Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Julai 25, 2011

Dughiye

dughiye, dughiyon, durian, etc. lebih dikenali sebagai raja buah. tetapi tidak semua orang suka. seorang kawan akan terasa nak muntah hanya mendengar perkataan durian. seorang makcik tak suka makan durian tetapi kalau diberi lepuk, habis satu batang.

minggu lepas, dlm perjalanan balik dari gambang via beserah, saya dan hj hamdan singgah makan durian di kg megat, maran. pada kiraan saya harga adalah murah. dan rasanya adalah enak. saya tidak pandai memilih durian spt kebolehan hj hamdan. maka saya bagitau kpd penjual,'akak pilihlah yg baik2 utk saya, saya tak pandai pilih'. jika beliau tidak amanah dlm melakukan jualbeli, beliau tanggunglah diakhirat nanti. sampai di rumah, adik saya tanya,'kenapa tak beli banyak'.

dua hari lepas, adik saya bersama seorang pakcik beli durian. setelah melepasi 40tahun, setakat mana sangat mampu saya makan. antara durian yg dibeli adalah raja kunyit, d24. saya tak tau bezakan sangat drpd segi rasa. cuma saya boleh katakan rasanya 'creamy'. nampak gaya tak sempat nak pi kuti doghiyan kat lenggong. adik saya bagi tau masih belum masanya lagi.

Tiada ulasan: