Semalam dlm perjalanan pulang dr pejabat, berlaku kesesakan jalanraya yg amat teruk. Selepas bayar tol di Tol Batu3, kenderaan sesak, dan bergerak amat perlahan.
Saya di lane ke2 dr kanan sebab guna smart tag. Saya perlu ke lane paling kiri, lebih kurang 6-8lane. Kalau dulu2, memang dah angin. Sekarang, alhamdulIllah, boleh bersabar. Ini dugaan Allah. Saya pun fikir bgmana nak mengisi masa, jarak hanya 200-250meter tetapi saya andaikan akan ambil masa yg lama. AlhamdulIllah, diberi ilham untuk melakukan takbir raya dlm kereta. Waktu pula waktu maghrib.
AlhamdulIllah, lebih kurang 10-15minit berjaya berada di kiri sekali dan masuk ke subang jaya. Masa rasa amat sekejap sahaja. Maka sentiasalah ingat akan kebesaran Allah walau di mana dan pada bila2 masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan