Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 28, 2010

Port Dickson

Saya bertugas di PD pada 25-26 Jan. Saya ke PD pada 25Jan, bertugas di Pasir Panjang pd 26Jan dan kembali ke kawasan pd 26jan. Penat juga rasanya.

Saya ke PD dan ke tempat2 lain utk menjalankan amanah sbg ketua UKK. Walau bagaimana pun,akan ada mereka yg ingat saya p makan angin shj. Betul, saya p PD saya makan angin. Saya buka mulut saya dan telan angin semampu yg boleh. Tak percaya, tanyalah pegawai pengiring saya.

Semasa makan tengahari, saya dijamu dgn assam pedas. bestnya dapat menikmati juadah yg sinonim dgn sesuatu tempat. Kami dihidang dgn 3jenis assam pedas, ikan pari, ikan cencaru, dan ikan sembilang. Tak mampu nak dihabiskan semua. Banyak sangat. Sampai berpeluh2 saya semasa makan satu tanda masakan adalah sedap.

Walau pun hotel saya di pantai, namun saya tidak sempat nak menikmati keindahan alam di pantai kerana kesuntukan masa. maklumlah, saya ke PD utk bekerja, bukan utk bersantai.

Arahan Bertugas

Kita dilatih untuk mematuhi arahan. Tetapi bukan mengikut arahan membabi buta.Latihan adalah juga untuk menambahkan ilmu. Ianya supaya dapat membuat keputusan secara berhikmah.

Sebagai seorang pegawai, kita setia dan sedia melindungi dan mempertahankan pemimpin kita. Maka kita akan berusaha sedaya upaya, seberapa boleh dan secara sikap positif. Tetapi kita hanya akan memepertahankan pemimpin yang menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah. maka kita berhak utk tidak menjadi pengikut kpd mereka bertindak tanpa ikhlas, jujur dan amanah. Kita berhak utk tidak mengikut dan tidak melindungi mereka yg melakukan perkara yg bercanggah.

Demikian juga jika kita seorang pemimpin. Kita latih dan didik pengikut kita utk menjalankan tugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah. Kita akan mempertahankan anak buah kita jika mereka menjalankan tugas dgn ikhlas, jujur dan amanah. Kita saling menghormati mereka yg melakukan kebaikan utk diri,masyarakat dan organisasi.

Selasa, Januari 26, 2010

Naik Pangkat?

Semasa saya masuk ke DSB utk mendengar amanat NC, seorang kenalan mengucapkan tahniah kpd saya. Apabila ditanya utk apa, beliau tersenyum sambil berkata,'kan CeBad dah tahu'. Hairan saya, banyak yg saya tahu tetapi bukan berkaitan ucapan tahniah.

NC menyatakan antara kriteria naik pangkat adalah; berjaya berkongsi ilmu dlm bidang kita dgn pelajar (akademik)- insyaallah dah. terlibat secara aktif dlm pembangunan pelajar (hep)- insyaallah dah, peers dapat anugerah juara persatuan 2009, saya juga penasihat sife dan persatuan aikido. kreatif dan inovatif (penyelidikan dan inovasi)- dah dpt pingat di geneva, pecipta, itex. Mengkomersilkan hasil ktreativiti dan inovasi - dlm proses. jaringan industri dan masyarakat - aktif pd 2009 dgn pej pesuruhjaya sukan, kuala tahan. penggerak kualiti - terlibat dgn inqka dan ujka.

jika itulah kriteria kenaikan pangkat (ke prof.madya?) maka nampaknya ada peluanglah saya. tapi kan ada yg panjat kompleks s&t dan terjun (ulang berkali2). Allah Jua Yang Menentukan rezeki kita.

Isnin, Januari 25, 2010

Kerja Tahunan

Alhamdulillah, saya berjaya hantar skt 2009. Dan penilaian oleh bos amat memberangsangkan. Terima kasih bos. Adakah bos akan terus jadi bos saya dan menilai saya sepenuhnya pada hujung tahun ini? Saya tidak tahu tetapi doa2kanlah agar bos masih bos saya sehingga hujung tahun ini.

Tadi saya menyediakan laporan dan perancangan utk tahun 2009 dan 2010. Saya sediakan jadual sehingga pertengahan 2010 dahulu. Bakinya insyaallah pada mesyuarat lain. Apabila dilihat jadual saya, staf saya bgtau yg saya tidak akan sempat bercuti spt biasa.

Apabila seronok bekerja, kita terlupa masa utk kita. Mungkin bg setengah orang, melakukan kerja adalah juga masa utk dirinya berseronok. Ini yg kita katakan kepuasan kerja yg menghasilkan produktiviti tinggi. Banyak faktor memepengaruhi kepuasan kerja kita. Selain drpd faktor dalaman, faktor luaran juga penting.

Antara faktor negatif adalah bos yg negatif,dan rakan sekerja yg negatif. Faktor sebegini menyebabkan kita berasa malas atau tidak seronok ke tempat kerja. Maka penyelesaian adalah mengalihkan faktor negatif ke tempat lain.

Amanat 2010

2020 hanya tinggal 10n tahun shj lagi. Semasa dinyatakan pada asalnya, terasa amat jauh 2020. Tadi amanat 2010 oleh NC UiTM.

Tahniah kpd dato. Fokus utama adalah memperkasakan bumiputera melalui pendidikan tinggi. Maka P&P adalah core business uitm. Yg lain2 menyokong teras utama uitm. Keusahawanan antara fokus amanat 2010. UiTM dan pelajar digalakkan menjadi usahawan. Pensyarah yg melakukan penyelidikan, rekacipta dan inovasi perlu mengkomersilkan hasil mereka.

Pentadbiran akademik akan dikendalikan oleh staf pentadbiran. Peringkat mana akan diperjelaskan kemudian. Bagus. Kalau yang nak sangat jadi pentadbir akademik dan pengajaran & pembelajaran hanya sampingan, maka mintalah jadi staf pentadbiran (semula?). Usahlah berhasad dengki kpd mereka yg berdayaupaya, berkebolehan dan bersikap positif dlm menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn amanah.

Ahad, Januari 24, 2010

Kuliah Yang Ceria

Petang kelas dgn pelajar PLK. Masanya 2ptg hingga 5ptg, hari ahad. Masa yg paling seronok utk belajar bagi pelajar matang dan tak matang.

Memang masa yg amat mencabar utk fokus kpd kelas akaun bg pensyarah dan pelajar. Tapi sesi petang tadi amat berbeza drpd sebelumnya. Petang tadi sesi amat ceria. Sesi menjawab soalan berkaitan perakaunan. Waktu daripada 2ptg ke 5ptg amat cepat berlalu. Para pelajar begitu seronok belajar kelas dan kesannya pensyarah pun amat seronok berkongsi.

Pada satu ketika, para peljar bersorak macam kat stadium bola. Amat gembira kerana berjaya menjawab soalan. Dan saya harapkan mereka juga turut faham, iaitu objektif utama setiap kelas. Saya memang seronok apabila pelajar saya seronok belajar dgn saya. Yang penting juga adalah setiap drpd kita melakukan setiap tugas dgn penuh tanggungjawab dan amanah.

Sabtu, Januari 23, 2010

Berkongsi Tentang Peers Dgn UPNM

Alhamdulillah, tadi saya berkongsi pengtahuan berkaitan kaunseling dan peers uitm bersama peers UPNM. Slot saya selama 2jam sahaja. Tetapi saya panjangkan sehingga 2 1/2jam. Tambahan 1/2jam saya tak tuntut.

Seramai 30pelajar UPNM yg mempunyai keputusan akademik yg cemerlang berkumpul utk menubuhkan peers UPNM secara rasmi. Saya kongsi dgn mereka pengalaman saya dgn peers bermula pada 1987 sehingga sekarang. Saya turut berkongsi kejayaan peers UiTM sebagai juara keseluruhan utk anugerah persatuan cemerlang 2009 UiTM.

Peers UPNM bertanya kepada saya antara kisah kaunseling yg payah. Saya kongsikan tentang pelajar saya yg terperangkap dlm cinta yg membawa derita. Bagaimana bahagia pada mulanya menjadi derita. Pelajar berkenaan didera oleh 'kekasih' secara fizikal dan mental. Dan kisah ini bukan hanya satu. Bahkan ianya tidak terhad kpd pelajar uitm.

Kaunseling adalah satu khidmat membantu seseorang sedar akan masalah yg dihadapi dan bersedia utk menyelesaikan dgn usahanya sendiri. Dalam kaunseling, sikap salin menghormati amatlah penting. Ilmu adalah alat utama dlm kehidupan. Gunakanlah dgn penuh amanah.

Peers Cemerlang

Tahniah kpd Badan Peer Kaunselor UiTM kerana menjadi JUARA anugerah persatuan cemerlang UiTM 2009. sbgmana dimaklumkan sebelum ini, peers mempunyai seramai 800 ahli di uitm shah alam. dan peers berjaya mengadakan sebanyak 40 aktiviti sepanjang 2009.

Terima kasih kpd mereka yg begitu sayangkan peers. Sumbangan dan kerjasama ajkt 2009, ahli2, senior2, penasihat - en.Khairuddin Thani, para kaunselor dan staf PKK, serta mereka yg turut sama membantu dan menjayakan aktiviti peers pd 2009 amat dihargai. Pada 2009, saya hanya sempat mengikuti 2- 3 pgrm sahaja, spt AGM, majlis berbuka puasa. Insyaallah pd 2010 saya cuba berikan lebih masa kpd peers.

Kejayaan peers bukanlah hasil seorang shj. Ianya adalah hasil bersama. senior2 yg telah lama meninggalkan uitm amsih lagi aktif bersama peers. terima kasih, keikhlasan dan kesungguhan saudara dan saudari amat bernilai kpd peers. semoga budaya sayangkan peers utk kebaikan bersama diteruskan oleh ahli2 sedia ada dan akan datang. Teruskan untuk kebaikan diri dan masyarakat. semoga usaha kita sentiasa mendapat rahman dan rahim Allah.

Khamis, Januari 21, 2010

Pecah Amanah atau Rasuah

Semasa menikmati segelas air kosong di pantri FSR saya membaca kesalahan yg didefinisikan sebagai rasuah. Antaranya adalah tuntutan palsu.

Dalam bidang akademik, banyak juga berlaku tuntutan palsu. Antaranya membuat tuntutan gaji untuk mengajar kursus yg bukan bidang kita. Ianya seperti mengajar kursus yg kita tidak layak mengajar kerana tidak mempunyai kelayakan berkaitan.

Membuat tuntutan perjalanan dan penginapan yg tidak ditanggung juga merupakan satu tuntutan palsu. Pelaku boleh dipenjarakan dan/atau didenda. Dan tuntutan palsu ini selalunya juga diiringi dgn dokumen palsu sbg bukti palsu.

Bagaimana dgn plagiat, iaitu mengambil tulisan pihak lain dan mengakui sbg hasil kita? Adakah ianya satu bentuk rasuah? Jika benar, maka ini akan memudahkan beberapa kes dlm siasatan. Doakanlah agar kes2 ini cepat selesai. Dan doakanlah antara denda kpd pesalah adalah membayar balik semua tuntutan dan pencen ditarik balik selain denda tambahan. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

Diet dan Senaman

Itulah pesan doktor kepada saya utk kurang kolesterol dan asid urik dlm badan saya. Ianya lebih baik drpd bergantung kpd ubat-ubatan.

Dukacita dimaklumkan, semalam balik aje ke rumah saya makan nasi kukus dan ayam goereng berempah, berkuahkan gulai hati ayam dan acar sayur. Dah melanggar nasihat doktor. dan seperti biasa saya tetap minum nescafe dan susu pekat. Lagi langgar nasihat doktor. tengahari tadi makan nasi minyak dgn shaslik. hai, kalaulah doktor semalam tahu ni, tentu dia terus bagi ubat utk saya ambil.

Adakah kesihatan saya ada kaitan dgn cara kerja? memang cara hidup diperkatakan memberi kesan kpd kesihatan kita. tadi saya cadangkan kpd pelajar saya utk lakukan kajian berkaitan kesihatan dan gaya kehidupan. Sebab tajuk asal saya berkaitan 'burnout' tak diterima pensyarah yg mengajar.

antara sebab seseorang ,mengelak drpd memegang jawatan pentadbir akademik adalah berkaitan masa. staf yg kerja sambil lewa menganggap seorang staf akademik mempunyai banyak masa kerana hanya mengajar sahaja. Ini adalah tanggapan yg kurang bijak. Maka ada staf akademik yg berebut utk jadi pentadbir akademik kerana tidak boleh bekerja sebagai seorang ahli akademik.

Rabu, Januari 20, 2010

Medical Check Up

Saya ke pusat kesihatan uitm pagi tadi utk buat pemeriksaan perubatan. Sepatutnya minggu lepas setelah pergi mendapatkan ubat. Tetapi amsa dan kerja tidak emngizinkan sehinggalah pagi tadi.

Darah saya diambil dan juga sampel air kencing. Pada pukul 4ptg, saya ke pusat kesihatans semula. Dr Adibah melayan saya. Beliau menjelaskan satu per satu maksud keputusan pemeriksaan kpd saya. Kolesterol tak baik tinggi, yg baik rendah. Asid urik tinggi, bermakna hati saya kurang baik bekerja. Ianya juga tanda2 awal utk berjaga2 elak penyakit kencing manis.

Saya juga diberi senarai diet/pemakanan utk mengurangkan tahap kolesterol 'jahat' dan asid urik. Doktor tidak ingin memberi saya ubat dahulu. Beliau cadangkan saya jaga diet dan bersenam lebih kerap lagi. Insyaallah saya akan cuba sebaik2 yg termampu. Kepada saudara dan sahabt, saya cadangkan buatlah pemeriksaan kesihatan sekurang2nya setahun sekali. Sebagai langkah berjaga2.

Selasa, Januari 19, 2010

Produk IID

Saya mempunyai beberapa produk hasil drpd penyertaan IID dan sebagainya. Ada yg mendapat sambutan yg memberangsangkan. Ada yg dah ada pembeli.

Tadi saya cuba melangkah selepas IID. Saya usahakan utk dikomersilkan produk2 saya. Insyaallah, yg pertama produk bersama rakan sekerja yg dilihat oleh Proton. Ianya perlu penambahbaikan. memang ada cadangan dilakukan inovasi utk dijadikan beberapa versi baru.

Tadi juga saya cadangkan beberapa produk utk mejanakan hasil kpd UiTM. Mesyuarat sepatutnya dihadiri bersama dua orang pakcik saya. Tetapi mereka berdua telah emmpunyai temujanji terdahulu. Insyaallah akan dilakukan perjumpaan semula bersama pakcik2 saya berkaitan perkara yg sepatutnya dibincangkan hari ini.

hari ni juga antara topik dlm kelas saya adalah berkaitan royalti. Doakanlah agar saya dimurahkan rezeki melalui kutipan royalti. Prof Kamil mendapat banyak hasil melalui royalti buku2nya. Allah mengurniakan ilmu utk mendapatkan rezeki yg halal. Gunakanlah dgn penuh amanah.

Hidup Penuh Dgn Pura2 dan Lakunan

Seperti biasa, cerita lama berulang tayangan. Pelakon utama melakonkan skrip yg sama. Pelakun yg bercita2 menjadi hero dlm cerita mula berlakon utk pengarah yg baru.

Maka setiap kali pemimpin baru masuk, pelakun tambahan akan cuba menunjuk2 seolah2 dia layak menjadi hero. Atau lagi baik sebenarnya, dia dpt jadi pengarah filem selepas pengarah sekarang. Pada penonton2 yg tahu kisah sebenarnya, pelakun tambahan tersebut hanyalah seorang badut shj. Adakalanya lebih baik dok diam2 aje.

Penonton2 dan ahli warga kerja sudah tidak ingin melihat lakunan jenaka badut yg sama. Cukuplah dgn lakunan yg penuh kepura2an. Ramai yg dah meluat dan loya dgn cubaan lakunan yg tidak digemari.

Juri dan penonton telah membuat pilihan dan undian. Walau pun keputusan rasmi tidak diumumkan, calon pelakon yg layak menggantikan pengarah dahulu bukanlah badut yg merosakkan majlis. Tetapi kerana pelakon yg dihormati penonton tidak mahu menjadi pengarah baru, maka penerbit filem telah membawa masuk pengarah drpd luar utk menerajui syarikat.

Maka badut pun terus menggigit jari. Selepas pengarah pertama, badut gagal,. Selepas pengarah filem kedua hinggalah baru2 ini pengarah ke 5 (selepas pemangku pengarah), tiada yg sudi menerima atau melantik badut menjadi peneraju syarikat. Doa orang2 yg dizalimi dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Adil. Syukur kpd Allah, Tuhan Yang Satu.

Ahad, Januari 17, 2010

Berkongsi Ilmu

Tugas sebagai seorang staf akademik adalah berkongsi ilmu. Ada melalui syarahan. Ada melalui penulisan. Ada melalui hasil penyelidikan. Dan pelbagai cara lagi.

Adakalanya kita mendapat pelajar yg amat mencabar. mamasuki kelas bukan utk belajar tetapi utk tunjuk kurang ajar. ada yg memang nak belajar tetapi payah nak masuk apa yg diajar. mengajar/berkongsi ilmu dgn para pelajar dr pelbagai latarbelakang dan perangai amat menyeronokkan bg saya.

Ada yg didlm kelas amat aktif dan sentiasa akan cuba memberi jawapan kpd semua soalan. Mereka ini selalunya akan duduk di barisan hadapan. Saya suka pelajar macam ini. betul atau salah jawapan tidaklah penting bg saya. sebaliknya kesungguhan dan minat utk belajar amat saya hargai.

Ada yg memerhatikan shj. Memikirkan bgmana nak ambil peluang utk lulus dgn mudah. Pesanan saya utk semua, gunakanlah peluang utk mendapat ilmu ini sebaik yg mungkin. lakukanlah dgn jujur, ikhlas dan penuh amanah. Jangan lupa utk memohon kepada Allah, Tiada Tuhan Melainkan Allah.

Derma atau Sedekah

Semasa saya mengisi minyak kereta di stesen minyak sek6 shah alam, saya lihat seorang budak perempuan belasan tahun(kot) sedang bergerak dr sebuah kereta ke sebuah kereta yg mengisi minyak di stesen itu. Sedang saya mengisi minyak, dia datang menghampiri saya.

'Derma pakcik utk sekolah anak yatim' kata beliau kpd saya. Saya tengok ke buku resit. Utk dpt resit dermanya rm10. saya bagitau saya sedekah kpdnya rm1. Beliau mengucapkan terima kasih kpd saya utk rm1 yg saya sedekahkan. Dan dia kemudian terus ke pengunjung2 lain di stesen minyak tersebut.

Say berasa hiba, sayu dan marah. Benarkah beliau memungut derma utk sekolah anak yatim yg sah? Atau beliau sebahagian drpd sindiket yg menggunakan belas ikhsan orangramai utk kutip duit? Allah Jua Yang Maha Mengetahui. Saya doakan beliau menjalankan tugas dgn ikhlas dan jujur.

Mereka yg tidak jujur tidak teragak2 utk mempergunakan pelbagai cara utk mendapatkan kekayaan, Mereka sanggup menipu. Jika terteangkap, mereka tidak insaf. Sebaliknya adakala org yg menangkap dimarahi. Mereka ini lupa kpd amanah memakmurkan dunia. Allah Jua Yang Maha Adil, Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Hujung Minggu

Minggu ini hujung minggu saya amat penuh. Setiap dua minggu saya akan seperti hujung minggu ini. Sabtu pagi saya ada kelas sarjana. Ahad pagi kelas epjj. Petang ahad ada kelas plk.

Selepas minggu ke 10, kelas pada pagi sabtu tamat. Hanya tinggal kelas pada ahad sahaja. Insyaallah saya tamat sarjana saya pada semester ini. Hanya tinggal applied research sahaja. Bersama kita doakan agar saya tamat pengajian dlm tempoh ditetapkan.

Saya rancangkan pada setiap hujung minggu petang saya akan pergi membuat lawatan ke kolej2 bersekutu. Ianya saya harapkan pd semester ini sahaja. Tetapi tugas pensijilan iso kb akan berakhir pada hujung 2010 sahaja. Maka saya mungkin disambung tempoh jawatan sebagai ketua ukk.

Hari ahad bukanlah hari utk berehat. Sebaliknya bekerja sebagai seorang pensyarah bekerja 7hari seminggu. Satu hari tidak semestinya 8jam. Maka utk jadi seorang pensyarah, kita mestilah bersedia utk bertugas bukan mengikut waktu pejabat.

Sabtu, Januari 16, 2010

Syukur Kepada Allah - Yang Maha Adil

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Maha Bijaksana. Maha Mengetahui. Berdoalah kepadaNya.

Sebelum berlaku perubahan kepimpinan di organisasi saya, kawan2 amat risau. Mereka risau jika jawatan di pucuk akan dipegang oleh mereka yg hanya pentingkan diri sendiri. Yang hanya inginkan jawatan kerana utk mengkayakan diri dan kroni. Yang mahukan jawatan bukan kerana kebaikan organisasi. Ingin jadi pemimpin bukan berteraskan akademik.

Maka saya cadangkan kpd kawan2, 'berdoalah kpd Yang Maha Berkuasa'. kita berusaha sedaya kita dan akhirkan dgn doa. Keputusan pada Allah. dan alhamdulillah, doa2 kita semua dimakbulkan Allah. Allah Maha Adil. Ia tidak zalim spt sesetengah makhlukNya. Makhluk yg lupa bhw hidup di dunia ini adalah utk menjalankan amanah Nya.

Maka yg berniat tidak baik pun terus menggigit jari.dan insyaallah kepimpinan baru akan mendapat kerjasama majoriti ahli organisasi utk kebaikan bersama. Allahu akhbar.

Penambahbaikan IID 2010


Tadi semasa kelas sarjana saya, prof Normah memaklumkan bhw beliau memilih produk saya antara produk terbaik semasa IID 2010. Walau bagaimana pun, saya tidak mendapat EMAS kerana kekurangan beberapa kriteria penting utk markah.

Tadi juga seorang kawan berminat utk menggunakan produk saya semasa mengajar perakaunan di kolej beliau. Beliau bersedia membeli produk saya seberapa segera yg boleh berdasarkan komen yg amat positif oleh Prof Normah.

Semasa perjalanan ke pejabat selepas kelas tadi, rakan pecipta produk satu lagi IID 2010 memaklumkan bhw pihak P&P UiTM berminat menggunakan produk kami. Wow, ramainya yg berminat dgn produk yg terhasil. Tahun lepas, produk saya mendapat minat drpd kementerian pelajaran dan yayasan keusahawanan. Begitu juga rakan2 yg menjalankan kursus2 keusahawanan turut berminat menggunakan produk saya.

Saya perlu melakukan penambahbaikan utk produk2 saya sebelum dipasarkan. Insyaallah dalam tahun ini, produk2 saya akan dipasarkan. Jenamanya? CE BADR kot?

Jumaat, Januari 15, 2010

Sekali Air Bah

Hari ini berlaku pertukaran pucuk pimpinan di fsr. PM Dr Mohd Khairi menamatkan memegang amanah sebagai dekan kurang 40hari genap 2tahun sebagai dekan. Antara sumbangan beliau adalah berjaya mewujudkan pensyarah kanan di fsr.

Pemimpin baru fsr adalah PM Dr Mohd Hanafiah. Orang kuat di RMI. Beliau telah mengadakan mesyuarat dan penyerahan tugas dgn mantan dekan sebelum perjumpaan dgn staf fsr. Selepas sesi berkenalan, spt biasa adalah sesi makan.

Terima kasih kpd Dr Khairi. maaf jika ada kesilapan kpd Dr Khairi. selamat datang dr Hanafiah. Kami sentiasa bersedia membantu dan bekerjasama utk kebaikan organisasi. Niat yg jujur dan ikhlas amat kami sanjungi. Jika kami tersilap tegur2lah kami.

Seorang dekan adalah kemudi sebuah organisasi. beliau akan menetukan hala tuju sebuah fakulti. kepimpinan melalui teladan amatlah penting. maka kami pun ingin mencapai status prof.madya dr (phd) spt tuan dekan, insyaallah.

Kebanggaan Seorang Pendidik

Semua orang adalah pendidik. Seorang pemimpin adalah pendidik. Seorang pengikut adalah pendidik. pemimpin mendidik pengikut. pengikut mendidik pemimpin.

Sebagai pendidik kita bangga apabila anak didik kita menjadi seorang yg berjaya dlm hidupnya. kejayaan adalah subjektif. saya gembira melihat mereka yg kita didik lebih drpd yg lain berjaya. bg saya berjaya adalah melalui berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh amanah, carakerja anak didik atau pengikut mencerminkan cara kerja pendidiknya atau pemimpinnya. jika anak didik bekerja secara integriti maka kita andaikan pendidiknya seorang yg penuh integriti.

untuk mendidik kita perlukan ilmu. setiap orang mempunyai ilmu yg tidak sama. tapi utk menjadi pendidik di ipt perlukan ilmu yg lebih tinggi dlm bidang tertentu berbanding seorang yg biasa menjadi pengiring shj.

sbg pendidik, apabila anak didiknya berjaya, kita akan tersenyum puas. puas kerana usaha kita terbalas dgn kejayaan anak didik kita. bukannya dgn wang ringgit atau hadiah drpd anak didik. yg penting, teruskan kesinambunagn integriti dan amanah, utk kebaikan diri dan masyarakat, dunia dan akhirat.

PEERS UiTM

Tadi saya hadir ke mseyuarat agung tahunan peers uitm. saya adalah penasihat 1. selain peers, saya adalah penasihat persatuan aikido uitm dan sife uitm. dgn aikido sejak 2007, manakala sife baru tahun lepas, disember 2009 (atas arahan).

saya mula aktif dgn peers sejak 1987, 23 tahun yg lepas. saya menjad presiden utk sesi 90-91. saya sebagai penasihat bermula 2002. maka peers amatlah hampir dgn saya. banyak saya pelajari drpd peers. saya kenali kaunseling melalui peers.

tadi, semasa pembentangan laporan tahunan 2009, peers berjaya menjalankan sebanyak 40 aktiviti dlm pelbagai bidang. tahniah peers. semoga barisan pemimpin yg baru 2010 akan meneruskan kecemerlangan 2009 dan sebelumnya. saya akan cuba lebih aktif sebagai penasihat.

bangga melihat mereka yg terpilih menjalankan tugas dan tanggungjawab dgn penuh integriti dan amanah. ianya mencerminkan mereka yg menyumbang dlm pembentukan ahli peers dulu kini dan selamanya. terima kasih.

IID 2010 dan Kenangan

Alhamdulillah, pada IID 2010 dgn dua penyertaan saya berjaya mendapat satu Gangsa dan satu Perak (bersama Aishah KP 221).Cita2 Emas utk dua2 tapi dah tak penuhi syarat mcmana hakim2 nak bagi markah utk dpt emas.

Seronok apabila kawan2 lain bersedia utk turut serta IID 2011. Saya juga mendapat cadangan drpd fakulti lain utk bersama menyertai IID 2011. Dan Proton akan berbincang lebih lanjut tentang satu produk utk digunakan mereka.

semasaIID 2010 juga bergambar dgn senior2 MCKK. seorang adalah timbalan dekan dan profesor penuh di uitm. seronok juga dpt berjumpa kawan2 drpd jabatan/ bahagian/ fakulti/ dan kampus lain. memang bagi saya uitm mempunyai permata2 yg hanya peerlu digilap utk lebi bercahaya dan mendapat perhatian pihak luar.

insyaallah, saya akan mula bersedia utk IID 2011 sekarang. usaha sebenar utk IID 2010 hanyalah pada minggu lepas. jadi hasil yg dikutip adalah lebih berbaloi daripada nilai usaha dibuat. insyaallah target next IID adalah bersama lebih ramai kawan2 dan pelajar, dan EMAS.

Rabu, Januari 13, 2010

PhD Signifikankah Ia?

Prof Kamil mantan dekan FSR menulis sebuah buku bertajuk PhD Kecil Tapi Signifikan.Pelbagai alasan/ sebab beliau nyatakan pentingnya mempunyai phd kpd seorang pensyarah.

Tahnih kpd Pn Rozita Abd Latiff, seorang pensyarah lama di fsr. Beliau layak mendapat ijazah kedoktoran atau phd setelah diiktiraf oleh senat. Jadi beliau sekarang layak dipanggil Dr Rozita. Dan seorang yg tiada phd dlm bidang beliau iaitu berkaitan pengurusan sukan tidak layak memperlekehkan beliau. Walau pun beliau belum mendapat pangkat prof.madya, bagi saya beliau merupakan seorang yg mempunyai 'autoriti' dlm pengurusan sukan (sosiologi) kerana memiliki phd.

Memang bukannya mudah utk mendapat phd. Mungkin setengah kelayakan atau pangkat adalah anugerah atau sedekah, tetapi phd yg benar adalah melalui pengalaman ilmu yg bukan mudah. Insyaallah,hasil utk usaha yg ikhlas dan jujur akan mengikuti di kemudian hari. Saya berdoa untuk memulakan phd saya secepat mungkin. Tetapi doakan saya bukan menjadi dan pelopor phd- pakar hasad dengki.

Selasa, Januari 12, 2010

Rezeki Yang Halal

Di sebuah simpang berhadapan stesen minyak ESSOMOBIL ss17 subang jaya akan kelihatan hampir setiap hari dua keluarga bergilir mencari rezeki. Pada siang hari satu keluarga berniaga cendol dan rojak. Pada sebelah malam pula satu keluarga berniaga burger.

Setiap keluarga akan mengandungi seorang ayah, seorang ibu dan beberapa orang anak. Kedua ibubapa akan melayan pelanggan manakalan sianak2 akan bermain sesama sendiri. Ada kala sianak2 akan membantu ayah dan ibu melayan pelanggan. pada satu ketika, seorang daripada kanak2 tersebut telah membawa sebuah bangku utk saya duduk sementara menunggu pesanan saya siap.

Antara kerja saya suka lakukan adalah memerhatikan geraklaku manusia. Ketekunan dan kecekalan kedua2 keluarga dlm mencari rezeki yg halal amat saya hormati. Mungkin siayah drpd keluarga yg berniaga pd malam hari juga bekerja di siang hari. Tetapi pendapatan daripada kerja di siang hari mungkin tidak mencukupi utk membolehkan beliau sekeluarga hidup dgn selesa. Walau berapa banyak rezeki kita, yang penting bg saya mestilah ia rezeki yg halal.

Ahad, Januari 10, 2010

Bukan Mudah Menjadi Pemimpin

Ramai yg ingin jadi pemimpin. Jika ada jawatan, kurang amanah mengajar. Mudah mendapat rezeki tambahan. Bagaimana dgn amanah lain yg datang bersama jawatan?

Ada yg dilihat jika tidak memegang jawatan akan resah selalu. Kenapa begitu? Jika hendakkan sangat jawatan sebagai pentadbir akademik, lebih baik jangan jadi ahli akademik. Jujurlah dgn diri dan masyarakat. Cukuplah bermuka2. Hampir semua orang sudah tahu. Di khalayak ramai kononnya tak berminat, tetapi dimaklumkan sentiasa cuba mendapat jawatan.

Sebenarnya setiap kita adalah pemimpin. Setiap duduk pada satu atau lebih takhta. Dan setiap mempunyai kuasa yg datang dgn jawatan. Dan dgn jawatan dan kuasa datang bersama tugas dan tanggungjawab. Dan juga amanah. Ingatlah bahawa setiap yg kita terima, kita perlu jawab (accountable). Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti.

Manusia sering berada dlm kerugian. Maka manusialah juga perlu saling mengingati. Ilmu adalah antara senjata utk persiapan ke akhirat. Sentiasalah menambah ilmu utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kuliah SR113 PLK Sem Dis 2009

Petang tadi saya mempunyai kelas sps233 bersama pelajar plk fsr. ini adalah kumpulan kedua yg mengambil kursus sps233 bersama saya. Saya memilih utk tidak mengajar sps233 kpd kumpulan kedua plk fsr. Saya inginkan sedikit masa hujung minggu utk saya.

Dan pada sem ini masa saya amat penuh dgn kuliah. Pada hari sabtu pagi, saya mempunyai kuliah sbg pelajar. Pada ahad pagi, saya mempunyai kuliah bersama pelajar epjj dan pada petangnya bersama pelajar plk. Rezeki saya utk sem ini.

Ramai yg ingin mengajar lebih drpd ATA minima. Ada yg sanggup mengajar walaupun kursus tidak pernah diambil sebagai pelajar. Masalahnya adalah kualiti pengajaran dan pembelajaran kpd pelajar. Sebagai pensyarah, kita mempunyai amanah utk berkongsi ilmu dgn pelajar. Rezeki yg diterima mestilah setimpal dgn usaha. Janganlah tiada ilmu dikongsi tetapi tuntutan dikejar.

Bagi pihak tertentu, tugas dan tanggungjawab ditolak ke tepi. Amanah tiada dlm kamus mereka. Yang pentinga adalah tuntutan. Mereka tidak mempedulikan sama ada rezeki diterima adalah halal atau sebaliknya. Saya akan tolak sesuatu tugasan jika saya rasa saya tidak akan mampu memberi yg terbaik.

Sabtu, Januari 09, 2010

Kuasa dan Gila

Antara godaan adalah takhta, harta dan wanita. Ianya berkaitan dgn kuasa. Ramai yg lupa setiapnya datang dgn tanggungjawab. Dan turut sama adalah amanah.

Apa ada pada jawatan? Macam2 ada. Dgn jawatan (takhta)dapat dan/atau boleh tambah harta dan wanita (atau lelaki jika anda wanita). Maka ramai yg akan impi2kan utk berada di takhta. Bagi sesetengah orang, lebih mudah dapat jawatan drpd dpt harta atau wanita (seks).

Setiap kali berlaku pertukaran pucuk pimpinan, akan berlaku perebutan kuasa. Ada yg berebut nak kuasa. Ada yg berebut tak nak kuasa. Tapi jika kita adalah yg terbaik utk memegang amanah, maka terimalah sebagai fardu kifayah. Elakkan drpd kuasa pd tangan yg hanya akan merosakkan organisasi.

Saya diberi arahan utk melapor diri kpd bos baru. Saya berdoa agar saya tidak diamanahkan dgn kuasa baru. Saya takut saya tidak mampu menjalankan amanah dgn sebaiknya. Tapi spt saya bgtau dahulu, ada kalanya, orang lain lebih nampak kemampuan kita.

IID 2010

IID 2010 akan berlangsung selama 3 hari pada 12-14 Jan 2010. Pada 12 Jan kumpulan A akan dihakimi. Manakala pada 13 Jan kumpulan B pula akan dihakimi. Pada 14 Jan, keputusan akan dimaklumkan dan pemenang pingat emas akan menerima hadiah pada hari tersebut.

Saya pada asalnya bercadang menyertai sekurang2nya 4 penyertaan. Tetapi saya hanya sempat mendaftar 3penyertaan sahaja. Kemudiannya saya terpaksa menarik satu penyertaan kerana rakan sepasukan tidak dapat memberi komitmennya dan memohon penyertaan bersamanya ditarik keluar.

Jadi, pada IID 2010, saya hanya mempunyai dua penyertaan berbanding 3 pada 2008 (1 Gangsa), dan 4 pada 2009 (1 Emas, 3 Perak). Penyertaan saya melalui InED adalah Be Clear: Financial Statements (Ketua). Manakala penyertaan melalui FSR adalah Be Clear in Management (ahli) dan ketua adalah Puan Siti Aishah Wahab (Ketua Program Bach Sport Management - SR 221).

Doakanlah agar kedua2 penyertaan saya berjaya memenangi pingat. Saya impikan Emas utk kedua2nya. Hanya poster dan lamination shj lagi yg belum selesai.

Makan Malam Simfoni Kasih 2009

Semalam saya hadir ke Majlis Malam Simfoni Kasih 2009 di SACC. Tetamu kehormat adalah PM Malaysia. InED telah membeli 3 buah meja.

Majlis semalam sepatutnya diadakan pada 2009. Tetapi kerana PM tak dpt hadir pada tarikh asal dicadangkan, maka ianya telah dituunda ke semalam. Maka majlis masih utk 2009. Diantara yg hadir adalah alumni uitm. Penganjur adalah Yayasan Budiman iaitu satu yayasan oleh alumni uitm.

Di meja saya semuanya bodyguard dr InED dan seorang dr unit lain. Semasa kami menikmati jamuan, kami bertuah mendapt khimat seorang bodyguard PM berdiri di belakang saya. Wow, rasa macam orang besar juga. Terima kasih kpd yg perihatin.

Sebelim majlis bermula secara rasmi, saya telah ke meja jabatan/unit/fakulti/ bahagian/cawangan lain. Saya bertemu dgn kawan2 dan kenalan yg bisanya payah nak berjumpa pd hari biasa. Saya berjumpa dgn mantan dekan saya dan bakal dekan saya.

Walaupun menu amat panjang, kami tidak dapat menikmati kesemua hidangan. Pengurus acara makan perlu lebih baik lagi dalam mengatur pergerakan penghidang makanan. Ramai tetamu merungut kerana tidak semua hidangan di hidang di meja tetamu.

Khamis, Januari 07, 2010

Dorongan dan Halangan

Kita lebih suka gunakan motivasi menggantikan dorongan. Ianya ada kaitan dgn kepuasan kerja, pengurusan stres, burnout dan produktiviti. Begitu juga dgn halanagan, iaitu sebalik kpd dorongan.

Saya mulakan semester ini dgn mendorong pelajar saya utk menggunakan peluang belajar di uitm dgn sebaik yg mungkin. Saya mendorong rakan2 utk mengambil phd. Saya mendorong saudara dan kawan2 menamatkan phd. Saya kekadang terlupa mendorong diri saya sendiri. Kesan dgn tiada atau kurang dorongan boleh menyebabkan objektif tidak tercapai.

Seorang sahabat telah memberi pelbagai dorongan kpd saya. Malangnya saya telah tidak memahamai dorongan beliau. Maka kesannya beliau terdorong utk mencari kebahagiaan dgn yg lain. Maka selain drpd dorongan, kita perlu tahu utk melihat dan mengenali peluang yg muncul utk kebaikan kita. Ini memerlukan ilmu dan adakalanya bantuan drpd pihak lain.

Kita mampu merancang. Perancangan perlukan usaha. Selepas berusaha kita hendaklah bertawakal. Hanya Allah yang berkuasa menentukan.

Rabu, Januari 06, 2010

Ragam Kanak-kanak 2

Semasa saya sampai di gym semalam, saya lihat banyak kereta. Di dalam gym, saya lihat ramai yg saya tak kenal asyik menjengok ke ruang aerobic gym fsr. Rupa-rupanya mereka adalah ibubapa yg menghantar anak2 mereka menghadiri kelas aikido utk kanak2 di gym fsr.

Kelas aikido utk kanak2 adalah pada setiap selasa malam rabu, jam 8-9 malam. Seronok saya melihat gelagat kanak2 bersedia dan seterusnya mengikut kelas aikido yg diterajui oelh sensei Ramlan. Ramai yg ber'belt' yg lebih tinggi warnanya drpd saya. Saya yakin jika saya spar dgn mereka, saya dgn mudah akan ditewaskan oelh mereka ini.

Saya sempat bertanya seorang drpd bapa yg hadir. Beliau bgtau yg dia hantar anak2nya utk ikuti kelas aikido utk disiplin. Belajar saling menghormati. Beliau sendiri berminat dgn aikido, tetapi beliau rasa beliau dah tua utk aktif dlm aikido. Saya cuba memeri motivasi utk beliau turut serta di kelas akan datang.

Aikido di FSR 2010

Semalam saya ke gym fsr. Saya dimaklumkan sensei Ramlan, pengajar aikido di fsr akan menyambut birthdaynya, dan ada surprise party untuk dia. Kebetulan pula saya ada sebuah buku yg dah lama saya beli utk dihadiahkan kpdnya.

Tetapi saya terberi buku lebih dulu drpd party. Sensei Ramlan berterima kasih kpd saya dan bgtau bhw beliau memang ada niat nak beli buku yg saya hadiahkan. Tetapi harga buku tersebut kurang memberangsangkan utk beliau beli. Saya juga maklumkan bhw saya telah habis baca buku yg sama yg saya beli utk saya sendiri. Buku tersebut menceritakan bhw ilmu, kekuatan mental melalui pengetahuan lebih kuat drpd kekuatan fizikal.

Semalam sensei Ema bgtau saya bhw jika saya kembali melakukan aikido, belt saya sudah mencapai tahap yg amat baik. Saya senyum. Kemudian Sensei Ramlan tegur saya dan berkata perkara yg sama. Tadi, PM Zul Kadir, yg ber'belt' paling tinggi di uitm mengarahkan saya utk kembali aktif dlm aikido. Saya jawab,'insyaallah'.

Selasa, Januari 05, 2010

Kuliah Pertama Bersama Pelajar FSR Jan 2010

Alhamdulillah, hari ini kuliah pertama sps233 dan srb201 berjalan dgn lancar. Hampir kesemua pelajar hadir. Dan saya mulakan kuliah dgn mengucapkan tahniah kpd para pelajar kerana kembali semula ke uitm.

Untuk sps233, hanya 1 jam shj tadi. jadi bebelan saya tidak selama srb201, kuliah selama 2jam. Pelajar srb201 merupakan kumpulan pelajar di mana saya adalah penyelia akademik/ academic adviser mereka sejak semester lepas. Pada semester lepas antara aktiviti kami adalah berbuka puasa bersama2.

Saya ingatkan dan ingin mereka sedar tujuan asal mereka di uitm. Gunakanlah peluang yang diberikan sebagai pelajar uitm untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kita berada di uitm utk berkongsi ilmu. Ilmu adalah aset yg terbaik utk kita.

Pada petang pula saya bersama seorang pelajar sarjana dan pelajar sr221 sem5. Masing2 ada perkara yg ingin dibincangkan dgn saya. Saya maklumkan kpd para pelajar yg ingin berjumpa saya, sila sms terlebih dahulu. Jika amat2 penting, telefon saya. Kepada para pelajar semua, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar. jalankanlah dgn penuh amanah.

Ahad, Januari 03, 2010

Bertugas di Terengganu

Hari ini saya di Merang, Terengganu. Esok saya akan bertugas di Setiu, Terengganu. Esok malam saya akan balik Selangor. Kalau eloknya, kurang2 dua hari bertugas di satu2 lokasi. baru berbaloi kos perjalanan. Ni tak sempat hilang penat dah balik semula ke Selangor.

Petang tadi kapal terbang ke Kuala Terengganu hanya memuatkan saya anggarkan tak sampai 20 penumpang. Dan di tempat penginapan saya hanya 4 buah bilik sahaja mempunyai tetamu. Jadi tugas saya ke Terengganu seolah2 macam tugas ekslusif. Memang selalunya apabila menaiki kapal terbang ke Terengganu penumpang tidak seramai penumpang ke Kota Bharu.

Bersebelahan dgn tempat penginapan saya adalah sebuah kem PLKN. Semasa sampai tadi kelihatan bas2 milik PLKN yg baru. Tiada lagi menggunakan bas2 kontraktor. Malam ini adalah malam kedua (tak silap saya) bagi peserta PLKN sesi ini.

Saya makan hanya di resort sahaja. Nak keluar jauh. Dan untuk kawan2 atau saudara datang untuk bertemu dan melayan saya juga jauh. Jadi, internet menjadi teman selain tugas2 untuk esok dan sebelum kuliah bermula. Kita sentiasa mendoakan yang terbaik daripada Allah (Tuhan Yang Maha Esa) untuk kita, keluarga, saudara dan sahabat.

Ragam Kanak-kanak

Semalam kami sekeluarga terhibur dgn keletah anak sepupu saya yg berusia setahun semasa beliau dan kedua ibubapanya melawat nenek saya. Beliau turut ingin mengurut lengan nenek saya.Dan beliau seronok berlari2 di rumah makcik saya.

Tadi semasa saya hendak solat sebelum menaiki kapal terbang ke Terengganu timbul beberapa perasaan memerhatikan dua kanak2. Saya tak dapat anggarkan usia mereka dgn tepat. Saya rasa malu kerana solat solo sedangkan mereka solat berjemaah. Saya rasa bangga melihat siabang memberi tunjuk ajar sebelum solat. Dan saya rasa bangga kerana siabang menjadi imam kpd siadik.

Tahniah kpd keluarga yg mendidik dan menjaga anak2 dgn cemerlang. Anak2 mencerminkan kedua ibubapa dan ahli keluarga yg lain. Kanak2 adalah amanah Allah kpd kita. Seperti kata seorang pakcik, amat penting kita sebagai umat Islam menjaga rukun Islam dan rukun Iman.

Solat adalah tiang agama. Kalau tak tutup aurat, solat tak sah. Cara pemakaian mungkin mencerminkan didikan keluarga. Solat itu mudah, tapi kalau tak tutup aurat macam mana nak bersolat. Solat adalah rukun Islam kedua dan amat2 dituntut. Ianya antara perhitungan utama sebagai pemberat untuk kesejahteraan di akhhirat.

InsyaAllah - Dgn Izin Allah (Tuhan Yang Satu)

Semalam alhamdulillah,nenek saya berkata2 satu ayat penuh. Beliau ditanya oleh makcik saya yg bongsu jika ada pesanan utk saya sampaikan kpd seorang pakcik yg tinggal berhampiran dgn tempat yg saya akan bertugas esok. Nenek saya berkata, 'Nok pese gapo' dgn jelas didengari oleh makcik bongsu saya dan saya.

Sebelum itu beliau nampak sangat gembira dgn lawatan ahli keluarga. Beliau akan menghulurkan tangannya kpd setiap pelawat dan akan menggenggam dgn kuat setiap tangan yg dihulur kpdnya. Beliau juga tersenyum gembira apabila dicium dimukanya oleh cicit yg berusia setahun. Cicit tersebut menciumnya berulang2kali dan turut memicit lengan nenek saya.

Semasa di Kuantan, seorang sahabat mencadangkan sejenis ubat utk diambil nenek saya untuk sembuh drpd serangan strokenya. Cuma ada dua isu, satu -harga, dan kedua-kandungannya. Isu pertama tiada masalah, manakala isu kedua dikira sebagai darurat. Terima kasih kpd Dr Muhsein kerana pandangan seorang neurosurgen. Bukan aje bagi nasihat malah bagi makan free pulak kpd saya. Dan semalam adik saya maklumkan memang nenek saya sedang mengambil ubat yg dicadangkaan oleh kawan saya.

Kita tiada upaya melainkan dgn izin Allah, Tiada Tuhan Melainkan Allah. Allah, Tuhan yang Maha Esa.

Jumaat, Januari 01, 2010

Keadilan dan Kezaliman

Setiap kita adalah pemimpin. Kita menjadi pemimpin bergantung kpd keadaan. Ada yg menjadi pemimpin secara rasmi. Ada yg jadi pemimpin secara tidak rasmi.

Ada yg berminat utk jadi pemimpin. Ada yg tidak minat menjadi pemimpin. Maka bagi yg berminat ada pelbagai cara utk capai impiannya. Ada yg berusaha secara adil. Ada yg berusaha secara zalim. Yg secara zalim akan melakukan fitnah terhadap mereka yg dia rasa boleh menggugat peluangnya menjadi pemimpin.

Setelah menjadi pemimpin, ada yg bertindak secara adil. Ada yg bertindak secara zalim. Seorang lelaki adalah pemimpin kepada seorang perempuan. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihan seorang lelaki berbanding seorang perempuan adalah selalunya kekuatan fizikalnya. Seorang perempuan secara umum dianggap lemah berbanding seorang lelaki secara fizikal.

Apabila seseorang salah guna kuasa atau kelebihan yg ada kita akan mengatakan beliau seorang yg zalim. Jika seseorang bersifat zalim dan menyalahi peraturan agama, saya tidak tahu apakah hendak dipanggil. Dalam kehidupan ini, banyak kezaliman saya lihat dilakukan oleh lelaki kepada perempuan. Kezaliman dilakukan melalui mengambil peluang apabila seseorang perempuan itu telah jatuh cinta kepada seorang lelaki.

Ada kezaliman dlm bentuk fizikal. Ianya berbentuk kecedaraan atau lebih teruk membawa kpd kematian. Ada kezaliman dlm bentuk emosi. Ada juga kezaliman dlm bentuk psikologi. Jika ianya diketahui tetapi kita tidak berupaya membantu mangsa, kita akan berasa teramat kecewa.

Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar sentiasa dilindungi dan dipelihara kesihatan dan keselamatan saya dan keluarga daripada niat dan angkara buruk serta kezaliman daripada makhluk2Nya.

Pemimpin dan Pasukannya

Seorang pemimpin mesti ada pengikut iaitu orang yg dipimpin. Tidak guna menjadi pemimpin tanpa pengikut. Kebiasaannya, apabila kepimpinan bertukar, maka peringkat bawah yg melapor kpd pemimpin utama akan berubah.

Ada yg kata jika pemimpin umpama dahan, maka pengikut adalah ranting2nya. Dan apabila dahan berubah, maka ranting2 akan dicantas. Saya berpendapat bahawa pengikut adalah akar yg memegang pokok. jika dahan iaitu pemimpin berubah, jarang pengikut dicantas. Bergantunglah kpd pandangan dan pendapat masing2.

Saya andaikan diri saya sebagai semut sahaja. jika dahan tidak inginkan saya, saya cari dahan lain. jika tiada rezeki saya di pokok sedia ada, maka saya perlu berhijrah ke pokok lain. dunia milik Allah ini amat luas. jadikanlah penghijrahan Rasulullah s.a.w sebagai model.

Pemimpin perlu adil. Untuk adil pemimpin perlu bijak. Untuk bijak pemimpin perlukan ilmu. Jika diri sendiri tiada atau kurang ilmu, rujuklah kpd mereka yg lebih atau ada ilmu. Bacalah... dgn nama Tuhanmu ...

Resolusi Awal Tahun dan 1 Malaysia

Seperti biasa, menjelang awal tahun, ramai membuat resolusi atau matlamat baru. Dan matlamat sepatutnya berdasarkan fakta lepas. Antara matlamat pilihan utama adalah menjaga kesihatan.

Ramai yg bercadang pada tahun baru utk jaga kesihatan. Termasuklah saya. Utk jaga kesihatan ada dua (2) perkara perlu dijaga iaitu pemakanan (diet) dan senaman (exercise). Jika jaga makan tapi tak bersenam tak guna. Begitu juga jika kita bersenam tapi tak jaga pemakanan, tak guna juga utk kesihatan.

Maka saya pun letak matlamat utk jaga pemakanan dan lebih bersenam. Hari ini hari pertama 2010 bermula dgn baik ke arah mencapai resolusi kesihatan saya. Saya makan ala kadar sahaja di siang hari. Tapi tadi selepas maghrib, saya ke rumah jiran utk hadir ke jamuan bulanan yg diadakan secara bergilir2 diantara beberapa jiran.

Jamuan bulanan kami adalah contoh 1 Malaysia kerana jiran yg hadir drpd pelbagai bangsa dan agama. Perjumpaan bulanan merapatkan hubungan antara jiran yg jarang berjumpa. Saya puji mereka yg memulakan jamuan bulanan ini.

Kembalinya Jemaah Haji

Kebetulan semasa saya kembali dari Kota Bharu minggu lepas, di ruang mengambil barangan adalah jemaah haji dari tanah suci. Dan semasa saya keluar ke tempat menunggu, kelihatan sanak saudara sedia menanti ahli keluarga mereka.

Fakulti saya turut mempunyai wakil mengerjakan haji pada musim ini. Di antaranya adalah Hj Hamdan Ahmad (mantan timbalan dekan) dan datin hajah (atau hajah datin) Sarina. Selamat kembali ke Malaysia. Semoga haji anda semua mendapat barakah dan merupakan titik permulaan ke arah hidup yg lebih baik di dunia dan akhirat.

Sebelum para jemaah pergi ke tanah suci, adalah menjadi kebiasaan utk mereka ataupun ahli keluarga mengadakan jamuan. Dan semasa jamuan ini, mereka yg pernah mengerjakan haji akan berkongsi keseronokan mengerjakan haji. Prof Kamil membukukan pengalaman beliau dlm 'bestseller' Travelogue Haji. Perlu kita sedar bhw mereka yg mengerjakan haji mendapat peluang seumpama seorang bayi yg baru lahir utk memulakan hidup di dunia. Ianya seolah2 buku catitan kita adalah sebuah buku baru.

Tetapi ramai yg salah faham tentang mengerjakan haji. Ada yg masih melakukan perkara2 yg bersalahan dgn agama. Tapi apabila bercakap lain, buat lain. Dan di depan nama jika ditulis mesti ada perkataan haji atau hajah. Adakah ini tanda haji yg dikerjakan tidak mendapat barakah?

2010 Hari Pertama

Hari ini hari pertama 2010. Saya 'confuse' kata2 bahawa dekad(10 tahun)pertama utk alaf 21 adalah tahun 2000-2009. Seingat saya dan sefaham saya tahun pertama tidak bermula dengan tahun 0 tetapi dgn tahun 1. Maka bagi saya sepatutnya dekad pertama alaf 21 adalah 2001-2010.

Alhamdulillah, tahun baru 2010 menyambung rahmat Allah sebagaimana 1 Muharram 1431 bermula pd hari Jumaat juga. Dalam kalender Islam, saya rasa hari baru bermula dengan masuknya waktu maghrib. Bagi kalender gregorian, tahun baru bermula pd 12.00 tgh malam. Dan kita diingatkan bahawa apabila Nabi Muhammad s.a.w ditanya bilakah kiamat, jawapannya adalah seumpama berikut,'Aku diturunkan pada waktu asar dan kiamat adalah pada waktu maghrib'. Maknanya (lebihkurang) kiamat sangatlah hampir.

Ramai orang merancang pelbagai resolusi apabila tahun baru menjelang. Saya tidak terkecuali. Tetapi rancangan saya dan doa saya sentiasa adalah 'semoga saya, ahli keluarga, saudara dan sahabat serta umat Islam mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat. Pada setiap jumaat akan ada doa berikut dibaca mengharapkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Allah masih pemurah kepada kita dgn memberi kita masa lagi utk bersedia dgn bekalan ke akhirat. Gunakanlah masa yg diberi sebaik2nya. 2010 hanyalah masa kiraan di dunia. Di akhirat jua kita kekal selama2nya.