpd daratan. kerana dibuai dgn nikmat memegang jawatan sehingga lupa tugas dan tanggungjawab yg datang bersama jawatan.

akan ada yg salah guna jawatan mereka. mereka lupa bhw mahkamah akhirat tidak akan lupa tanggungjawab mereka. didunia boleh terlepas.

Tiada ulasan: