Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 21, 2010

Diet dan Senaman

Itulah pesan doktor kepada saya utk kurang kolesterol dan asid urik dlm badan saya. Ianya lebih baik drpd bergantung kpd ubat-ubatan.

Dukacita dimaklumkan, semalam balik aje ke rumah saya makan nasi kukus dan ayam goereng berempah, berkuahkan gulai hati ayam dan acar sayur. Dah melanggar nasihat doktor. dan seperti biasa saya tetap minum nescafe dan susu pekat. Lagi langgar nasihat doktor. tengahari tadi makan nasi minyak dgn shaslik. hai, kalaulah doktor semalam tahu ni, tentu dia terus bagi ubat utk saya ambil.

Adakah kesihatan saya ada kaitan dgn cara kerja? memang cara hidup diperkatakan memberi kesan kpd kesihatan kita. tadi saya cadangkan kpd pelajar saya utk lakukan kajian berkaitan kesihatan dan gaya kehidupan. Sebab tajuk asal saya berkaitan 'burnout' tak diterima pensyarah yg mengajar.

antara sebab seseorang ,mengelak drpd memegang jawatan pentadbir akademik adalah berkaitan masa. staf yg kerja sambil lewa menganggap seorang staf akademik mempunyai banyak masa kerana hanya mengajar sahaja. Ini adalah tanggapan yg kurang bijak. Maka ada staf akademik yg berebut utk jadi pentadbir akademik kerana tidak boleh bekerja sebagai seorang ahli akademik.

Tiada ulasan: