Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 01, 2010

Kembalinya Jemaah Haji

Kebetulan semasa saya kembali dari Kota Bharu minggu lepas, di ruang mengambil barangan adalah jemaah haji dari tanah suci. Dan semasa saya keluar ke tempat menunggu, kelihatan sanak saudara sedia menanti ahli keluarga mereka.

Fakulti saya turut mempunyai wakil mengerjakan haji pada musim ini. Di antaranya adalah Hj Hamdan Ahmad (mantan timbalan dekan) dan datin hajah (atau hajah datin) Sarina. Selamat kembali ke Malaysia. Semoga haji anda semua mendapat barakah dan merupakan titik permulaan ke arah hidup yg lebih baik di dunia dan akhirat.

Sebelum para jemaah pergi ke tanah suci, adalah menjadi kebiasaan utk mereka ataupun ahli keluarga mengadakan jamuan. Dan semasa jamuan ini, mereka yg pernah mengerjakan haji akan berkongsi keseronokan mengerjakan haji. Prof Kamil membukukan pengalaman beliau dlm 'bestseller' Travelogue Haji. Perlu kita sedar bhw mereka yg mengerjakan haji mendapat peluang seumpama seorang bayi yg baru lahir utk memulakan hidup di dunia. Ianya seolah2 buku catitan kita adalah sebuah buku baru.

Tetapi ramai yg salah faham tentang mengerjakan haji. Ada yg masih melakukan perkara2 yg bersalahan dgn agama. Tapi apabila bercakap lain, buat lain. Dan di depan nama jika ditulis mesti ada perkataan haji atau hajah. Adakah ini tanda haji yg dikerjakan tidak mendapat barakah?

Tiada ulasan: