Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Januari 05, 2010

Kuliah Pertama Bersama Pelajar FSR Jan 2010

Alhamdulillah, hari ini kuliah pertama sps233 dan srb201 berjalan dgn lancar. Hampir kesemua pelajar hadir. Dan saya mulakan kuliah dgn mengucapkan tahniah kpd para pelajar kerana kembali semula ke uitm.

Untuk sps233, hanya 1 jam shj tadi. jadi bebelan saya tidak selama srb201, kuliah selama 2jam. Pelajar srb201 merupakan kumpulan pelajar di mana saya adalah penyelia akademik/ academic adviser mereka sejak semester lepas. Pada semester lepas antara aktiviti kami adalah berbuka puasa bersama2.

Saya ingatkan dan ingin mereka sedar tujuan asal mereka di uitm. Gunakanlah peluang yang diberikan sebagai pelajar uitm untuk kebaikan dunia dan akhirat. Kita berada di uitm utk berkongsi ilmu. Ilmu adalah aset yg terbaik utk kita.

Pada petang pula saya bersama seorang pelajar sarjana dan pelajar sr221 sem5. Masing2 ada perkara yg ingin dibincangkan dgn saya. Saya maklumkan kpd para pelajar yg ingin berjumpa saya, sila sms terlebih dahulu. Jika amat2 penting, telefon saya. Kepada para pelajar semua, selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar. jalankanlah dgn penuh amanah.

Tiada ulasan: