Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 21, 2010

Pecah Amanah atau Rasuah

Semasa menikmati segelas air kosong di pantri FSR saya membaca kesalahan yg didefinisikan sebagai rasuah. Antaranya adalah tuntutan palsu.

Dalam bidang akademik, banyak juga berlaku tuntutan palsu. Antaranya membuat tuntutan gaji untuk mengajar kursus yg bukan bidang kita. Ianya seperti mengajar kursus yg kita tidak layak mengajar kerana tidak mempunyai kelayakan berkaitan.

Membuat tuntutan perjalanan dan penginapan yg tidak ditanggung juga merupakan satu tuntutan palsu. Pelaku boleh dipenjarakan dan/atau didenda. Dan tuntutan palsu ini selalunya juga diiringi dgn dokumen palsu sbg bukti palsu.

Bagaimana dgn plagiat, iaitu mengambil tulisan pihak lain dan mengakui sbg hasil kita? Adakah ianya satu bentuk rasuah? Jika benar, maka ini akan memudahkan beberapa kes dlm siasatan. Doakanlah agar kes2 ini cepat selesai. Dan doakanlah antara denda kpd pesalah adalah membayar balik semua tuntutan dan pencen ditarik balik selain denda tambahan. Allah Jua Yang Maha Mengetahui.

Tiada ulasan: