Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Januari 25, 2010

Kerja Tahunan

Alhamdulillah, saya berjaya hantar skt 2009. Dan penilaian oleh bos amat memberangsangkan. Terima kasih bos. Adakah bos akan terus jadi bos saya dan menilai saya sepenuhnya pada hujung tahun ini? Saya tidak tahu tetapi doa2kanlah agar bos masih bos saya sehingga hujung tahun ini.

Tadi saya menyediakan laporan dan perancangan utk tahun 2009 dan 2010. Saya sediakan jadual sehingga pertengahan 2010 dahulu. Bakinya insyaallah pada mesyuarat lain. Apabila dilihat jadual saya, staf saya bgtau yg saya tidak akan sempat bercuti spt biasa.

Apabila seronok bekerja, kita terlupa masa utk kita. Mungkin bg setengah orang, melakukan kerja adalah juga masa utk dirinya berseronok. Ini yg kita katakan kepuasan kerja yg menghasilkan produktiviti tinggi. Banyak faktor memepengaruhi kepuasan kerja kita. Selain drpd faktor dalaman, faktor luaran juga penting.

Antara faktor negatif adalah bos yg negatif,dan rakan sekerja yg negatif. Faktor sebegini menyebabkan kita berasa malas atau tidak seronok ke tempat kerja. Maka penyelesaian adalah mengalihkan faktor negatif ke tempat lain.

Tiada ulasan: