Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 01, 2010

Keadilan dan Kezaliman

Setiap kita adalah pemimpin. Kita menjadi pemimpin bergantung kpd keadaan. Ada yg menjadi pemimpin secara rasmi. Ada yg jadi pemimpin secara tidak rasmi.

Ada yg berminat utk jadi pemimpin. Ada yg tidak minat menjadi pemimpin. Maka bagi yg berminat ada pelbagai cara utk capai impiannya. Ada yg berusaha secara adil. Ada yg berusaha secara zalim. Yg secara zalim akan melakukan fitnah terhadap mereka yg dia rasa boleh menggugat peluangnya menjadi pemimpin.

Setelah menjadi pemimpin, ada yg bertindak secara adil. Ada yg bertindak secara zalim. Seorang lelaki adalah pemimpin kepada seorang perempuan. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Kelebihan seorang lelaki berbanding seorang perempuan adalah selalunya kekuatan fizikalnya. Seorang perempuan secara umum dianggap lemah berbanding seorang lelaki secara fizikal.

Apabila seseorang salah guna kuasa atau kelebihan yg ada kita akan mengatakan beliau seorang yg zalim. Jika seseorang bersifat zalim dan menyalahi peraturan agama, saya tidak tahu apakah hendak dipanggil. Dalam kehidupan ini, banyak kezaliman saya lihat dilakukan oleh lelaki kepada perempuan. Kezaliman dilakukan melalui mengambil peluang apabila seseorang perempuan itu telah jatuh cinta kepada seorang lelaki.

Ada kezaliman dlm bentuk fizikal. Ianya berbentuk kecedaraan atau lebih teruk membawa kpd kematian. Ada kezaliman dlm bentuk emosi. Ada juga kezaliman dlm bentuk psikologi. Jika ianya diketahui tetapi kita tidak berupaya membantu mangsa, kita akan berasa teramat kecewa.

Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar sentiasa dilindungi dan dipelihara kesihatan dan keselamatan saya dan keluarga daripada niat dan angkara buruk serta kezaliman daripada makhluk2Nya.

Tiada ulasan: