Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 01, 2010

Resolusi Awal Tahun dan 1 Malaysia

Seperti biasa, menjelang awal tahun, ramai membuat resolusi atau matlamat baru. Dan matlamat sepatutnya berdasarkan fakta lepas. Antara matlamat pilihan utama adalah menjaga kesihatan.

Ramai yg bercadang pada tahun baru utk jaga kesihatan. Termasuklah saya. Utk jaga kesihatan ada dua (2) perkara perlu dijaga iaitu pemakanan (diet) dan senaman (exercise). Jika jaga makan tapi tak bersenam tak guna. Begitu juga jika kita bersenam tapi tak jaga pemakanan, tak guna juga utk kesihatan.

Maka saya pun letak matlamat utk jaga pemakanan dan lebih bersenam. Hari ini hari pertama 2010 bermula dgn baik ke arah mencapai resolusi kesihatan saya. Saya makan ala kadar sahaja di siang hari. Tapi tadi selepas maghrib, saya ke rumah jiran utk hadir ke jamuan bulanan yg diadakan secara bergilir2 diantara beberapa jiran.

Jamuan bulanan kami adalah contoh 1 Malaysia kerana jiran yg hadir drpd pelbagai bangsa dan agama. Perjumpaan bulanan merapatkan hubungan antara jiran yg jarang berjumpa. Saya puji mereka yg memulakan jamuan bulanan ini.

Tiada ulasan: