Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Januari 19, 2010

Hidup Penuh Dgn Pura2 dan Lakunan

Seperti biasa, cerita lama berulang tayangan. Pelakon utama melakonkan skrip yg sama. Pelakun yg bercita2 menjadi hero dlm cerita mula berlakon utk pengarah yg baru.

Maka setiap kali pemimpin baru masuk, pelakun tambahan akan cuba menunjuk2 seolah2 dia layak menjadi hero. Atau lagi baik sebenarnya, dia dpt jadi pengarah filem selepas pengarah sekarang. Pada penonton2 yg tahu kisah sebenarnya, pelakun tambahan tersebut hanyalah seorang badut shj. Adakalanya lebih baik dok diam2 aje.

Penonton2 dan ahli warga kerja sudah tidak ingin melihat lakunan jenaka badut yg sama. Cukuplah dgn lakunan yg penuh kepura2an. Ramai yg dah meluat dan loya dgn cubaan lakunan yg tidak digemari.

Juri dan penonton telah membuat pilihan dan undian. Walau pun keputusan rasmi tidak diumumkan, calon pelakon yg layak menggantikan pengarah dahulu bukanlah badut yg merosakkan majlis. Tetapi kerana pelakon yg dihormati penonton tidak mahu menjadi pengarah baru, maka penerbit filem telah membawa masuk pengarah drpd luar utk menerajui syarikat.

Maka badut pun terus menggigit jari. Selepas pengarah pertama, badut gagal,. Selepas pengarah filem kedua hinggalah baru2 ini pengarah ke 5 (selepas pemangku pengarah), tiada yg sudi menerima atau melantik badut menjadi peneraju syarikat. Doa orang2 yg dizalimi dimakbulkan oleh Allah Yang Maha Adil. Syukur kpd Allah, Tuhan Yang Satu.

Tiada ulasan: