Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 03, 2010

InsyaAllah - Dgn Izin Allah (Tuhan Yang Satu)

Semalam alhamdulillah,nenek saya berkata2 satu ayat penuh. Beliau ditanya oleh makcik saya yg bongsu jika ada pesanan utk saya sampaikan kpd seorang pakcik yg tinggal berhampiran dgn tempat yg saya akan bertugas esok. Nenek saya berkata, 'Nok pese gapo' dgn jelas didengari oleh makcik bongsu saya dan saya.

Sebelum itu beliau nampak sangat gembira dgn lawatan ahli keluarga. Beliau akan menghulurkan tangannya kpd setiap pelawat dan akan menggenggam dgn kuat setiap tangan yg dihulur kpdnya. Beliau juga tersenyum gembira apabila dicium dimukanya oleh cicit yg berusia setahun. Cicit tersebut menciumnya berulang2kali dan turut memicit lengan nenek saya.

Semasa di Kuantan, seorang sahabat mencadangkan sejenis ubat utk diambil nenek saya untuk sembuh drpd serangan strokenya. Cuma ada dua isu, satu -harga, dan kedua-kandungannya. Isu pertama tiada masalah, manakala isu kedua dikira sebagai darurat. Terima kasih kpd Dr Muhsein kerana pandangan seorang neurosurgen. Bukan aje bagi nasihat malah bagi makan free pulak kpd saya. Dan semalam adik saya maklumkan memang nenek saya sedang mengambil ubat yg dicadangkaan oleh kawan saya.

Kita tiada upaya melainkan dgn izin Allah, Tiada Tuhan Melainkan Allah. Allah, Tuhan yang Maha Esa.

Tiada ulasan: