Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 03, 2010

Bertugas di Terengganu

Hari ini saya di Merang, Terengganu. Esok saya akan bertugas di Setiu, Terengganu. Esok malam saya akan balik Selangor. Kalau eloknya, kurang2 dua hari bertugas di satu2 lokasi. baru berbaloi kos perjalanan. Ni tak sempat hilang penat dah balik semula ke Selangor.

Petang tadi kapal terbang ke Kuala Terengganu hanya memuatkan saya anggarkan tak sampai 20 penumpang. Dan di tempat penginapan saya hanya 4 buah bilik sahaja mempunyai tetamu. Jadi tugas saya ke Terengganu seolah2 macam tugas ekslusif. Memang selalunya apabila menaiki kapal terbang ke Terengganu penumpang tidak seramai penumpang ke Kota Bharu.

Bersebelahan dgn tempat penginapan saya adalah sebuah kem PLKN. Semasa sampai tadi kelihatan bas2 milik PLKN yg baru. Tiada lagi menggunakan bas2 kontraktor. Malam ini adalah malam kedua (tak silap saya) bagi peserta PLKN sesi ini.

Saya makan hanya di resort sahaja. Nak keluar jauh. Dan untuk kawan2 atau saudara datang untuk bertemu dan melayan saya juga jauh. Jadi, internet menjadi teman selain tugas2 untuk esok dan sebelum kuliah bermula. Kita sentiasa mendoakan yang terbaik daripada Allah (Tuhan Yang Maha Esa) untuk kita, keluarga, saudara dan sahabat.

Tiada ulasan: