Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Disember 31, 2008

Ganjaran

Hujung tahun selalunya kita gunakan utk melihat pencapaian kita. Semoga kita mencapai apa yg kita hajati secara halal.

Hujung tahun juga kita lihat dan nilai adakah usaha kita mendapat ganjaran yg setimpal. Jika terlebih, ianya adalah dorongan utk berusaha lebih lagi. Jika terkurang ganjaran, bagaimana? Hujung tahun juga kita akan buat perancangan utk tahun hadapan. Jangan lupa sediakan bajet.

Kita mampu merancang. Maka rancanglah sebaik2nya. Ikutilah dgn usaha yg ikhlas dan jujur secara amanah. Elakkan mereka yg tidak amanah.

Ayam Merah

Pi mai, pi mai tang tu jugak. Bila 'time' kerja, org sama yg buat. Bila 'time' ambil nama, org yg tak buat kerja yg berebut2.

Ni yg buat kita 'burnout'. Jadi sebagai bos, kita mesti prihatin. Siapa yg buat kerja, kita mesti beri ganjaran setimpal. Siapa yg kipas bos aje, elok diberi angin bos shj. Janganlah yg buat kerja diketepikan. Tapi bila setiap kali ada kerja, maka 'ayam merah' lah yg dicari. Setelah habis kerja, kita diketepikan semula. Seperti juga cerita semut dan belalang.

Maka, nilaikan staf kita dgn adil. Pastikan timbangan adalah betul.

Mesyuarat

Saya tidak minat mesyuarat secara formal. Saya suka mesyuarat tidak formal.

Ada bos tetapkan masa maksima 1jam utk mesyuarat formal. Ianya utk buat keputusan. Saya setuju. Tapi tadi, saya pengerusikan mesyuarat formal, lebih 3 jam masa mesyuarat dijalankan. Saya panjangkan masa kerana masa persediaan lebih baik lebih lama daripada postmorterm. Jika masa persediaan sekejap, ada kemungkinan masa berlakunya acara, akan ada banyak masalah.

Tak sedar bhw acara pada minggu depan. Saya ingatkan dua minggu lagi. Begitu cepat masa berlalu.

Selasa, Disember 30, 2008

Kuliah Bermula

AlhamdulIllah, hari ini kuliah untuk sem 2 2008/2009 bermula. Kuliah saya bermula dgn pelajar sr113/03, yg mengandungi hampir kesemuanya adalah ahli sukan.

Tidak semua pelajar yg hadir. Walau bagaimana pun, kuliah mesti diteruskan. Sesi perkenalan saya gunakan untuk meyakinkan pelajar bhw kursus SPS233-accounting and finance in sport bukanlah susah. Sebaliknya, hampir setiap daripada kita ada asas perakaunan, tapi ada secara formal dan ada secara tidak formal. Yang penting, kita inginkan ilmu dalam perakaunan utk bantu keselesaan dlm hidup kita.

Minat, bakat dan kebolehan akan membantu dalam kejayaan kita. Selain daripada itu, komitmen atau ketekunan eprlu juga kita miliki.

Syukur Kpd Allah

AlhamdulIllah, kita telah dimurahkanNya dgn dpt kita berada di tahun baru. Ada yg telah pergi, ada yg baru hadir.

Semoga tahun ini kita dpt meningkatkan lagi persediaan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga kita dimurahkan lagi oleh Nya dgn rezeki yg halal. Semoga kita dilindungiNya daripada niat dan angkara buruk maklukNya terhadap kita.

Segala Pujian KepadaNya, Pemilik alam ini. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.

Ahad, Disember 28, 2008

Nama

Apa ada pada nama? Mungkin tiada harga, mungkin sangat berharga?

Menamakan anak bukanlah mudah. Tanggungjawab kedua ibubapa memberi nama yg mempunyai maksud yg baik kpd anaknya. Nama juga diharapkan akan mencerminkan diri tuan punya badan. Ada nama memang cerminkan tuanbadan. Ada nama, sedihnya, tidak sepadan dgn tuan badan. Maka, adakah tuan badan tidak amanah dgn nama yg diberikan kpdnya?

Kalau boleh, berilah nama yg ringkas tapi baik kpd anak2. Pastikan ejaan dan sebutan adalah tepat supaya mengelak menjadi masalah kpd tuan badan di dunia dan akhirat.

Kenduri (2)

Kenduri semalam tamat (ikut jadual utk tetamu) pd 10.30 malam. Bagi warga kerja, hampir 11.30 malam.

Memang penat. Tuan rumah (saudara saya) lagi penat tapi beliau nampak sangat2 gembira. Tetamu vvip, Tun ..., bekas bos saudara saya. Juga rakan kpd ayah saya. Juga bos kpd adik ipar saya. Memang reputasi kita diingat org sehingga selepas kita mati. Maka, pastikan reputasi kita jaga dan ianya positif.

Saya diperkenalkan kpd rakan2 dan saudara mara yg lama tidak berjumpa dgn ibu dan bapa saya. Maka saya perlulah menjaga reputasi ibu dan bapa saya.

Sabtu, Disember 27, 2008

Kenduri

InsyaAllah, sekejap lagi saya akan ke kenduri seorg saudara saya. Malam ni di Felda.

Spt biasa, tugas saya, jaga ajelah. Senarai vvip pun panjang malam ni. Tan Sri shj tak tahu brp ramai. Datuk2? Jadi nak selamat, semua kita panggil tan sri. Saya dgn kawan2 dan saudara2 suka berseloroh bila berjumpa sesama kita. Kita panggil sesama kita, 'datuk, datuk seri, tan sri...'. InsyaAllah, masin mulut kita.

Apabila senarai tetamu ramai vvip, maka tempat kenalah sesuai. Pilihan saya, cukuplah supaya yg diraikan adalah mereka yg bermakna dlm hidup ini, keluarga dan sahabat.

Emosi (2)

Bukan mudah utk lupakan pelbagai kenangan. Ada yg manis, ada yg pahit.

Apabila diberi pilihan, kita akan buat keputusan. Tidak membuat pilihan adalah satu keputusan. Dalam perkongsian ilmu dgn yg mengenali saya, saya nasihatkan 'luahkan perasaan anda dan menangislah'. Ianya akan dapat mengurangkan stres didlm jiwa. Baik lelaki ataupun perempuan, bercakap adalah satu cara mengurangkan stres. Tetapi, bercakaplah secara berilmu.

Selain drpd bercakap, kita boleh sms, atau hantar emel. Menulis blog juga adalah satu bentuk percakapan.

Emosi

Kita dididik utk tidak menunjukkan emosi kita. Jika diarahkan utk menjalankan tugas, maka jalankan tanpa emosi.

Itu dulu. Sekarang kita telah berubah. Ada kaitan dgn kematangan. Ada kaitan dgn peningkatan ilmu. Maka antara yg terbaik adalah yg menjalankan tugas secara berilmu. Ada kalanya, emosi mengganggu perjalanan tugas kita. Kita lupa bahawa kita adalah manusia yg punyai perasaan. Ketua kita perlu sedar bhw kita punyai emosi.

Dalam menjalankan tugas, apabila kita ketepikan emosi kita akan hasilkan kerja yg positif dan yg negatif. Melihat gambar2 lama2, tersentuh jiwa kerana masih lagi teringatkan kpd peluang yg tidak diambil.

Jumaat, Disember 26, 2008

Kematangan (4)

Kematangan saya kaitkan dgn tahap ilmu dimiliki. Ada lawak yg matang, ada lawak yg tidak matang.

Bukan semua org boleh buat lawak. Ada org, kita tengok muka aje, kita dah nak tergelak. Tapi buat lawak ada masa dan tempatnya. Ada yg sentiasa suka buat lawak. Kerana tiada perkara lain yg boleh dibicarakan. Semasa di sekolah dahulu, lawak yg tak lawak kita panggil 'joke bangang'. Dan pelawak akan kita ketawakan, bukannya lawaknya.

Lawak ada baiknya. Boleh kurangkan 'tension' yg wujud. Tapi, elakkan lawak yg menghasilkan 'tension'.

Khamis, Disember 25, 2008

Cuti

Minggu ini dan minggu depan ada 3 hari cuti umum. Banyaknya cuti kita.

Masalahnya, kerja banyak nak diselesaikan. Persediaan utk kuliah bg sem baru, persediaan program pd 7januari, dll. Masa adalah terhad. Maka pengurusan masa adalah penting. Ada kalanya kawan2 ajak p minum, saya tolak. Maaf ya, bukan sombong. Kerja belum diselesaikan. Ada beberapa yg jika diselesaikan, berbaloi besar kpd organisasi.

Kita kerja janganlah sebab bos ada di pejabat. Tapi bila bos tak ada, kita 'cuti', balik ke rumah dan rehat. Petang baru sampai kononnya kita sibuk kerja di luar pejabat. Baik cuti terus drpd organisasi.

Rabu, Disember 24, 2008

Perancangan

Perancangan adalah penting dalam usaha mencapai matlamat. Tapi, tidak semua yg kita rancang akan berjalan sebagaimana dirancang.

Begitu juga dgn perancangan saya utk program kualiti ined. Ditetapkan tarikh utk program Q dgn kolej bersekutu pada awal bulan depan. dah lama dirancang. Tup,tup,tup, saya terima makluman pada tarikh sama ada program lain di uitm. Maka kelam kabut nak cari tarikh lain. Ianya spt perancangan jadual waktu kuliah. Perancangan berdasarkan kepada peserta, penceramah dan ruang. Bukan mudah jika berlaku pertukaran 'last minute'.

Kita merancang. Tuhan menentukan.

Budi Bicara

Satu ayat yg pendek tapi amat bermakna. Boleh ada macam2 makna.

Budi bicara bermaksud mengikut keputusan pembuat keputusan. Dan mestilah yg buat keputuisan adalah berilmu. Jangan yg rasa ada ilmu atau tunjuk seolah2 ada ilmu tapi sebenarnya tiada ilmu. Ianya ada kaitan dgn amanah tugas kita. Dan budi tidak bermaksud mesti dibalas disini. Jadi janganlah setia membabi buta. Gunakanlah ilmu sebelum setia.Bicara juga mestilah secara berilmu. Jgn pangkat spt berilmu, tapi lagak dan gaya serta tutur kata, sebaliknya.

Saya tidak suka berjumpa dgn bos lama2. Tapi ada kalanya perlu lama kerana perlukan penjelasan yg mendalam.

Bermuka-muka

Ini mengingatkan saya kpd makhluk dlm cerita kartun transformers. Ianya mempunyai empat muka dan perangainya berdasarkan muka yg dihadapkan kpd org ramai.

Maka dlm peribahasa melayu adalah,'talam dua muka'. Ianya adalah sifat hipokrit pd seseorg. Cakap tak serupa bikin. Depan bos lain, belakang bos lain. Kalau boleh, bos pun dipijak2 sebab nak ganti bos. Dan yg bermuka2 akan tiba masanya bila tiada lgi ada muka. Kerana tiada lagi air mukanya. Dan dirinya sebenar akan terdedah kpd yg belum kenalinya secara mendalam.

Kita bertugas utk organisasi. Kita perlu pentingkan pelanggan kita. Jangan sebab nakkan duit, semua kita sanggup buat.

Kematangan (3)

Terima kasih kpd yg sudi menerima maklumbalas drpd saya. Hasilnya adalah amat memuaskan hati saya.

Mesyuarat di fakulti yg saya hadiri hari ini menunjukkan kematangan pengerusi dan jk yg terlibat dgn pembentangan. tahniah. Kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Memang masih ada yg ingin menghangatkan suasana, kalau tak org tak perasan kehadirannya. Tahniah kpd mereka yg dicuit berjaya meneruskan pembawaan secara profesional. ianya menunjukkan kematangan dan ilmu anda. Ilmu tidak boleh dikaitkan dgn usia (tak taulah berapa p=...).

Mesyuarat bg saya utk endoskan perkara2 yg telah disediakan. Jika nak bersilat, silalah ke gelanggang. memang ada yg tak selesa dgn kehadiran saya. Biarkan 'nemesis' takut dgn bayang2nya.

Selasa, Disember 23, 2008

Jawatan

Seorg rakan menelefon, 'Bad, aku nak kau jadi peng____. Boleh tak?'. Saya bgtau, 'tengoklah.'

Seorg rakan lain bertanya, 'kau ni bila nak jadi _______? cepat2lah. Aku nak kau jadi ______ di _________' InsyaAllah. Tapi dalam hati, bukan senang dan bukan juga susah. Saya doakan agar saya dipermudahkan oleh Allah dlm segala urusan. AlhamdulIllah, ada yg dipermudahkan, ada yg tidak dipermudahkan. Kedua2nya perlu diteliti sebabnya.

Jawatan diamanahkan kpd saya sekarang banyak kpd pengurusan akademik. Seronok krn perkongsian ilmu tidak terhad kpd pelajar di bilik kuliah shj. Dan saya juga seronok krn saudara (makin ramai pula di uitm ni), dan rakan lama dan baru sedia membantu. AlhamdulIllah.

Reputasi dan Amanah (3)

Maka bertanya staf saya,'Ce Bad, apasal sekrg ni org asyik tawarkan diri utk tolong ce bad?'. Saya bgtau, 'mungkin tanda positif atau negatif'.

Memanglah saya biasa ditegur. Kalau kasar sikit, dimarahi. Saya bukanlah 'perfect'. Jadi jika yg marah2 kpd saya, itu hak dia. Jika yg sudi baik dgn saya, saya bersyukur. Saya tiada pangkat yg tinggi di bidang akademik. Saya tidak dikurniakan pangkat akademik tanpa usaha. Bila saya berusaha pun, tiada ganjaran dunia kerana ada penghalang. Tapi Allah Yang Menentukan Rezeki hambaNya.

Maka saya harapkan yg sudi dan bersedia bekerja dgn saya krn reputasi yg positif. Dan sy harapkan reputasi positif hasil drpd menjalankan amanah.

Tahniah Kerana kenaikan Pangkat

Sekalung tahniah kpd mereka yg mendapat kenaikan pangkat. Bagi yg sewajarnya terima, tentulah gembira. Jangan lupa utk bersyukur kpd Allah.

Akan ada yg duka kerana harapan tidak tercapai. Pesanan saya, seperti biasa 'Bukan rezeki kita kali ini, InsyaAllah di masa hadapan Allah kurniakan rezeki tersebut kpd kita'. Memanglah sedih jika harapan tinggi tetapi tidak tercapai.Tapi janganlah dijadikan sebagai penghalang utk berusaha di masa hadapan. Berusahalah dgn ikhlas dan jujur. Tidak perlu bertindak zalim.

Reputasi kita akan menjangkau pangkat kita. Maka berusahalah utk reputasi yg baik utk diri dan keluarga kita.

Allah Maha Besar

Segala Pujian kepada Allah, Tuhan Sekelian Alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Yang benar tetap benar.Yang salah tetap salah. Maka semakin terbukalah topeng yang mengkaburi mata. Seorang saudara yg selama ini tidak mahu percaya tentang kejujuran dan keikhlasan akhirnya sudah pun sedar akan kebenaran. Dan seperti biasa kesedaran setelah ditikam di belakang, dirusuk, dsbnya. Maka yg biasa zalim akan terus zalim.

Kita ingin memberi peluang kedua jika peluang pertama tidak digunakan dgn betul. Tetapi jika peluang2 seterusnya memang digunakan utk perkara tidak betul dan ketidakadilan, tiada lagi kepercayaan kepada individu tersebut.

Isnin, Disember 22, 2008

Program Sukan Negara (PSN)

Saya ingin cadangkan PSN menggantikan PLKN. Mungkin PSN lebih berjaya mencapai objektif PLKN.

PSN akan menggunakan sukan utk kesihatan dan kesejahteraan. Objektif utama untuk kesejahteraan kehidupan di Malaysia melalui sukan. Latihan dan pemakanan dititikberatkan. Maka akan perlu lebih ramai jurulatih berkelayakan sains sukan. Juga akan perlu kpd penyelidikan utk memajukan sukan untuk kesihatan.

Ada yg sudi maklumkan kpd kabinet? Saya doakan ada ya.

Sukan untuk Kedamaian

Tahniah kpd En.Rahim Meerah kerana berjaya menganjurkan seminar antarabangsa sukan di hotel concorde shah alam hari ini. Pembentang terdiri drpd warga antarabangsa termasuk dr kwame drpd fsr.

Prof Khoo Kay Kim emmbentangkan sukan dan kedamaian drpd perspektif sejarah. Banyak isi boleh digunakan utk kemajuan sukan. Forum pd sebelah petang membincangkan pengalaman ahli forum dan kebaikansukan. Saya cadangkan diasingkan antara belia dan sukan. Dan kementerian sukan akan mempunyai bajet utk penyelidikan dijalankan oleh ipt.

Siapakah yg akan mencadangkan kpd kabinet? Jika berjaya, AlhamdulIllah.

Ahad, Disember 21, 2008

Lagu dan Kenangan

Semasa di sekolah menengah, mempunyai mini compo dikira tere. Seorg sahabat memilikinya di tingkatan tiga.

Antara lagu yg kerap dimainkan adalah lagu2 Alleycats. Di sekolah, dan dalam perjalanan untuk lawatan atau pertandingan sukan. Maka ramailah bersuara sengau. Ayat 'terima kasih' amat popular. Sahabat tersebut telah pun kembali menyahut panggilan Illahi.

Maka lagu akan mengingatkan kita kpd peristiwa penting. Saya bertuah dapat autograph Sheila Majid pada satu majlis di tahun 2006.

Kenangan

Petang tadi dlm perjalanan ke tesco, Roy (Roy dan Fran) mendendangkan lagu 'Akukah Terlewat'. Mengingatkan kpd tahun 80an semasa di itm.

Tadi pula, Sheila Majid di rtm1. Lagu2 didendangkan mengimbau saya ke tahun 80an dan awal 90an. Selain Sohaimi Meor Hassan, saya turut meminati Sheila Majid. Lagu2 yg boleh difahami dan mempunyai makna. Antaranya 'Hitam Putih Kehidupan'. Lagu ini sering saya kongsikan dgn pelajar saya. Sebabnya, 'hitam putih kehidupan, sendiri yg menentukan, hidup ini usah dipersiakan...'.

Tahniah kpd David Arumugam (Terima Kasih...) dikurniakan pingat. Alleycats turut mewarnai kehidupan saya.

Serba Salah (2)

Cadangan saya, utk elakkan salah faham diantara mantan dan semasa pemegang jawatan, perlu ada senarai tugas dan tanggungkjawab pelantikan. Ini dapat elakkan perkara2 negatif dan menjurus kpd perkara positif.

Senarai tugas dan tanggungjawab memudahkan kita tahu apa bidang tugas kita. ianya memudahkan perancangan dan kerja. Juga memudahkan semakan tugas utk penambahbaikan. Ianya juga dpt elakkan kita buat kerja org lain yg hanya inginkan nama dan pangkat shj. Kesannya, bila ok, org lain dpt nama, bila tak ok, kita disalahkan.

Pelik. Kita gunakan ayat 'serba salah','salah satu','kalau tak salah saya', dsbnya. Ayat2 negatif.Kenapa tidak ayat2 positif; 'serba betul','serba benar',dsbnya. Utk berjaya, kita digalakkan menggunakan ayat positif. seperti; 'Maka seorg drpd bos saya (elakkan salah seorg drpd bos saya)'.

Sabtu, Disember 20, 2008

Serba Salah

Ada kalanya jika kita buat salah, jika kita tak buat pun salah. Masalah serba salah.

Mantan pemegang jawatan seelok2nya cuba tidak mengganggu pemegang jawatan semasa. Ini untuk mengelakkan daripada dikatakan gila kuasa. Atau masih inginkan kuasa yg ada. Ada pula yg ingin membantu pemegang semasa seperti mentor. Ianya bergantung kpd keikhlasan. Ada bos saya seperti yg pertama, sehingga sanggup menukar nombor telefon supaya tiada yg cuba membandingkan dia dan pemegang semasa ataupun dijadikan sebagai masalah kpd pemegang semasa. Bukanlah mantan seorg yg sombong atau tak kisah kpd organisasi. Walau bagaimana pun,jika perlu sebarang petunjuk atau maklumbalas, beliau sedia dirujuk oleh pemegang semasa.

Kita bertanya utk mendapatkan ilmu. Ilmu dikongsi utk kebaikan organisasi.

PhD

Bukanlah mudah utk mendapat phd. Tapi ada yg mudah mendapatkannya.

InsyaAllah, pada 2009, beberapa drpd warga FSR akan memiliki phd. Antara tahap kelayakan tertinggi dlm bidang akademik. Pemiliknya dipandang tinggi oleh para akademik lain. Pemiliknya diiktiraf sebagai pakar dlm bidang phd yg dimilikinya. Seperti kata seorg vc ipt, kita hormati pemegang phd.Maka wajar pentadbir akademik punyai phd utk memimpin para akademik. Seorang yg saya kenali punyai 2phd. Ada yg buat post phd.

Secara resminya, walaupun punyai phd, kematangan seseorg akan membuatkannya lebih rendah diri. Dan kematangan melalui ilmu akan diiktiraf melalui penghormatan oleh org lain kpdnya secara jujur dan ikhlas.

Jadual Waktu (2)

Seperti saya nyatakan, isu jadual waktu merujuk kpd 3faktor utama, pensyarah, pelajar dan ruang belajar.

Pelajar fsr peringkat diploma di induk, ramai yg aktif dlm sukan. Maka kerap berlaku pelajar tidak dapat hadir kuliah dijadualkan. Jadi, bagaimana jika jadual kuliah mereka ini kita khaskan pada jumaat hingga ahad sahaja? Juga, kita panjangkan tempoh pengajian minima daripada 6sem kpd 8sem. Mereka perlu ambil minima 12jam kredit shj setiap sem. Pada hari isnin hingga khamis, mereka dpt libatkan diri dlm latihan dan aktiviti sukan. Ataupun, kuliah mereka hanya pada jam 8-11 pada isnin hingga jumaat.
Pada waktu siangnya, mereka dapat aktif dlm sukan.

Ini hanyalah cadangan saya. Maka saya harapkan respons berdasarkan kematangan diri.

Jadual Waktu

Antara isu yg timbul pd setiap semester. Bukan mudah untuk puaskan hati kesemua pihak.

Saya pernah terlibat dlm penyediaan jadual waktu. Bukan satu tugas yg mudah, walau pun dah ada perisian. Kita perlu sesuaikan tiga faktor, pensyarah, pelajar dan ruang belajar. Pernah saya gunakan sepenuhnya meja dibilik mesyuarat mini dgn 'hardcopy' jw (masih dikatakan saya tak buat kerja) kerana lebih mudah utk saya fokus. Pentaddir akademik perlu dikosongkan jadualnya pada hari isnin utk membolehkan mereka hadir ke program ilqam. Mereka yg membantu inqka (antara hasilnya adalah menang akpm) perlu juga dikosongkan hari isnin khas utk inqka). Rabu petang, sepatutnya tamat pada jam 4ptg jika pelajar ada kokurikulum. Rabu juga perlu diberi ruang khasnya utk pemegang jawatan di ined. Jumaat dikosongkan utk staf akademik fsr supaya mudah mengadakan mesyuarat akademik. Itulah pengalaman saya.

Saya inginkan masalah atau isu kita selesaikan secara bijaksana. Ianya menunjukkan kematangan kita.

Kematangan (2)

Semalam semasa berbincang dgn rakan sekerja, saya maklumkan bhw saya banyak berubah berbanding dulu2. Antara perubahan utama adalah cara saya respons kpd isu dan masalah.

Ianya hasil drpd kematangan saya (kot?). Lagi banyak ilmu dan pengalaman, lagi banyak kesedaran timbul. Lesen tetap ada untuk bertindak spt dulu. Maka sekarang saya lebih mendengar dahulu sebarang luahan daripada pihak lain sebelum saya respons. Tapi jika perlu 'immediate action', terima ya. Bagi yg rasa2 sbg 'nemesis' kpd saya, biarlah 'harimau' saya yg uruskan. Tidak perlu saya melayan tindakan yg tiada menunjukkan kematangan sesuai dgn usia.

Rakan saya terkejut bila mengetahui respons dahulu saya. 'Tak sangka org yg selalu tersenyum boleh bertindak sedemikian' antara kata rakan saya. Kematangan merubah tindakan kita.

Kematangan

Kematangan dikaitkan dgn usia. Kita andaikan, lebih berusia kita, kita akan lebih matang.

Kematangan juga dikaitkan dgn lebih dulu makan asam garam kehidupan. Ianya sebenarnya berkaitan pengalaman. Tapi sebenarnya bagi saya, kematangan kita diukur dgn ilmu kita. Maka jika kita mempunyai tahap pendidikan yg tinggi, maka kita andaikan tahap kematangan kita adalah tinggi. Di bidang profesion pendidikan tinggi (lepas spm), lebih tinggi kelayakan akademik kita, lebih tinggi kita andaikan kematangan kita di bidang akademik. Seorg pemimpin ipt menyatakan bhw jika kita tiada phd, kita tidak layak memimpin organisasi akademik.

Maka kita tidak boleh sewenang2nya berbangga dgn usia kita dan mengandaikan kita lebih matang drpd org lain berdasarkan usia shj. Lebih banyak makan garam boleh juga menunjukkan kita ni tak matang sebab banyak makan garam akan memudaratkan kita.

Jumaat, Disember 19, 2008

Komunikasi

Komunikasi amat penting. Banyak masalah atau isu atau salahfaham timbul kerana tiada komunikasi atau salah komunikasi.

Saya menghadapai satu masalah berkaitan komunikasi. Jadi saya beri maklumbalas sebagai penambahbaikan atau penyelesaian terhadap masalah saya. Tetapi keputusan bukanlah ditangan saya, buat masa ini. Bukan senang apabila kita melaporkan kpd lebih drpd satu bos. Saya ada 4bos di organisasi saya. Saya faham, bila kerja perlu dilakukan, bos akan cari orang yg boleh buat kerja.

Tetapi perlulah ada kefahaman dan pemahaman di antara bos jika ingin win-win situation. mengikut satu kajian, ramai pekerja cemerlang meninggalkan organisasi kerana masalah dgn bos. Komunikasi adalah punca kpd masalah berlaku.

Batu Penghalang

Kita telah berusaha sebaik2nya. Tetapi, keputusan tidak sebagaimana dijangkakan.

Ada pelbagai alasan atau punca keputusan berbeza dgn jangkaan kita. Ada dalam kawalan kita, ada di luar kawalan kita. Ada kalanya, kerana ada pihak yg tidak mahu kita berjaya. Mungkin kerana pihak tersebut mempunyai 'inferiority complex' terhadap kita. Maka pihak tersebut akan sedaya upaya akan cuba menghalang keinginan kita. Dalam penilaian, akan ada pihak yg tidak jujur dalam melakukan penilaian. Adakah kerana 'incompetent'nya atau 'ignorance'nya?

Ada sahabat yg telah berkali2 kecewa dgn keputusan diterima. Adakah kerana 'inferiority complex' pihak tertentu?

Keputusan Peperiksaan

Keputusan peperiksaan akan menghasilkan pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yg gembira dan ada yg sedih.

Jika keputusan menyamai atau melebihi jangkaan dan harapan, maka selalunya kita akan gembira (Jangan lupa bersyukur kpd Allah, dan berterima kasih kpd pihak2 yg terlibat). Tetapi jika sebaliknya, kita mesti menerimanya walau pun pahit. Tidak semua yg kita impikan akan kita perolehi. Yg penting, kita telah berusaha sebaik2nya. Jika tidak dapat apa yg kita impikan sekarang, 'Bukan rezeki kita'. Semaklah sebab keputusan tidak sebagaimana dijangkakan. lakukan tindakan pembetulan.

Saya juga tidak berpuas hati dgn keputusan saya. Saya perlu lebih fokus terhadap apa yg saya inginkan.

Khamis, Disember 18, 2008

Kesetiaan Sahabat

'Tuan, saya rasa kecewa kerana tuan tidak mendapat ganjaran setimpal dgn usaha tuan. Kami tidak puashati dgn layanan bos kpd tuan'.

Ini biasa didengar. Kekecewaan kita, kita pendamkan. Maka sahabat yg setia luahkan utk kita. Didikan dan latihan membolehkan kita bersabar. Tetapi bagi sahabat, rasa tidak puashati dgn layanan daripada bos terhadap kita ingin mereka tunjukkan. 'Kami tahu siapa punya angkara. Izinkan kami melakukan keadilan'. Jika anda sahabat yg setia, anda mesti mematuhi arahan. Ingat kepada didikan dan latihan.

Allah Maha Adil. Berdoalah kepada Allah. Doa orang yg dizalimi didengari Allah.

Apabila Dah Menang

Ramai yg seronok jika kita menang sesuatu. Ada yg sangat2 seronok.

Sedihnya, yg terlebih seronok adalah mereka yg tidak menyumbang semasa usaha diperlukan. Dan setelah menang, mereka yg tidak menyumbang dgn bangganya menolak mereka yg telah gigih berusaha utk mencapai kemenangan. Ini berlaku di mana2 sahaja. Maka penting utk bos tahu dan iktiraf, siapa sebenarnya bekerja, siapa yg suka tumpang2 nama. Jika tidak, bos akan kehilangan tenaga yg sebenarnya dlm membolehkan operasi organisasi.

Burnout adalah topik kegemaran saya. Maka ramai kawan2 yg burnout bila 'reward' yg setimpal tidak diterima.

Rabu, Disember 17, 2008

Bos

Berjumpa dgn rakan sepejabat, bos atau staf kita banyak manafaatnya. Yg utama membolehkan kita memberi maklum balas utk kebaikan diri dan organisasi.

Ada bos konsep pintu sentiasa terbuka, tapi minda sentiasa tertutup. Saya cuba elakkan jumpa bos kecuali perlu. Tapi saya suka update bos dgn maklumat terkini utk kebaikan organisasi. Jika bos atau sejawat atau staf tidak jujur, 'cakap tak serupa bikin', saya akan jadikan sempadan. Rupa2nya, saya juga seorg bos. Pada awalnya tak biasa bagi kerja kpd staf kerana pengalaman mempunyai staf yg hanya makan gaji buta. Suruh buat kerja,(tugas hakiki) tak dibuatnya. Staf begini lebih sesuai kerja dikilang sardin.

Bukan senang jadi bos. Bukan mudah nak membezakan tukang ampu atau 'devil' dalam organisasi yg cuba pengaruhi kita.

Sahabat

Saya suka membuat ulasan saya setelah membaca blog org lain. Menjadikan sy seorg yg inovatif.

Sahabat ada bermacam ragam. Ada pelbagai niat org bersahabat dgn kita. Bg saya, saya inginkan sahabat yg ikhlas utk kebaikan dunia dan akhirat bersama. Saya tidak perlu sahabat kerana pangkat saya (jika ada pangkat). Saya sedih dan marah melihat sahabat2 yg ditinggalkan 'sahabat' lain apabila sahabat sy tiada lagi pangkat, jawatan dan kuasa.

Terima kasih kpd sahabat2 yg saya turut anggapkan sbg saudara saya. Kami mula mengenali sesama diri sejak 1980. Mereka tahu cara saya. Dan mereka terima maklum balas saya untuk kebaikan bersama.

Tahniah kpd UiTM Kelantan

Seronok apabila dpt tahu uitm kelantan merangkul juara kualiti untuk kampus. Puas kerana terlibat dgn gerakan kualiti ore mace.

Inilah bukti bhw saya bekerja. Sbg guru, kepuasan adalah apabila pihak ketiga mengiktirafkan kualiti anak didik kita. Anak didik mencerminkan gurunya (lebih sesuai fasilitator). Dua tahun berturut2 kejuaraan kategori dirangkul.

Bermula hari ini kolej bersekutu pula dijadikan amanah tugas saya. Saya doakan kejayaan kolej bersekutu mendapat pensijilan seperti diimpikan.

Tak Terkata

Semalam spt biasa saya berfutsal. Tapi kali ini ada 17pemain.

Maka kami berubah ke padang lebih besar, 50% lebih besar, getah biru. Gila. Itulah di kepala saya. Cara kami bermain. Semangat kami semua di padang. Macam dah lupa usia sebenar. Berlari, menendang, melanggar kawan, macam suku abad dahulu. Ada yg macam nak bergaduh krn terlampau seronok. Seolah2, kami masih di usia belasan lagi. Tetapi kemampuan fizikal menyedarkan kami. Sprint bukan macam dulu. Stamina bukan macam dulu. Tapi spirit macam dulu.

InsyaAllah, minggu depan kami di padang yg sama. Asalnya akan bertarung dgn junior 10tahun lebih muda, tapi mereka tak dpt bermain pd selasa malam.

Isnin, Disember 15, 2008

Musim Cuti

Ramai kawan2 bercuti sekarang. Ramai yg nak habiskan cuti tahunan.

Saya terpaksa batalkan cuti dirancang. Khamis lepas terpaksa bertugas. Esok ada kursus (sukarela tawarkan diri untuk tambahkan ilmu). Rabu dan khamis ni ada bengkel utk kolej bersekutu. Baru habis sediakan slaid untuk pembentangan. Jika perlu, akan ke taman negara bertugas. Minggu depan ada seminar sukan.

Tapi jika kerja adalah suatu yg kesukaan kita, ianya bukanlah satu beban.

Staf Akademik UiTM

Adakah perbezaan ketara diantara staf akademik dan pensyarah? Adakah perbezaan diantara staf akademik uitm dgn staf akademik universiti lain?

Spt saya nyatakan, ramai yg anggap jadi staf akademik di uitm mudah kerjanya. maka ramailah yg nak jadi staf akademik di uitm. Ramai yg andaikan staf akademik di uitm adalah sbg pensyarah shj. masuk bilik kuliah dan bagi syarahan. Jika tiada syarahan, boleh balik ke rumah atau melilau di padang golf atau bursa saham, dsbnya. Maaf, satu tanggapan yg salah. Begitu juga, ramai bertanggapan jika pelajar cuti, kami staf akademik akan turut cuti. Jadi banyak masa dan tak sepadan dgn gaji diterima. Dukacita, sekali lagi meleset tanggapan tersebut.

jadi ramailah yg menyesal jadi staf akademik di uitm. Dan ramai juga yg tidak tepat dalam menjalankan amanah sbg staf akademik di uitm.

Ahad, Disember 14, 2008

Kaya Bagaimana? (2)

Semalam saya terasa spt seorg yg berada. Spt seorg jutawang.

Tetapi saya tiada jutaan wang. Saya telah memperolehi 3 buah buku asli pakar psikologi terkemuka di dunia. Saya membelinya melalui ebay. Bagi saya pemilikan buku yg antara rujukan utama dlm stres dan kaunseling membuatkan saya terasa seolah2 saya mempunyai rezeki yg sangat2 banyak. Saya kaitkan kekayaan dgn ilmu.

Semalam saya terus membeli buku2 utk meningkatkan ilmu saya. Dan kekayaan melalui ilmu dlm buku akan terus saya cari. Bacaan yg mempunyai ilmu yg boleh memberi kekayaan dunia dan akhirat adalah di dlm AlQuran.

Sabtu, Disember 13, 2008

Selamat Pengantin Baru

Tahniah saya ucapkan kpd encik Ahmad Shahril, (mantan penolong pendaftar pentadbiran di fsr) menjadi raja sehari. Maaf kerana tidak dpt penuhi jemputan anda.

Sebagaimana saya nyatakan, en,shahril banyak membantu fsr dlm kualiti. Dgn pertukaran jabatan, saya tidak tahu siapakah yg mengambil alih urusan kualiti drpd beliau. Memanglah biasa akan ada yg tidak suka bekerja, tidak suka kpd bos yg suka bekerja. Bos yg bekerja akan mendedahkan secara langsung atau tidak langsung staf yg tidak bekerja. Pelik, org yg jalankan amanah dipersalahkan, yg menipu dan tidak amanah dinobatkan spt juara.

Walau bagaimana pun, en shahril, sekali lagi tahniah drpd saya. Semoga tuan, pasangan dan zuriat tuan dikurniakan Allah keselamatan dunia dan akhirat.

Pemimpin (2)

Artikel di dlm STAR hari ini menyentuh tentang sifat yg perlu ada pada seorg pemimpin. Pemimpin yg digunakan dlm artikel tersebut adalah dlm perniagaan.

Bg saya, pemimpin di bidang lain juga perlu ada sifat yg dibincangkan dlm STAR. Sifat itu adalah keinginan utk sentiasa belajar. Seorg pemimpin perlu sedar bhw ilmu amatlah penting utk meneraju organisasi. Dlm dunia yg dinamik, sentiasa berubah situasi dlm masa yg singkat, ilmu perlu disesuaikan dgn masa. Tidak semestinya kita sbg pemimpin dimasa lampau sesuai dgn amsa akan datang jika ilmu kita masih ilmu masa lampau.

Pimpinan dlm organisasi bukanlah tetap. Tapi janganlah kita sentiasa gilakan jawatan sbg pemimpin organisasi jika telah terbukti kita tiada ilmu utk memimpin organisasi ke arah kecemerlangan.

Khamis, Disember 11, 2008

Majlis Korban InED

Selepas mesyuarat di perhilitan, saya ke intekma. Ada majlis korban ined.

Hampir 50orang yg hadir. Staf dan keluarga staf ined. 2 ekor lembu dikorbankan. Beramai2 staf ined melakukan sembelihan, melapah dan memasak lembu yg dikorbankan. Terdapat 3 jenis masakan untuk daging korban, goreng, gulai kawah dan sup. Saya tidak ketinggalan menikmati sup daging lembu. Baki hanyalah kaki lembu. Kalau di kampung, kaki lembu sedap buat sup. Cuma tadi, tiada yg rajin sikit nak membersihkan kaki2 lembu utk dimasak. Penat.

Terima kasih kpd mereka yg turut menjayakan majlis korban ined. Tahniah kpd kelab kebajikan ined yg diterajui oleh en rahim meerah, yg berjaya menganjurkan program korban ined.

Stesen Penyelidikan UiTM Perhilitan (2)

Tadi kami bermesyuarat tentang UPRS di ibupejabat Perhilitan.Walau pun selangor cuti, kami tetap bermesyuarat kerana negara.

Kedua2 pihak berpuashati dgn pencapaian fasa 1. Tahniah kpd Prof Rahmat dan JKnya. Fasa 2 diterajui oleh PM Dr Zaini, TNC P&I UiTM. Cadangan penyelidikan utk fasa 2 adalah >RM7juta. Ini satu peningkatan yg ketara berbanding RM1.5juta untuk fasa 1. Tahniah kpd penyelidik dan bakal penyelidik. Kita bakal lahirkan 5 pakar dgn phd berkaitan dgn projek ini. Pakar dilahirkan bukan main2. Bukan syok sendiri. Mereka perlu buktikan kebolehan mereka.

Walau pun banyak pihak cuba sabo projek ini, alhamdulIllah ianya terus berjalan dgn sokongan padu pelbagai pihak dalam dan luar UiTM.

Rabu, Disember 10, 2008

Takbir Raya

Semalam dlm perjalanan pulang dr pejabat, berlaku kesesakan jalanraya yg amat teruk. Selepas bayar tol di Tol Batu3, kenderaan sesak, dan bergerak amat perlahan.

Saya di lane ke2 dr kanan sebab guna smart tag. Saya perlu ke lane paling kiri, lebih kurang 6-8lane. Kalau dulu2, memang dah angin. Sekarang, alhamdulIllah, boleh bersabar. Ini dugaan Allah. Saya pun fikir bgmana nak mengisi masa, jarak hanya 200-250meter tetapi saya andaikan akan ambil masa yg lama. AlhamdulIllah, diberi ilham untuk melakukan takbir raya dlm kereta. Waktu pula waktu maghrib.

AlhamdulIllah, lebih kurang 10-15minit berjaya berada di kiri sekali dan masuk ke subang jaya. Masa rasa amat sekejap sahaja. Maka sentiasalah ingat akan kebesaran Allah walau di mana dan pada bila2 masa.

Bagaimana jika..

Maka kita ditugaskan bersama mengembara. Di antara kita terdapat yg kurang arif tetapi mengaku sbg bijakpandai.

Maka dlm perjalanan kita, yg kurang arif tetapi mengaku bijaksana menghadapi masalah. Apakah tindakan kita? Wajarkah kita menyelamatkan mereka yg pd waktu senang banyak menyusah organisasi dan org lain? Atau kita bantu mereka yg ikhlas dan beramanah menjalankan tugas mereka? Mereka yg berbuat kebaikan utk dunia dan akhirat. Bukannya mereka yg bodoh sombong, yg banyak menyusahkan organisasi dan org lain.

Jika anda diberi pilihan spt dinyatakan, apakah pilihan anda? saya akan lihat sahaja mereka yg tak beramanah lemas dan menyatakan 'saya bukanlah pilihan anda semasa anda senang'.

Keikhlasan Beramanah

Saya banyak terima komen drpd kawan2 berkaitan amanah dan ikhlas. Mereka komen, 'kenapa topik ini banyak diblogkan?'.

Saya seronok bila membaca tajuk keikhlasan di blog prof kamil. Maka bukanlah saya seorang mengharapkan keikhlasan drpd rakan2 setugas. Apabila mendengar atau melihat bgmana terdapat mereka yg bertugas bukan kerana organisasi, terasa amat marah, kecewa dan sedih. Amanah diberikan utk memperbaiki agama dan bangsa, tetapi digunakan utk peribadi. Organisasi tergadai, agama tergadai, bangsa tergadai, tidak mereka pedulikan.

Membaca Al-Quran dan terjemahan dapat mengurangkan kesedihan, kemarahan dan kekecewaan terhadap mereka yg tak amanah. Allah jua Yang Maha Adil PembalasanNya.

Selasa, Disember 09, 2008

Padang Jarak ...

Saya bertugas hari ini. UiTM sangat2 sunyi.

Ramai staf masih bercuti. Mungkin ramai bertugas semula pd isnin depan. Para pelajar majoritinya bercuti. Saya melihat amat berbeza sekali dataran menara SAAS berbanding pd selasa minggu lepas. Minggu lepas penuh dgn para graduan dan keluarga. Hari ini sunyi sepi. Hanya beberapa org pelajar dan staf berurusan di pejabat pos.

Di pejabat saya hanya ada tiga org sahaja. Yg lainnya masih bercuti. Ramai ingin habiskan cuti tahunan mereka. Selamat bercuti dan selamat kembali ke uitm. Jagalah kesihatan dan keselamatan semasa bercuti.

Ahad, Disember 07, 2008

Berdoalah

Seorang sahabat lama dan sifu sms kpd saya,'waktu kemuncak doa antara 5.09ptg-10.38mlm. Maka saudara2ku, berdoalah utk kebaikan dunia dan akhirat kita.

Janganlah kita sombong dan alpa menyebabkan kita tidak berdoa. Tiada guna pangkat tinggi didunia, dan harta setinggi bukit pun jika tiada kesedaran akan siapa kita sebenarnya. Kita adalah hamba Allah. Maka apabila kita berdoa, kita sedar bhw kita adalah hambaNya yg inginkan rahmatNya.

Kita tidak perlu perantara untuk bagitau Allah, Tiada Tuhan Yang Disembah MelainkanNya, perkara yg kita ingini dan jauhi. Berdoalah.

Sabtu, Disember 06, 2008

Apa Tanda Kita Berilmu?

Biasanya adalah bentuk kelayakan akademik yg kita miliki. Ataupun pengiktirafan pihak lain akan pengetahuan dan pengalaman yg kita miliki.

Tetapi, antara tanda2 berilmu adalah kemahiran interpersonal. mengikut gardner, interpersonal skill adalah antara jenis 'intelligence'. maka, cara kita membawa diri kita, berkomunikasi, tingkahlaku adalah juga menunjukkan tahap ilmu kita. AlhamdulIllah, kaunseling banyak membantu saya dalam interpersonal skill. Maka saya tidak perlu menepuk meja utk bagitau org lain yg saya adalah berilmu. Saya tidak perlu bercakap dgn nada yg tinggi utk menunjukkan saya lebih berilmu.

Ramai beranggapan bhw warga ipt mempunyai ilmu di tahap yg lebih tinggi drpd di tempat lain. Walau bagaimana pun, masih ada yg 'bodoh sombong'. Kenapa?

Peluang Kedua

Hari ini adalah pendaftaran pelajar baru program ppjj ined. hampir 70% drpd yg ditawarkan hadir utk mendaftar di dsb.

Melihatkan kesungguhan para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi mengingatkan saya kpd antara tujuan asal itm. ined diberi amanah utk menguruskan program milik fakulti untuk mereka yg tidak dpt belajar secara sepenuh masa kerana faktor utama iaitu masa bekerja. Di muka para pelajar saya lihat usaha utk meningkatkan taraf kehidupan diri melalui diploma atau bacelor yg mereka ingin miliki.

Bagi para pelajar sepenuh masa, bg mereka yg tiada masalah mendapat tempat di uitm, saya harap sedarlah kelebihan yg anda miliki. Maka janganlah disia2kan. Kpd para staf uitm, berkhidmatlah dgn penuh amanah dan ikhlas.

Jumaat, Disember 05, 2008

Salam Aidil Adha

InsyaAllah, pada 8 dis, isnin ini, kita sambut hari raya korban. Ianya selalunya lebih bermakna kpd mereka yg telah menunaikan ibadah haji.

Di pantai timur, sambutannya selalunya lebih meriah. Lebih bermakna jika kita turut melakukan ibadah korban. mengingatkan kita bahawa arahan Tuhan mesti dipatuhi. Walau pun melibatkan orang yg kita sayangi. Ibadah korban juga sebagai bekalan di hari kemudian.

Kos satu bahagian lembu atau seekor kambing telah banyak berbeza berbanding dahulu. Selamat menyambut Aidil Adha kpd semua.

Pegawai Peribadi

Selalunya dikenali sbg peg jaga bodi. Bukanlah satu tugas yg mudah.

Dlm kerjaya saya memang biasa berurusan dgn mereka ini. Ada kawan, ada kenalan biasa, dsbnya. Satu kerjaya yg nampak mudah tapi stres. Bukan mudah 'menjaga' ketua atau tuan yg bernilai juta2. Tun M dulu lebih drpd 20. Ada yg dpt RM200,300, dsbnya utk satu hari. Mereka amat setia. Tak percaya, boleh cuba 'offensive posture'. Yg penting bg saya adalah kesetiaan kpd Tuhan Yg Esa. Pernah dikomen tentang bgmana dulunya perwatakan PP selalunya sama aje. Sekarang bukan semua bermisai dan rambut 'crew cut'.

Teringat pd tahun 70an, bakal PM datang ke rumah tanpa PP. Sekarang kalau jumpa ada berlapis2. Di satu majlis bersama beliau, terpaksa buka jaket utk redakan kerisauan pihak tertentu B-).

Tahniah Prof Ku Halim

Saya rasa masih belum terlambat. Usaha dan pencapaian Prof Ku Halim diiktirafkan sbg berkualiti pada majlis kualiti baru2 ini oleh pihak kerajaan.

Syabas. Prof Ku Halim (KH) menunjukkan bahawa setelah bergelar profesor tidak bermakna usaha meningkatkan ilmu telah pada penghujungnya. Beliau sangat aktif melakukan penyelidikan untuk kebaikan bersama. Pertama kali berjumpa dgn prof KH, tiada langsung sifat sombong ada pd seseorg yg berada ditahap tinggi di bidang akademik. beliau bg saya adalah seorg contoh akademia yg patut diteladani.

Pakar apabila kita diiktiraf oleh pihak yg berilmu. Janganlah kita mengaku pakar tetapi tiada ilmu asas dalam bidang yg kita akui sbg pakar.

Khamis, Disember 04, 2008

Awas Jenayah Phising

Phising adalah satu bentuk jenayah komersil. Ianya dilakukan untuk mendapatkan maklumat pengguna khidmat internet bank untuk mengalih simpanan pengguna kpd penjenayah phising.

kalau dengar cerita jenis2 jenayah kewangan memang banyak. kalau difikirkan, memang pening kepala. Ada jenayah kewangan yg melibatkan berjuta2 RM, ada yg hanya libatkan nilai yg sedikit sahaja. Adalah menjadi tanggung jawab warga organisasi utk memastikan tidak wujud penjenayah komersil di dlm organisasi kita kerana jika wujud walau pun seorang, nama baik organisasi akan terpalit.

Selalunya, terdapat ganjaran jika dapat membawa penjenayah ke pengadilan di dunia. Bayangkanlah jika penjenayah di tempat kerja berjaya di bawa kpd pengadilan, kita diberi ganjaran nilai pencen yg bakal diterima penjanayah tersebut dan sebahagian drpd denda (gaji yg perlu dibayar balik kpd organisasi dan caj tambahan.

Rabu, Disember 03, 2008

Kepuasan Sebagai Pendidik

Setiap kali berlangsungnya majlis konvo uitm, ada pelbagai perasaan di hati ini. Antaranya adalah berasa gembira dan puas melihat hasil amanah yg telah dilaksanakan.

Tetapi ada juga rasa terkilan. Para graduan selalunya terlupa untuk berjumpa dgn bekas pensyarah. Bukanlah kami ingin menagih apa2. Cuma sekadar senyuman atau pun ucapan terima kasih adalah satu pengiktirafan drpd graduan bhw mereka telah mendapat ilmu untuk masa hadapan mereka drpd pensyarah yg telah menjalankan amanah.

Kepuasan hati menjadi pensyarah bukan sahaja bila melihat graduan gembira tetapi bila melihat keluarga pun turut gembira. Pensyarah hanyalah satu perhentian dalam perjalan seorang insan mendapatkan ilmu di dunia dan bekalan di akhirat.

Selasa, Disember 02, 2008

Tahniah Kepada Graduan FSR

Petang tadi sesi graduan FSR menerima skrol drpd pro canselor, Tan Sri Arshad Ayub. Ramai drpd graduan fsr menyimpan janggut.

Tahniah drpd saya dan rakan2 di FSR kpd graduan FSR pada sesi konvo kali ini. Gunakanlah ilmu yg didapati dan dikongsi sebaiknya. Anda telah pun boleh menilai sama ada kami telah menjalankan amanah kami. Saya rasa ramai yg terkilan kerana PM Dr Anuar (mantan dekan) tidak hadir sebagai pensyarah. Ini kerana anaknya yg sulong juga diantara graduan fsr hari ini. Juga PM Zul Kadir di tanah suci dan encik Hisyam (sifu rekreasi) cuti menjaga anaknya yg baru lahir serta isterinya.

Bangga melihat mereka yg kami kongsi ilmu berjaya menamatkan pengajian dgn jayanya. Dekan FSR (PM Dr Mohd Khairi) kelihatan begitu perihatin drpd segi penampilan untuk menunjukkan bhw warga FSR sentiasa ingin memberi yg terbaik dlm sebarang situasi.

Isnin, Disember 01, 2008

Tegas

Kita mesti biasa bertegas dalam menjalankan sesuatu. Janganlah kita ini mudah dipengaruhi dalam membuat keputusan.

Ada diantara kita amat bijak mengambil peluang. Tetapi kebijaksanaan bukanlah untuk kebaikan umum. Hanya untuk kepentingan peribadi sahaja. Sebagai seorang yg berilmu, kita diberi pilihan untuk membuat keputusan. Gunakanlah ilmu dgn baik supaya keputusan kita adil.

Jika kita tidak tegas dlm menjalankan tugas kita, kita akan dipermain2kan oleh pihak lain. Dan kita akan dilihat sebagai satu permainan sahaja.

Terima Kasih

Terima kasih UiTM. Ramai daripada kalangan keluarga saya termasuk saya mendapat peluang menyambung pendidikan selepas SPM di ITM/UiTM.

Semalam saya membawa makcik saya sekeluarga untuk makan tengahari di hotel uitm. Tujuan saya untuk meraikan kejayaan keluarga makcik saya yg berjaya menghasilkan graduan pertama dalam keluarganya, iaitu anaknya. Ramai daripada mereka yg mendapat pendidikan lanjutan drpd uitm kerana tidak berjaya ke tempat lain atau kurang mampun utk k tempat lain. Jadi apabila menjadi graduan adalah tanda terima kasih kpd keluarga yg memberi sokongan dan kepercayaan kpd graduan, uitm yg memberi peluang, para staf uitm yg membantu dlm proses pembelajaran graduan.

Kebetulan, pada masa yg sama di hotel uitm, turut hadir pro-canselor tan sri arshad ayub, naib canselor, dan 2tnc. Terima kasih tan sri kerana antara mereka yg menjadikan uitm sebuah institusi utk meningkatkan keilmuan bumiputera.