Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Julai 31, 2011

Sekali Air Bah

semasa kecil saya memang menanti musim tengkujuh di pantai timur. ianya selalu pada musim cuti sekolah penggal ketiga. cuti yang panjang. dan saya selalunya akan balik ke kelantan untuk bermain bah.

ada pepatah melayu, 'sekali air bah, pantai akan berubah'. begitu juga dgn organisasi. apabila berlaku perubahan kpd kepimpinan, maka secara umumnya, corak pengurusan akan turut berubah. dan akan turut berlaku perubahan kpd pemimpin bawahan.

ianya perkara biasa. saya pernah alami berkali2 di tempat saya bekerja. setiap pemimpin ada cara dia bekerja. setiap pemimpin ada kumpulan utama yg dia percayai. dan kita orang bawah kena bersedia utk sebarang perubahan. yg penting kita ikhlas bekerja. tak perlu bermuka2 atau amacm lalang atau macam talam dua muka. tak perlu suka tikam belakang.

sebagai pemimpin amat besar tanggungjawabnya berbanding dgn pengikut. pengikut selalunya hanya mengikut arahan pemimpin. pengikut yg bijaksana (fatanah) mengetahui kejujuran seorang pemimpin semasa memimpin organisasi.

Tiada ulasan: