Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 10, 2010

Bukan Mudah Menjadi Pemimpin

Ramai yg ingin jadi pemimpin. Jika ada jawatan, kurang amanah mengajar. Mudah mendapat rezeki tambahan. Bagaimana dgn amanah lain yg datang bersama jawatan?

Ada yg dilihat jika tidak memegang jawatan akan resah selalu. Kenapa begitu? Jika hendakkan sangat jawatan sebagai pentadbir akademik, lebih baik jangan jadi ahli akademik. Jujurlah dgn diri dan masyarakat. Cukuplah bermuka2. Hampir semua orang sudah tahu. Di khalayak ramai kononnya tak berminat, tetapi dimaklumkan sentiasa cuba mendapat jawatan.

Sebenarnya setiap kita adalah pemimpin. Setiap duduk pada satu atau lebih takhta. Dan setiap mempunyai kuasa yg datang dgn jawatan. Dan dgn jawatan dan kuasa datang bersama tugas dan tanggungjawab. Dan juga amanah. Ingatlah bahawa setiap yg kita terima, kita perlu jawab (accountable). Jika tidak di dunia, di akhirat sudah pasti.

Manusia sering berada dlm kerugian. Maka manusialah juga perlu saling mengingati. Ilmu adalah antara senjata utk persiapan ke akhirat. Sentiasalah menambah ilmu utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: