Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 01, 2010

2010 Hari Pertama

Hari ini hari pertama 2010. Saya 'confuse' kata2 bahawa dekad(10 tahun)pertama utk alaf 21 adalah tahun 2000-2009. Seingat saya dan sefaham saya tahun pertama tidak bermula dengan tahun 0 tetapi dgn tahun 1. Maka bagi saya sepatutnya dekad pertama alaf 21 adalah 2001-2010.

Alhamdulillah, tahun baru 2010 menyambung rahmat Allah sebagaimana 1 Muharram 1431 bermula pd hari Jumaat juga. Dalam kalender Islam, saya rasa hari baru bermula dengan masuknya waktu maghrib. Bagi kalender gregorian, tahun baru bermula pd 12.00 tgh malam. Dan kita diingatkan bahawa apabila Nabi Muhammad s.a.w ditanya bilakah kiamat, jawapannya adalah seumpama berikut,'Aku diturunkan pada waktu asar dan kiamat adalah pada waktu maghrib'. Maknanya (lebihkurang) kiamat sangatlah hampir.

Ramai orang merancang pelbagai resolusi apabila tahun baru menjelang. Saya tidak terkecuali. Tetapi rancangan saya dan doa saya sentiasa adalah 'semoga saya, ahli keluarga, saudara dan sahabat serta umat Islam mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat. Pada setiap jumaat akan ada doa berikut dibaca mengharapkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Allah masih pemurah kepada kita dgn memberi kita masa lagi utk bersedia dgn bekalan ke akhirat. Gunakanlah masa yg diberi sebaik2nya. 2010 hanyalah masa kiraan di dunia. Di akhirat jua kita kekal selama2nya.

Tiada ulasan: