Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 07, 2010

Dorongan dan Halangan

Kita lebih suka gunakan motivasi menggantikan dorongan. Ianya ada kaitan dgn kepuasan kerja, pengurusan stres, burnout dan produktiviti. Begitu juga dgn halanagan, iaitu sebalik kpd dorongan.

Saya mulakan semester ini dgn mendorong pelajar saya utk menggunakan peluang belajar di uitm dgn sebaik yg mungkin. Saya mendorong rakan2 utk mengambil phd. Saya mendorong saudara dan kawan2 menamatkan phd. Saya kekadang terlupa mendorong diri saya sendiri. Kesan dgn tiada atau kurang dorongan boleh menyebabkan objektif tidak tercapai.

Seorang sahabat telah memberi pelbagai dorongan kpd saya. Malangnya saya telah tidak memahamai dorongan beliau. Maka kesannya beliau terdorong utk mencari kebahagiaan dgn yg lain. Maka selain drpd dorongan, kita perlu tahu utk melihat dan mengenali peluang yg muncul utk kebaikan kita. Ini memerlukan ilmu dan adakalanya bantuan drpd pihak lain.

Kita mampu merancang. Perancangan perlukan usaha. Selepas berusaha kita hendaklah bertawakal. Hanya Allah yang berkuasa menentukan.

Tiada ulasan: