Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 25, 2011

Profesor Pelawat Dari USA

tadi saya berjumpa dgn seorang drpd profesor pelawat fakulti perakaunan. ianya antara keperluan bg seorang pelajar phd fakulti perakaunan.

temujanji saya pada 2.30ptg. tapi 2.10ptg saya sudahpun berada di depan bilik prof. oleh kerana dia tidak mengenali saya, beliau mencari2 saya sehingga di depan pejabat pasca graduan fakulti perakaunan. saya terdengar beliau bertanya kepada 2 pelajar/pelawat yg kebetulan berada di situ 'badrul hashim?'. dan setelah beliau bertanya kpd orang kedua, saya menyampuk 'i am badrul prof'.

perjumpaan bertujuan berbincang tentang proposal saya. dukacita saya masih belum ada proposal. saya maklumkan juga saya masih memikirkan bakal penyelia. dan saya bercadang untuk mengambil cuti khas pada sem akan datang untuk menyelesaikan tugasan di pejabat jim. saya lihat prof cuba mengawal trespons terhadap ketiga2 pernyataan saya yg tidak 100% positif dlm saya mendapatkan phd.

tetapi sbg orang lama dan profesional, alhamdulillah sesi adalah sesi yg produktif. saya mendapat cadangan utk tajuk, sampel, dan lr sbg rujukan. terima kasih prof.

Tiada ulasan: