Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 28, 2010

Port Dickson

Saya bertugas di PD pada 25-26 Jan. Saya ke PD pada 25Jan, bertugas di Pasir Panjang pd 26Jan dan kembali ke kawasan pd 26jan. Penat juga rasanya.

Saya ke PD dan ke tempat2 lain utk menjalankan amanah sbg ketua UKK. Walau bagaimana pun,akan ada mereka yg ingat saya p makan angin shj. Betul, saya p PD saya makan angin. Saya buka mulut saya dan telan angin semampu yg boleh. Tak percaya, tanyalah pegawai pengiring saya.

Semasa makan tengahari, saya dijamu dgn assam pedas. bestnya dapat menikmati juadah yg sinonim dgn sesuatu tempat. Kami dihidang dgn 3jenis assam pedas, ikan pari, ikan cencaru, dan ikan sembilang. Tak mampu nak dihabiskan semua. Banyak sangat. Sampai berpeluh2 saya semasa makan satu tanda masakan adalah sedap.

Walau pun hotel saya di pantai, namun saya tidak sempat nak menikmati keindahan alam di pantai kerana kesuntukan masa. maklumlah, saya ke PD utk bekerja, bukan utk bersantai.

Tiada ulasan: