Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 01, 2010

Pemimpin dan Pasukannya

Seorang pemimpin mesti ada pengikut iaitu orang yg dipimpin. Tidak guna menjadi pemimpin tanpa pengikut. Kebiasaannya, apabila kepimpinan bertukar, maka peringkat bawah yg melapor kpd pemimpin utama akan berubah.

Ada yg kata jika pemimpin umpama dahan, maka pengikut adalah ranting2nya. Dan apabila dahan berubah, maka ranting2 akan dicantas. Saya berpendapat bahawa pengikut adalah akar yg memegang pokok. jika dahan iaitu pemimpin berubah, jarang pengikut dicantas. Bergantunglah kpd pandangan dan pendapat masing2.

Saya andaikan diri saya sebagai semut sahaja. jika dahan tidak inginkan saya, saya cari dahan lain. jika tiada rezeki saya di pokok sedia ada, maka saya perlu berhijrah ke pokok lain. dunia milik Allah ini amat luas. jadikanlah penghijrahan Rasulullah s.a.w sebagai model.

Pemimpin perlu adil. Untuk adil pemimpin perlu bijak. Untuk bijak pemimpin perlukan ilmu. Jika diri sendiri tiada atau kurang ilmu, rujuklah kpd mereka yg lebih atau ada ilmu. Bacalah... dgn nama Tuhanmu ...

Tiada ulasan: