Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mac 31, 2013

Majlis Kenduri Lagi

tengahari tadi ke majlis kenduri saudara. dekat templer's park. perjalanan pergi cepat kerana melalui gce dan latar. perjalanan balik lama sedikit kerana nak jimat bayar tol.

selepas maghrib tadi ke kenduri saudara sabit. di sunway. entah macamana, wira dpt parking sebaris dgn kereta yg berganda2 mahal. tapi kosnya rm20. takpe. satu pengalaman parking di tempat utk kereta mahal dan tuan kereta yg mampu bayar letak kereta.

kenduri kahwin melibatkan kos kpd tuan rumah dan kpd tetamu. kos duit dan kos masa. kehadiran di majlis perkahwinan juga menghasilkan pulangan. berupaya merapatkan hubungan dan membina hubungan baru. jadi majlis kenduri kahwina mempunyai kos dan kebaikan kpd kedua2 pihak yg terlibat. tapi kita sedaya upaya mengharapkan ganjaran melebihi kos.

Komen Budak2

secara naluri kita suka komen. budak2 pun suka komen. ada kalanya komen budak2 adalah secara ikhlas dan berniat baik. itu kalau budak2 bawah umur.

saya membaca komen berkaitan program kemahiran insaniah yg saya sebagai penceramah. spt biasa ada komen positif, ada komen negatif dan ada yg tiada komen. kita aka terasa apabila membaca komen. terasa positif jika komen positif. dan biasanya juga terasa negatif jika komen negatif.

tetapi cuba kita berminda positif. komen negatif diandaikan utk jadikan kita lebih baik. dan komen negatif adalah memaklumkan kpd kita bhw kemungkinan yg bagi komen tidak sampai tahap cara kita berkomunikasi. jadi, tidak kira apa jua komen, jadikan sebagai rujukan utk perbaiki diri kita. ada kalanya yg amsuk lambat, yg tidur, yg tak masuk langsung juga berupaya memberi komen membina.

Layan Macam Budak

budak dikatakan sbg yg fikiran masih tak matang. masih tiada ilmu cukup. maka tindakan mereka perlu dilayan dgn sama ada ganjaran atau hukuman. mungkin dgn rotan.

semalam ada program kemahiran insaniah utk pelajar tahun 2 fakulti. mengikut peringkat pengajian, mereka di dah di peringkat pengajian tinggi. mengikut umur dah di penghujung atau bukan lagi remaja dan sudah tentu bukan lagi umur budak. tetapi perangai dan tingkahkah laku masih macam budak. selepas diberi minum pagi, saya dapati ramai yg 'berak' merata dan harapkan orang lain bersihkan 'kotoran' yg ditinggalkan. sedangkan bekas sampah disediakan banayk dan dekat.

jadi, selepas ini saya akan melayan mereka ini spt melayan budak2. program meningkatkan insaniah macam tak berhasil positif.

Jumaat, Mac 29, 2013

Curi Ilmu

curi ilmu orang lain utk untung sendiri shj. kalau plagiat dalam penyelidikan adalah menyatakan apa yg dikatakan orang lain tanpa menyatakan orang yg menyatakan.

secara logiknya ilmu tak boleh hilang. tak boleh dicuri. tak boleh dirompak. sebab ilmu tak boleh kita nampak. kecuali ditulis. maka jika ditulis akan senang dicuri atau dirompak. banyak dilakukan. oleh golongan 'terpelajar' dan bukan terpelajar.

selain plagiat melalui penyelidikan, curi ilmu juga berlaku apabila kita fotostat buku tulisan orang lain dan kita jual hasil fotostat.  atau kita ceduk tulisan orang lain dan akui sebagai buku kita. atau kita minta orang lain sediakan maklumat utk seminar dan kemudiannya kita bagitau seminar tak jadi, tetapi kita gunakan maklumat disediakan utk kita bentangkan dan dapat bayaran.

jadi, jika pencurian ilmu spt dinyatakan di atas berlaku, apakah tindakan sewajarnya kpd pencuri? potong tangan? potong lidah?

Khamis, Mac 28, 2013

Makan Kambing Lagi

tadi selepas solat maghrib di surau, sebuah keluarga ingin memenuhi hajat. ianya melalui majlis bacaan yasin. sbg harapan dan kesyukuran utk anak2.

dan menu utama adalah beriyani dgn kambing. lelaki dan perempuan sama bersemangat utk menjamu selera selepas solat isyak. kanak2 paling bersemangat. apabila saya keluar dari ruang solat, telah ramai ahli jemaah yg sedang menjamu selera. selain kambing dgn nasi, ada juga capati. ada juga mee jawa. dan tidak lupa buah2an. terima kasih kpd tuan rumah.

menjamu selera bersama jiran amat seronok kerana majlis sebegini mengeratkan hubungan dikalangan jiran. ianya juga bagus seumpama yg dilakukan di kampung tradisional. walau pun di 'kampung moden' keakraban dikalangan ahli kariah amat rapat. dari kanak2 sehingga yg berusia lebih 60tahun. alhamdulillah.

Kejayaan adalah Menggembirakan Ibubapa

itulah jawapan yg diberi oleh anak kpd bos saya di canseleri. itulah juga jawapan yg saya setuju berkaitan kejayaan.

dan saya harapkan pelajar saya sedar dan setuju dgn definisi kejayaan di atas. kaitannya. berjaya dlm hidup dpt capai matlamat. matlamat hidup adalah sejahtera dunia dan akhirat. sejahtera dunia dan akhirat adalah berjaya gembirakan kedua ibubapa. dan antara menggembirakan ibubapa adalah dgn berjaya menamatkan pengajian di uitm. menggembirakan ibubapa dgn tidak memalukan mereka.

menggembirakan ibubapa juga dgn membawa mereka utk solat berjemaah di surau/masjid. dan gembira bapa apabila dapat menjadi bilal utk waktu solat. gembira ibu apabila melihat bapa dan anak solat di belakang imam di saf hadapan. senangkan utk berjaya dlm hidup dan di akhirat?

Pening Statistik

tadi hadir seminar kebangsaan dan agm ism. sy rasa sy aje yg tiada bacelor atau master atau phd dlm matematik atau statistik. tapi sy ahli seumur hidup. gatal?

sy hadir utk tingkat ilmu dlm statistik. juga utk luaskan jaringan kenalan baru dan eratkan kenalan lama. sebelum agm nboleh faham. lepas lunch memang tenggelam, lemas dgn kajian terperinci menggunakan terma statistik. sy dengar tentang kajian angin, kemarau dan kaitan pasaran. lepas tu senyum ajela.

insyaallah lps ni dah jumpa yg boleh tolong bila nk buat research.

Rabu, Mac 27, 2013

Persepsi

persepsi atau andaian. dan ada kaitan dgn jangkaan.jika negatif maka berkaitan dgn tiada harapan.

spt komen ramai, kita biasanya akan beri persepsi negatif walau pun hanya sekali buat perkara negatif berbanding buat perkara positif yg banyak sebelum ini. ianya satu kebiasaan bagi kebanyakan manusia. dan jika perlakuan negatif berlaku ketika yg akan beri persepsi berada dlm mood yg negatif atau tidak puashati, maka perlakuan negatif yg biasanya tak dihiraukan akan dijadikan satu perkara yg besar. manusia.

jika berkaitan kerja, ianya ada kaitan dgn burn out iaitu persepsi negatif timbul drpd mereka yg sama asyik kena bekerja berbanding pihak yg dinilai. mereka yg asyik2 dia aje kena buat kerana yg malas buat asyik bagi pelbagai alasan utk tak kena buat. dan sampai pada satu masa, yg malas, yg banyak bagi alasan, yg curi tulang akan dipulaukan. walau ada gelaran, ada pangkat, ada jawatan, tetapi kesediaan pihak lain utk bekerja dgn dan bersama yg malas adalah kosong. sebab yg malas dianggap sebagai tiada nilai kpd organisasi. iaitu nilai pemalas adalah kosong kosong kosong.

Jika Hati Tiada Lagi

jika hati sudah tiada lagi utk bertugas dgn ikhlas, maka lebih baik berhenti ajelah. janganlah dimakan gaji tanpa dilakukan tugas hakiki.

apabila ramai yg komplen, dari yg lama kpd yg baru, maka tentu adalah 'valid' persepsi terhadap seseorang atau sekumpulan orang. mungkin boleh berbangga dgn pangkat. mungkin boleh berbangga dgn gelaran dan nama. mungkin boleh berbangga dgn harta yg ada. mungkin boleh angkuh dgn segala2nya kecuali rasa hormat secara jujur dan ikhlas daripada orang lain. maka kesannya kita hanya syok sendiri. kita rasa kita berjaya tetapi hakikatnya adalah sebaliknya.

fikirlah tentang rezeki yg diterima. rezeki yg dikongsi dgn keluarga. rezeki yg dikongsi dgn orang yg kita sayang. halalkah? maka jika hati sudah tiada utk ikhlas berkhidmat utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran, eloklah berhijrah ke tempat yg kita sudi berkhidmat secara ikhlas.

Kes Perbincangan Sukan dan Rekreasi

dalam kelas kalau bincang atau kongsi teori memang boleh cepat tersengguk2. jadi seorang yg berpengetahuan akan menggunakan teori yg diketahui utk diaplikasi kpd keadaan semasa. ianya akan memberi kesedaran kpd pelajar keperluan pengetahuan dlm kursus diambil.

saya suka menggunakan kes semasa dan lampau sebagai perbincangan dgn pelajar. ianya boleh mengelak kelas bersifat akademik dan teori shj. kes mungkin kes baru atau kes bukan baru. tapi yg penting ianya dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar. ianya juga utk mengelak drpd saya dipanggil pengetahuan atau kelayakan kertas shj. ianya mungkin merujuk kpd kelayakan akademik diterima atau buku yg diguna. maka pelajar dihasilkan hanyalah bagus drpd segi teori.

antara bacaan tambahan utk perbincangan ialah membaca cerita2 p ramlee. banyak boleh dikaitkan dgn perakaunan dan kaunseling. lagi kerap kita tengok, lagi banyak perkaitan dgn kehidupan.

Selasa, Mac 26, 2013

Kenapa Along Macam Tu?

'along, kenapa abang tendang ibu? kenapa along sakitkan ibu? tengok tu ibu menangis sebab along tendang ibu' ujar angah.

jawab along,'tak pelah angah. kan abah biasa buat kat ibu macam along buat. abah kan biasa kita tengok sepak terajang tendang ibu. kalau tak tendang, abah akan tampar ibu. kalau abah buat kat ibu macam tu, maknanya betullah apa yg along buat kat ibu. along ikut apa abah buat. along kan lelaki macam abah'.

tambah along,'lagipun atuk pun buat benda yg sama kat nenek. abah bagitau masa along tanya abah kenapa dia tendang dan sepak ibu. abah pun jawab apa yg abah buat betul sebab abah ikut macamana atuk buat kat nenek'.

sedih angah mendengar jawapan along. sedih angah melihat ibu dilayan teruk oleh abah. sedih angah mengetahui bahawa nenek pun dilayan dgn buruk oleh atuk. angah hairan, kononnya atuk dan abah orang 'kuat agama'. tapi perlakuan kpd kaum wanita bukan macam orang beragama islam. angah berjanji kpd diri, ibu dan nenek. bila angah lagi besar drpd abah, atuk dan along, angah takkan biarkan apa yg abah, atuk dan along buat berterusan. semoga harapan angah menjadi kenyataan.

Kepada Allah Kita Berserah

hanya allah yang mengetahui perancangannya. kita mampu berdoa, berusaha.

jodoh tidak semua berakhir dgn kebahagiaan. mungkin sebelum saha sbg suami isteri, nampak mcm bahagia. mungkin semasa berkahwin nampak mcm bahagia. tetapi tuan punya badan lebih tahu. dan ramai yg sebenarnya cuba mengkaburi keadaan diri dgn cuba menonjolkan seolah2 bahagia. tetapi sebenarnya derita.

dlm kaunseling, kita mengajar utk kasihkan seseorang. kasihkan dia supaya dia sedar bhw dia sendiri mesti kasihkan diri sendiri. dan klien perlu ingin berubah kpd keadaan yg lebih baik. pemilihan dan keputusan serta tanggungjawab hasil keputusan adalah di tangan klien. jadi, jika klien belum ada kesedaran utk kebaikan diri, maka kaunselor hanya boleh berdoa setelah berusaha membantu melalui proses kaunseling.

Jodoh Kita

ada yg bagitau pilihlah pasangan berdasarkan 4 perkara. kecantikan. kekayaan. keturunan. dan agamanya. selalunya ramai yg pilih 3 yg pertama. yg terakhir diletakkan sbg syarat cukup2 kira oklah. tetapi kita dibagitau bhw jika yg terakhir iaitu dasar agama dijadikan dasar utama, insyaallah kita akan bahagia.

secara umumnya bukan senang nak menilai tahap setiap dasar tersebut. bagaimana nak katakan amat cantik? kurang cantik. amat kaya. cukup kaya. tak kaya. keturunan baik. keturunan kurang baik. tiada keturunan sbg rujukan. agama yg cukup. tiada agama.

maka akan ada yg walaupun cukup 4 dasar, tetapi masih tidak bahagia.

Isnin, Mac 25, 2013

Banyaknya Masa

masa kita adalah ujian. masa yg sedikit adalah ujian. masa yg banyak pun ujian kpd kita.

jika pandai mengurus masa, kita pandai guna masa utk kebaikan diri, masyarakat dan persekitaran. kita gunakan masa dgn sebaiknya. utk kemajuan diri, masyarakat dan persekitaran. dan kita akan rasa bersyukur dgn masa yg ada. tidak ada baki masa utk buat benda yg menyusahkan diri, masyarakat dan persekitaran.

sejarah beberapa sukan bermula kerana orang ada banyak masa. maka dicarikan aktiviti utk isi masa. mereka yg banyak masa ni adalah mereka yg kaya di dunia. banyak harta. tak perlu buat kerja. lama2 mereka tambah elemen perjudian ke dlm sukan. dan mereka gunakan masa utk melihat sukan dgn melakukan benda2 tidak berfaedah pula.

jadi tidak semestinya banyak masa itu bagus. jika kita banyak masa, gunakanlah utk perbaiki diri. bukan utk kononnya cari kelemahan orang lain, utk tutup kelemahan diri sendiri. janganlah perangai macam budak2. apabila orang menyampah, ianya macam nilai sampah yg tak berharga kpd masyarakat.

Ahad, Mac 24, 2013

Harapan

tadi boleh dilihat di mata ibubapa harapan supaya anak2 mereka mendapat peluang belajar di uitm. mengikut statistik yg diumumkan, lebih drpd 1juta pengunjung ke selangkah ke uitm 2013.

jika nombor dibahagi 3, iaitu yg hadir adalah ibubapa dan seorang anak, maka secara kasar terdapat lebih 300ribu mereka yg berminat utk belajar di uitm. dan uitm hanya menerima secara kasar hanya 30ribu shj pelajar pada setiap tahun.

bagi pelajar2 uitm terutama di fsr, saya suka sedarkan mereka utk gunakan peluang yg telah diterima iaitu sebagai pelajar uitm. pastikan anda tamat pengajian dgn segulung ijazah. pasti harapan kedua ibubapa dapat disempurnakan sebahagiannya dgn kejayaan pelajar menamatan pengajian di uitm.

Terlebih Manja

pagi tadi saya ada slot kemahiran insaniah bersama pelajar fsr sem2 bacelor. pelajar sr221 mengikuti kursus perakaunan bersama saya pada sem ini.

pelajar sr221 memberi respons lebih berbanding pelajar sr223. mungkin sebab dah tahu cara saya. terima kasih kepada bad sr221 kerana tumpangkan saya ke datc pada waktu tengahari. walau bagaimana pun, niat uitm utk tingkatkan ki pelajar mungkin tidak tercapai. slot bermula 8.30 tetapi ada yg selepas jam 9pagi baru masuk. mungkin penat? tetapi ianya mungkin tanda tak hargai usaha uitm membantu memberi tambah nilai kpd bakal graduan?

saya cuba elak manjakan pelajar. jika dimanjakan, lebih banyak buruk drpd baik. contohnya tadi saya lihat ada yg buang sampah bungkusan makanan merata2 walaupun ada disediakan bekas sampah. adakah kerana sebab mendapat makan minum percuma. dan mungkin juga yuran yg rendah menyebabkan ada pelajar yg tak hargai peluang belajar di uitm? spt saya ingatkan tadi, kehadiran pelajar di uitm adalah membawa amanah keluarga. sempurnakan sebaik mungkin.

Jumaat, Mac 22, 2013

Nikmat Makan Tidak Banyak

kita digalakkan bersyukur dgn rezeki yg kita terima. tidak kecil atau besar. ianya tetap rezeki drpd allah tuhan yg maha esa.

mungkin sebab kesedaran, saya cuba kawal pemakanan saya. beberapa malam yg lepas ada majlis di surau. kebiasaannya saya akan mengambil kambing dlm kuantiti yg banyak. utk memuaskan nafsu makan. tetapi pada malam tersebut saya hanya mengambil kuantiti sebesar satu genggaman tangan saya. tadi juga saya makan sedikit shj selepas perjumpaan dgn staf kuib. ditegur oleh staf. mungkin sebab dah makan terlebih dahulu.

tetapi kesedaran kaitan antara pemakanan dan kesihatan diingatkan dgn kepergian seorang kawan lama kerana sakit jantung. kita kaitkan dgn pemakanan yg lumayan. jadi selagi terdaya, beringat2lah apabila nak makan. makan sedikit pun juga ada nikmatnya. kalau berpuasa nikmatnya masa berbuka.

Sekadar Termampu

saya ingat semasa kecil dahulu semasa saya balik ke rumah nenek di kota bharu, beliau akan ke surau pada waktu maghrib. pada waktu siang hari beliau berniaga kain di pasar lama kota bharu. saya belum pernah berada di masjid muhammadiah di kota bharu.

ayah saya biasa ke surau untuk maghrib. adik saya biasa ke masjid. saya baru bermula. insyaallah jika termampu, saya akan cuba hadir ke surau atau masjid pada setiap maghrib pada setiap hari. ada kalanya maghrib di masjid uitm. ada sekali maghrib di surau sek3 shah alam. tetapi jika tiada berada di luar kawasan, saya akan cuba bermaghrib di surau dekat rumah.

sekarang jika sempat saya cuba balik ke rumah sebelum maghrib. kemudiannya membawa ayah ke surau. beliau jika dipanjangkan umur akan berusia 75tahun pada tahun ini. ini shj yg saya mampu. bukan menghadiahkan sebuah rumah. bukan menghadiahkan sebuah kereta. bukan wang yg banyak. sekadar membawanya ke surau pada waktu maghrib.

Tidak Kaya Harta

jika ingin dikatakan kejayaan adalah bergelar, berpangkat, berharta, maka saya tidak berjaya.

jika gaji bulanan jadi ukuran kejayaan, maka saya tidak dikira berjaya. jika kereta dipandu dikira berjaya, maka saya tidak berjaya. jika miliki rumah besar diandaikan sebagai berjaya, maka saya tidak berjaya. dan biasanya jika seorang yg berjaya adalah seorang yg bahagia. maka mungkin saya dikira bukan seorang yg bahagia.

tetapi saya gembira dgn apa saya ada. saya boleh diterima secara gembira apabila saya melawat ke sesuatu tempat. sama ada tempat baru atau tempat lama. dan saya bersyukur apabila kehadiran saya diterima dgn senyuman dan keikhlasan. sama ada di pejabat atau di masjid. ianya lebih bermakna drpd berkereta besar, bergelar, berpangkat tetapi kehadiran kita tidak dihargai malah mungkin dibenci.

Burnout dan Diri

antara topik penyelidikan pelajar yang saya suka adalah berkaitan burnout. iaitu alihbahasa saya bermakna habissumbu. bukan sumbu badak. tetapi sumbu lilin. hanya tinggal lilin shj. maka jika dicuba nyalakan api, memang secara logiknya tak akan menyala. kpd manusia, dah tak ada semangat atau tenaga utk bekerja walau pun kita kelihatan secara fizikal ok.

antara punca burnout adalah terlebih fikirkan tentang kerja. kita tidak pandai menolak desakan utk buat kerja waalu pun kita dah tak mampu secara fizikal, emosi, atau mental. jika kita tidak pandai menangani desakan/tekanan/pressure, maka tahap paling teruk adalah burnout. dan mengikut kajian, mereka yg banyak mengalami burnout adalah mereka yg amat tinggi produktiviti mereka. secara kasarnya mereka yg kurang atau tidak produktif tidak atau kurang mengalami burnout. mungkin sebab apabila dah tak boleh 'perform' maka tiada lagi permintaan atau desakan untuk 'perform' extra.

kebijaksanaan adalah penting dalam mengurangi atau mencegah burnout. ianya bekaitan ketegasan diri. kita perlu tegas (asertif) dalam menghadapi tekanan atau desakan drpd mereka yg agresif. mereka yg agresif sebenarnya adalah mereka yg lemah. mereka bertindak agresif untuk menutup kelemahan atau kekurangan yg mereka miliki.

Khamis, Mac 21, 2013

Ayah Orang Lain Pun Kerja

kenapa ayah balik lambat? ayah orang lain pun kerja juga. kenapa pa tak de masa dengan keluarga? pa kawan boy pun kerja juga. kenapa abah asyik sibuk aje sampai jarang nak makan malam bersama keluarga? abah kawan girl pun kerja juga? dan pelbagai lagi soalan anak dan ahli keluarga kpd papa yg kononnya sentiasa sibuk untuk kerja tetapi tiada masa utk keluarga.

masa kita di dunia amatlah terhad. janganlah kita menyesal apabila kita tiada lagi masa untuk bersama mereka yg kita sayangi. memanglah kita perlukan duit. tetapi duit adalah alat utk kita selesa hidup dan mati. kita tidak perlu segunung emas utk bahagia dlm hidup atau bahagiakan keluarga. jaga2lah kesihatan kita. dan pastikan rezeki kita adalah rezeki yg halal.

Rezeki Dikongsi

alhamdulillah semoga rezeki mereka dan kita sentiasa dimurahkan allah. pada selasa dua hari lepas, saya dibelanjakan secawan mocha di canseleri. compliment bukan complain drpd seorang kenalan yg juga staf di situ. minggu lepas, di cafe oia saya dibelanjakan secawan mocha oleh kawan yg bekerja di situ. pada hujung minggu ke, di dan dari pluitm, saya dibelanja makan dan minum oleh dekan fsr dan big bos uitm holdings.

semalam kp221 belanja saya makan tengahari. semalam ada kenduri aqiqah di surau dekat rumah. dan tengahari tadi dibelanja makan oleh kawan lama yg mula dikenali pada tahun 1981. insyaallah perjumpaan tengahari tadi akan membantu meningkatkan hasil bagi koperasi uitm.

budaya orang arab dulu2 adalah berkongsi rezeki apabila kita senang. dan apabila kita susah, orang lain akan kongsikan rezeki mereka dgn kita. hari ini hari dia. mungkin lain hari, hari kita utk berkongsi. jadi tak perlu lah kedekut sebab semua rezeki adalah milik allah.

Letih Layan Bebudak

letih melayan budak2. lagi letih kalau layan yg perangai macam budak2.

budak ni selalunya yg belum baligh. atau yg xcukup ilmu utk buat keputusan yg waras. yg hanya tahu dia aje betul yg rasa orang lain sentiasa salah. yg tak boleh tengok orang lain senang. yg sentiasa nak menyusahkan orang lain. yg akan buat perangai pelik2 utk dapatkan perhatian.

bebudak suka menunjuk2 kpd kenalan. biasalah nak 'action'. 'aku ada, kau ada?'. 'mak kita kan belanja kita makan kfc, dll'. 'bapa kita nak bawa kita pi oversea. kau pernah naik kapalterbang?' 'tengoklah jam aku ni. mak kita beli. kat shopping complex. mahal tau'. dll.

kalau nak senang bila berdepan dgn bebudak, jangan layan. senyum dan diam ajela. kasihanilah mereka yg tidak dpt perhatian dan kasih sayang. tapi kalau lebih2 kita 'rotan' aje.

Kenapa Ma?

tanya seorang anak kpd ibunya, 'ma rasa mak dah berjaya dlm kehidupan ma?'. jawab emaknya,'ya. kenapa?'. tanya anak lagi,'apa tanda ma dah berjaya dlm hidup ma?'. jawab mami, 'mami ada gelaran, pangkat, duit banyak, gaji besar, elaun banyak, kereta mahal, rumah besar, emas dan berlian, dll yg lebih drpd orang biasa, jadi tentulah mami dah berjaya dlm hidup mami'.

kata anaknya lagi,'tapi ma, kenapa ma nampak macam tak suka aje apabila ma di pejabat. ma balik rumah asyik komplen aje masa ma di pejabat. macam ma tak suka aje kerja ma sekarang. ma asyik 'migrain', sakitlah.' sampuk umi,'kenapa boy cakap macam tu?'.

tambah anak lagi,'jadi boy tak rasa ma berjaya dalam hidup ma. lagi pun boy tengok macam pekerja di pejabat ma macam tak suka kat ma. mereka tu macam mengelak drpd berjumpa atau tegur ma.' terdiam mama.

Kelas Kaunseling 20032013

tadi saya mulakan kelas kaunseling hari ini dgn meminta pelajar saya menghadiahkan bacaan alfatihah kpd roh arwah mereka yg telah kembali kpdNya. kemudiannya saya minta pelajar tulis apakah akan mereka lakukan jika mereka tahu bila mereka akan mati.

saya tidak meminta pelajar saya berkongsi dgn saya atau rakan2 sekelas tulisan mereka tadi. tetapi saya seronok kerana tugasan saya memberi kesan kpd pelajar. inilah yg saya inginkan melalui kursus sport counseling. satu cara utk saya berkongsi dan memberi kesedaran kpd pelajar fsr utk menggunakan peluang selagi ada sebagai pelajar dan sebagai hamba allah. saya inginkan setiap kelas dan tugasan membolehkan pelajar berupaya memberi refleksi yg positif.

kaunseling saya ibaratkan perkongsian ilmu. seumpama sesi pengajaran dan pembelajaran. ada masa pelajar jadi pelajar. ada masa pelajar jadi pensyarah


Rabu, Mac 20, 2013

Ujian dan Perasaan

hidup di dunia adalah ujian. hidup di dunia utk sediakan bekalan hidup di akhirat.

antara ujian di dunia adalah sakit. ujian juga dalam bentuk persepsi orang terhadap kita. memang kita akan terasa hati apabila diuji dgn kata2. kita biasa akan berasa marah dgn kata2 orang. kita biasa rasa sedih dgn kata2 orang.

tetapi kita lupa bhw jika kita anggap kata2 orang kpd kita sbg ujian, kata menjadi peringatan kpd kita. kata2 orang juga sebenarnya boleh menjadi pahala kpd kita. jadi berfikiranlah secara positif terhadap kata2 orang kpd kita walau pun kata2 itu diniatkan sbg kata2 negatif kpd kita.

Bersama Kawan2 dan Selamat Tinggal Kawan

semalam seperti biasa saya bersama kawan2 sekolah berfutsal. pada mulanya lama kami tunggu utk cukup kuorum. alhamdulillah adalah 9pemain termasuk seorang staf kawan dan seorang anak kawan. selepas kelas pada siang harinya ada beberapa pelajar saya ingin bersama berfutsal. saya maklumkan insyaallah di minggu hadapan.

pagi tadi saya terima sms drpd seorang kawan. beliau bertanya tentang seorang kawan yg terlibat dlm satu kemalangan pada semalam. setelah membaca emel dan fb, barulah saya tahu yg kawan tersebut telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di sg petani. dan mengikut post-mortem, arwah telah mengalami sakit jantung (puncanya 2 blockage) dan meninggal sebelum kemalangan berlaku. bersama2lah kita hadiahkan bacaan alfatihah kepada arwah dan mereka yg terdahulu kembali kpd Nya.

ada kala kita gembira bersama kawan. ada kala kita berduka dgn kawan. setiap kegembiraan dan kedukaan adalah peringatan kpd kita bhw kawan adalah seorang yg bersama semasa suka dan semasa duka.

Isnin, Mac 18, 2013

IIDEX 2013

alhamdulillah. iidex 2013 membuka tirai penyertaan saya bagi 2013. dan alhamdulillah, berjaya dapat gangsa walau pun mengharapkan minima perak atau emas.

terima kasih kpd ahli kumpulan, pn noridah dan pn jamatul. mungkin kalau masuk kategori pelajar ada peluang lebih baik? sebab kami bertiga adalah pelajar phd. seorang pelajar akaun, seorang pelajar komputer dan seorang pelajar psikologi sukan.

terima kasih juga kpd fsr yg menaja penyertaan kami. tahniah kpd para pemenang lain dari fsr dan bukan dari fsr. cuma saya sedikit terkilan hanya dapat berada di iidex pada hari jumaat sehingga tengahari shj. selepas jumaat sehingga ahad petang saya di kg gajah utk tugasan bersama ican sebagai wakil fsr.

Kelas Kaunseling

antara asas kemahiran kaunseling adalah mendengar. tetapi ianya sebaliknya yg dilakukan ramai pelajar di dlm kelas kaunseling saya.

tadi spt biasa ada yg sangat teruja dan banyak bercakap semasa kelas saya. walau pun saya sedang bercakap, mereka pun nak bercakap. jadi saya akan ingatkan mereka dgn perkataan 'fokus'. ada kalanya pelajar lain akan ingatkan kawan2 yg seronok berkata2 (tentang kaunseling atau sebaliknya) untuk mendengar apa yg sedang saya katakan.

saya nyatkan kesedaran adalah penting. dan antara kesedaran yg penting adalah kita ingin berjaya mencapai matlamat yg kita sasarkan. antara matlamat utama adalah membahagiakan kedua ibubapa. pesan saya kpd pelajar saya, 'grad pengajian anda dan anda akan membahagiakan kedua ibubapa anda'.

Tumpang

tumpang ada banyak mana. ada yg makna baik. ada yg makna tak baik.

prof shad baru2 ini menyatakan tentang etika sbg pensyarah. antara yg beliau lihat sbg tak beretika adalah yg melibatkan penyelidikan. beliau berpandangan bhw adalah tidak beretika bg seorang penyelia menyuruh pelajarnya melakukan penyelidikan dgn sedikit shj bantuan penyelia tetapi kemuadiannya menyuruh pelajar memasukkan nama penyelia dlm lapuran penyelidikan. seorang kawan baru2 ini menyatakan ketidakpuasan apabila penyelidikan yg dilakukannya dan apabila diterbitkan, nama penyelia dan kawan2 penyelia terletak sebelum namanya walau pun ada yg hanya tumpang nama shj.

saya juga tak berapa gemar menumpang dlm sesuatu projek. tumpang di sini bermaksud usaha tiada atau boleh dilakukan sesiapa shj selain saya tetapi nama nak diletakkan utk tumpang glamour. contohnya spt projek inovasi, saya rasa malu jika saya menumpang nama sebab saya sediakan template untuk poster penyertaan. jika saya tak malu dah tentu saya boleh mendabik dada menang pingat tambahan semalam.

Ahad, Mac 17, 2013

Terima Kasih Untuk Pengiktirafan

berada di kg gajah utk program ican membuat saya gembira. keadaan persekitaran yg syahdu dgn keindahan alam milik allah. kemewahan rezeki dgn makan minum disediakan 6kali sehari. dan yg paling penting dapat bersama kawan2 lama dan baru.

pada malam pertama saya ke kedai makan utk santapan malam. setelah saya bersalaman dgn kawan2 staf akademik, saya disapa oleh kawan2 bukan akademik. mereka adalah pemandu2 uitm dari pelbagai jabatan dan kampus. saya bersalaman dgn kesemua pemandu yg hadir seramai hampir 10orang. dekan saya pun turut bersalaman. mereka turut gembira seperti mana kawan2 akademik apabila berjumpa dgn saya.

semasa lab ican saya sempat bersalaman dan berbual2 dgn kawan2 lama dan baru. kawan2 dari ican. dari fakulti. dari jabatan. dari kampus. tak lupa dari pusat latihan sendiri. keselesaan dan kegembiran yg ditunjukkan mereka apabila bersama saya menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan hubungan yg wujud antara kami. terima kasih kpd semua. terima kasih kpd polis bantuan di pintu masuk yg menunjukkan pengiktirafan dlm bentuk tabik hormat ketika saya hendak kembali ke shah alam. insyaallah kita bertemu lagi.

Kaya Tetapi Miskin

kaya tapi miskin. itu antara kata2 dekan perubatan uitm semasa lab ican di kg gajah.

ianya berkaitan dgn menyumbang. ianya berkaitan duit. ianya berkaitan dgn hubungan sesama manuasia. jika kita susah nak menyumbang, maka kita masih lagi miskin. tetapi jika kita murah hati utk menyumbang, kita boleh dianggap kaya. sebab kaya dan miskin bukan berdasarkan kekayaan atau kemiskinan material spt kereta, rumah dan pelbagai lagi. ianya berkait dgn niat dan hati kita.

seorang kaya yg tidak membantu seorang yg miskin sebenarnya menunjukkan dia yg miskin. jika masih terkejar2 duit, harta, pangkat dll, maka kita masih lagi miskin.

Jana dan Jimat

15-17 mac 2013 saya di pluitm kg gajah lagi. kali ini utk program ican uitm.

hampir kesemua ketua ptj uitm hadir. di peringkat pengurusan tertinggi, nc dan 3 tnc, bendahari, pendaftar, penasihat u2 dan ketua pustakawan. hampir kesemua rektor dan dekan. fsr diwakili oleh dekan dan saya.

antara objektif utama lab adalah utk memikirkan bgmana utk jana dan jimat sumber utk operasi uitm. pelbagai pandangan dan cadangan dikongsi di dlm 4 kumpulan. saya di dlm kumpulan yg diketuai oleh dekan perubatan. terkejut dan gembira saya apabila melihat berbicara dan berjenaka. biasalah, budak koleq.

saya ditugaskan sbg pembantu/sekretariat oleh kawan2 di ican. terima kasih kerana percaya dgn kemampuan saya. bersama2lah kita berjana dan berjimat bukan shj utk uitm tetapi utk mereka yg ada kena mengena dgn uitm.


Salah Tetapi Berlagak Betul

ianya perkara biasa. tambah2 diakhir zaman. yg bersalah atau yg lakukan kesalahan jarang akan mengaku bersalah. sebaliknya pihak yg betul atau yg lain disalahkan.

kita percaya dan yakin bahawa allah adalah maha menghakimi. allah maha adil dlm penghakimannya dan pembalasan kpd makhluknya. tiada yg upaya melainkan dgn izinnya. allah maha berkuasa. allah memberi rezeki kpd semua makhluknya.

kita hanya mampu berdoa. memohon kpdnya utk membalas seadil2nya kpd makhluknya yg menganiaya makhluknya yg lain. dan kita juga boleh menuntut hak kita yg diambil secara salah di akhirat. ya allah, berilah pembalasan sewajarnya kpd mereka yg mengambil hak orang lain. yg menipu dan berdusta serta pecah amanah. hukumlah seadilnya ya allah kpd mereka yg sombong terhadap peraturan mu.

Sabtu, Mac 16, 2013

Tawaran Jawatan

semalam, rakan sekerja di tempat lama bgtau saya 'we all miss u la bad'. terima kasih kerana makluman tersebut menandakan kehadiran saya dihargai.

semalam, seorang kenalan baru bertanya jika saya berminat bertugas bersamanya. memang menarik tawaran dinyatakan. tapi saya mohon maaf sebab nak fokus kepada phd.

tadi seorang prof jumpa saya dan minta saya mohon jawatan di tempatnya. jawatan lumayan juga. beliau suruh saya hantar cv saya pada isnin ni dan hadir temuduga pada selasa ni. alhamdulillah. ketiga2 perjumpaan adalah pengiktirafan terhadap keupayaan saya. terima kasih.

Untung Bersih

kita berniaga sebab nak tambah kekayaan. kita nak tambah kaya sebab nak hidup senang. sebab nak mati senang.

kita boleh tambah kaya dgn berniaga. melalui berniaga kita kaya dgn mendapat untung bersih. untung bersih tahunan campur modal awal sama dgn modal akhir. jadi, dgn berniaga kita boleh tambah kekayaan atau harta kita.

jika kita letakkan utk untung bersih rm1juta, maka secara kasar kita andaikan kita perlu buat jualan sebanyak 10kali ganda iaitu rm10juta. maka jika kita letak sasaran untung bersih rm100juta, maka kita andaikan jualan adalah rm1bilion.

jika ada pengurus kita yg berjaya buat untung rm100juta setahun, maka saya sanggup bayar dia gaji rm1juta sebulan. kalau untung hanya rm100ribu setahun maka kita elok bayar dia hanya rm1ribu sebulan shj?

Rabu, Mac 13, 2013

Pemain Gantian Lagi

saya umpamakan diri saya spt seorang pemain gantian. hanya akan diminta bermain apabila dah tiada harapan.

adakalanya bagus jika kita berjaya mengubah perjalanan permainan menjadi lebih baik kpd pasukan kita. yg tak seronok jika pasukan kalah, kita disalahkan. walau pun yg buat keputusan dan percaturan adalah jurulatih dan pengurus.

memang seronok jika kita diperlukan utk membantu supaya pasukan lebih berjaya. tetapi jika kita dimasukkan utk bermain bersama pemain2 lain yg tidak kompeten atau tidak bersemangat kerja berpasukan, dah jelas kita akan tetap kalah. kalau macam tu, sebenarnya pengurus perlu beli/jual atau tukar pemain yg tidak kompeten utk kebaikan pasukan. mungkin dibeli semula pemain handalan yg kompeten yg telah berpindah ke pasukan lain. beliau tidak selesa di tempat baru. belilah atau tukarkan untuk kebaikan pasukan.

Gajah dan Kancil

dalam beberapa hari ini saya kerap gunakan pepatah/perumpamaan/simpulan bahasa (?) gajah sama gajah bertarung, kancil mati di tengah2.

contohnya apabila ada konflik antara dua pihak yg sama taraf/darjat/pangkat, yg sedihnya orang yg tersepit di tengah2 yg menderita. di dlm organisasi. di luar organisasi. jika ada yg mengalah, akan dikatakan pasif. jika jadikan seumpama 'bertemu buku dgn ruas' dikatakan agresif pula.

maka dlm kaunseling kita disyorkan menjadi asertif. berdiri dan mempertahankan hak kita. berdiri dan berani kerana benar. bukan untuk dipermain2kan atau dipergunakan oleh mana2 pihak yg hanya pentingkan diri shj. kita mahu kedua2 pihak menang. win-win situation. tidak ada yg menyesal. tiada yg marah.

dan saya tidak setuju tentang kancil jadi mangsa kerana andaian kancil seekor binatang yg bijak. berilmu. sepatutnya kancil ke tepi dan biarlah gajah tu bertempur. biar dua2 gajah terkubur dan kancil hidup sejahtera.

Kejayaan dan Matlamat

saya tanya kpd pelajar saya utk sem ini, 'apakah definisi kejayaan kpd anda?'. pelbagai jawapan diberi. kebanyakan berkait dgn kemewahan dunia. kemewahan sementara. ada yg jawap 'kejayaan adalah apabila mencapai matlamat'.

saya juga tanya apakah matlamat yg telah ditetapkan. dan ada yg menjawab 'menjadi berjaya dlm hidup'. saya gelak. kerana pusing2 - kejayaan = matlamat, matlamat = kejayaan. maknanya sebenarnya tak tahu apa matlamat hidup dan apa kejayaan itu.

alhamdulillah, ada yg akhirnya menjawab,'matlamat saya adalah untuk membuat mereka yg saya sayang gembira. iaitu spt kedua ibubapa. dan jika berjaya membuat kedua mereka gembira, maka saya telah berjaya dlm hidup kita'. jadi saya ingatkan mereka bhw antara kebahagiaan bagi kedua ibubapa adalah apabila anak2 berjaya memenuhi hasrat kedua ibubapa iaitu belajar di uitm. maka janganlah hampakan harapan mereka dgn tidak memberi tumpuan kpd pelajaran yg boleh menyebabkan kegagalan di uitm, yg akan menyebabkan kedua ibubapa kecewa dan sedih.

Jujur Makan Gaji

makan gaji bermakna kita bekerja dgn majikan utk rezeki kita. dan kita dibagitahu utk cari rezeki yg halal.

telah beberapa organisasi saya dapati ada pekerja yg tidak jujur apabila makan gaji. alasannya kerana gaji tak naik. tak dapat bonus tahunan. bos buat, kita buatlah juga. gaji saya kecil nak tanggung keluarga tak cukup dgn gaji diterima. jadi ada yg ambil duit organisasi. ada yg ambil barang di pejabat. ada yg masak makanan milik organisasi dan bawa balik rumah. ada yg ambil barang organisasi dan jual kpd pihak lain. ada yg berkomplot dgn pembekal utk sahkan barang telah diterima walaupun sebenarnya tidak. macam2 ada.

bagi yg dah biasa tak jujur, mereka akan salahkan orang lain jika ketidakjujuran mereka disedari organisasi. mereka tidak akan mengaku salah. dan jika akhirnya kesalahan terbukti, mereka minta belas kasihan. jika anda tidak jujur dan telah ambil hak orang lain, tunggulah balasan yang maha adil.

Kena Naik Pangkat

tahniah. gred pasukan beruniform disetarakan dgn gred lain2 penjawat awam. ada yg suka. ada yg tak suka. walau bagaimana pun, tahniah. jalankan tugas dgn penuh amanah.

Sekarang bg pensyarah kanan dm51/52, jawatan pasukan seragam adalah setara dgn seorang kolonel atau ACP. hmm. dm45/46 hanyalah setara dgn Sup atau LKol. DM53/54 pula setara dgn BrigJen atau DCP? jadi bg yg dah kol/ACP kenalah naik pangkat? kenalah pakai satu bintang skrg?

kalau dah biasa tanpa sebarang pangkat di baju bagaimana? nak kena bagitau ke skrg? hehehe

Selasa, Mac 12, 2013

Kena Tahan

tadi baru sekejap tadi, saya dan adik2 kena tahan. ditahan pdrm. di sekatan jalan raya lebihkurang  500m dari rumah kami.

tak tahulah apa yg menyebabkan kereta kami ditahan. mungkin sebab bawa kereta murah? mungkin sebab kami 3 orang dlm kereta selepas jam 11 malam. mungkin sebab mereka minta kereta  ke-n berhenti untuk diperiksa ic. untuk diperiksa lesen memandu. saya tak banyak cakap. diberi salam oleh pdrm pun saya lupa nak jawab. dan apabila melihat pelekat uitm, dan ditanya sama ada staf uitm, adik saya menjawab 'abang saya'.

kali terakhir kereta saya di tahan pada 1998. selepas saya keluar drpd hulu langat. berhampiran maktab polis. ditahan oleh peronda bermotorsikal kerana silap masuk laluan. tetapi alhamdulillah tiada masalah utk kedua2 tahanan sementara. ic ada. lesen masih hidup. dan mungkin juga setelah melihat no ic saya.

Isnin, Mac 11, 2013

Keseronokan Berkongsi Ilmu

hari ini kelas saya hanya 2jam utk kursus kaunseling sukan. sesi bersama seorang pelajar hampir 45 minit. walau bagaimana pun keseronokan berkongsi ilmu dgn seorang pelajar yg seronok utk belajar menyebabkan sesi bersama pelajar terpaksa dipendekkan kerana pelajar mempunyai kelas dgn pensyarah lain.

kemudiannya sesi bersama pelajar yg akan melakukan penyelidikan juga mengambil masa yg agak lama. hampir 3 jam. ianya utk memastikan pelajar faham apa yg perlu dibuat. faham kenapa ianya perlu dibuat. tahu bagaimana nak buat benda dgn betul. kerana kajian akan melibatkan nama saya dan nama pelajar. perkongsian ilmu tadi melibatkan saya berkongsi sebab saya memiliki banyak buku. ianya kerana kadang2 sebab nakkan hanya satu ayat shj tapi perlu sebuah buku.

saya sentiasa ingatkan pelajar dan diri saya bhw kita sama2 belajar. sama2 berkongsi ilmu walaupun secara formalnya saya sebagai pensyarah. ada masanya pelajar akan kongsi ilmu yg dia milikki dgn saya.

Kursus Membantu Kehidupan

saya akan cuba supaya kursus asas perakaunan dan asas kaunseling dijadikan kursus wajib di uitm. sekurang2nya kursus wajib di fsr.

walau bagaimana pun ianya bergantung kpd kesedaran pihak yg mempunyai kuasa menentukan kursus utk ditawarkan. sebagaimana saya nyatakan, tengoklah youtube berkaitan kemampuan yg perlu kita ada untuk bangun dan majukan diri kita. di dlmnya menyatakan tentang pendidikan. tentang kesedaran. tentang ilmu perakaunan. ianya sudah banyak dilihat oleh orang ramai.

maka sekali lagi saya ingin cadangkan agar kursus asas perakaunan dan asas kaunseling dijadikan antara kursus asas atau wajib di uitm dan fsr.

Ahad, Mac 10, 2013

Perasaan Seorang Ketua

ketua di sini dirujuk sbg pemimpin. ketua di sini bukannya seorang bos, yg hanya tahu beri arahan.

banyak sudah diperkatakan perbezaan antara pemimpin dan bos. ianya berkaitan sikap. berkaitan pemikiran. berkaitan tingkahlaku. berkaitan tuturkata. berkaitan budibahasa. berkaitan perasaan. kesemuanya juga berkaitan ilmu yg dimiliki. tidak ada kaitan dgn harta benda yg dimiliki. kerana segala alam ini milik allah shj.

maka ketua yg berilmu akan berfikir sebelum berkata. berfikir sebelum bertindak. seorang ketua berilmu akan mempunyai perasaan yg empati terhadap orang sekelilingnya. kasihan bagi ketua yg mendapat mereka di sekitarnya yg tidak berilmu. maka yg terdaya bagi seorang ketua adakalanya hanyalah menangis kerana mengikut arahan yg tak berilmu untuk memberi arahan tak berilmu. juga kerana memberi arahan berilmu tetapi kepada yg kurang berilmu.

Kerja dan Ibadah

'bekerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya. beribadahlah seolah2 kamu akan mati esok hari'. ianya berkaitan penggunaan masa kita.

ianya berkaitan pengurusan masa kita. maka sekali baca mungkin keliru. yg mana satu nak buat dulu. yg mana satu lebih penting. kerja dikaitkan dgn rezeki di dunia. ibadah dikaitkan dgn balasan di akhirat. kebiasaan ramai akan dahulukan yg berkaitan di dunia. malah akan ramai terlupa utk penyediaan bekalan hari akhirat. firman allah: 'tidak ku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kpd ku'.

seorang saudara pernah komen tentang ibadah, 'bad, doa itu ibadah, maka berdoalah'. aha, jadi sebenarnya kita boleh buat dua dlm satu. iaitu bekerja sambil beribadah. beribadah sambil bekerja. bagaimana? niat melakukan sesuatu kerana allah. bukan kerana nak duit shj. bukan kerana kejar pangkat. bukan kerana takut kpd manusia. bekerjalah kerana allah ta'ala. belajar kerana allah ta'ala.

Badan Berat

kita tahu jika berat badan berlebihan iaitu lebih drpd yg sesuai dgn bentuk badan kita, ianya kemungkinan tanda2 kita tidak sihat. ianya boelh menyebabkan kita akan tidak sihat jika sekarang kita sihat.

kebiasaannya kita akan prihatin dgn berat badan kita. umumnya ramai tidak mahu badan yg berat (gemuk). ianya kerana badan yg berat akan memberi pelbagai masalah kpd empunya badan selain drpd kesihatan fizikal. berat badan berlebihan boleh menjadi masalah kpd emosi, pemikiran dan kerohanian kita. sama ada kita sakit atau malas melakukan perkara2 yg membantu kesihatan. walau bagaimana pun, ramai juga yg tak kisah dgn keadaan berat mereka.

dulu2 saya kurus. ada gitar di badan (sebab nampak tulang rangka). setelah mula bekerja, berat badan saya naik. ianya kerana pemakanan, kurang senaman berkait dgn pekerjaan di sektor swasta. tapi sebenarnya kita bertanggungjawab terhadap berat badan kita. maka perlulah berdisiplin berkaitan pemakanan dan senaman.

Kerja dan Perancangan

asas pengurusan mengatakan terdapat 4 elemen utama iaitu perancangan, penstrukturan, pimpinan, dan pengawalan. iaitu r,s,p,k atau p,o,l,c.

maka secara umumnya perlu ada perancangan yg jitu utk membolehkan matlamat tercapai. dan matlamat berkaitan usaha. usaha boleh disamakan dgn kerja. jadi utk kerja berhasil perlu perancangan yg baik. dan kebiasaannya perancangan berkait dgn kepimpinan kerana kebiasaannya pemimpin diberi tanggungjawab untuk membuat perancangan.

jadi masalah akan berlaku apabila matlamat ditetapkan tanpa perancangan oleh pemimpin. maka yg perlu bekerja akan terpinga2 dan keliru bagaimana nak menjalankan tugas mencapai matlamat ditetapkan. jika matlamat tak tercapai, yg akan disalahkan adalah orang bawahan, bukannya pemimpin atau ketua yg kurang bijak menjalankan tugasnya.

Sabtu, Mac 09, 2013

Tahap Diri Kita

bolehkah tahap diri kita berdasarkan motivasi kita? bolehkah tahap diri kita disamakan apa yg kita jadikan fokus utama pada masa tersebut?

jika ya, contohnya jika kita masih berebut2 utk mendapat keperluan fisiologi atau asas kehidupan spt duit utk makan dan pelbagai keperluan asas fizikal, maka kita masih berada di tahap asas atau dasar. sebaliknya jika sudah selesa dgn duit/pangkat/rezeki yg ada dan motivasi harian adalah mengejar keperluan kerohanian, maka adakah kita sudah berada di tahap tertinggi? jika kita katakan bhw mereka yg mengejar keperluan rohani adalah mereka yg berada di tahap tertinggi diiktirafkan seorang manusia, maka walau pun seseorang itu miskin drpd segi duit tetapi dia sudah kaya dari segi lain.

maka adakah mereka yg masih perlu menunjuk2 kekayaan material adalah lebih miskin drpd mereka yg tidak kisah dgn kekayaan dunia yg dipamerkan spt jenis kereta, besarnya rumah, mahalnya pakaian dan barang kemas?

Pangkat dan Dihormati

kita biasa diberitahu untuk berusaha mendapat pangkat tertinggi termampu. lagi tinggi pangkat/jawatan maka diandaikan lagi tinggi gaji/pendapatan. lagi tinggi pangkat/jawatan diandaikan kita lebih dihormati. dan kita andaikan pangkat yg dimiliki tanda kejayaan kita.

ada benar. ada tidak benar. berdasarkan maslow, kita boleh andaikan lagi tinggi pangkat kita akan mengubah peringkat keperluan yg akan dipenuhi. bermula dgn paling bawah iaitu keperluan asas sehingga paling atas. maka ramai yg berlumba2 kejar pangkat. secara betul atau sebaliknya.

maka apabila sudah ada pangkat tinggi, maka demand kepada orang bawah adalah tinggi. ada yg sudah ada gelaran didepan alan merungut jika tidak dipanggil dgn gelaran dunianya. dan jika sudah berpangkat dunia yg tinggi dan tidak dihormati(?) orang lain, maka akan berasa tidak puashati. juga apabila sudah berpangkat dan tidak dikagumi oleh orang bawah, yg berpangkat akan rasa marah.

spt kata seorang staf fsr, yg penting adalah hati seseorang. jika nak menunjuk2 dgn harta yg ada, maka ramai berkata 'ada aku kisah'. juga jika bercakap lain, tingkahlaku keluarga sendiri berbeza, maka akan timbul keraguan utk mendengar dan menghormati cakap yg berpangkat.

Sedap Tulis

bila tulis, tak macam bercakap. bila tulis boleh berkata seorang diri. jadi tidaklah menggalakkan diri atau pihak lain berkata secara terus kpd individu tertentu tentang ketidakpuasan terhadapnya.

mungkin ada baiknya. mungkin ada tak baiknya. tapi saya lebih selesa menulis utk ingatkan diri dan orang lain. bila bercakap susah sikit nak jaga tuturkata dan perasaan diri dan pihak lain. sebab berkomunikasi secara terus. ada risiko kita terus cakap ketidakpuasan tanpa berlapik. atau kita berkata2 seolah2 kita bijak tetapi sebaliknya pada pandangan pihak lain.

bila kita tulis, kita boleh nyatakan secara tidak langsung. hanya mereka yg tertentu faham. mungkin sebab tak nak sakitkan hati sesiapa secara terus. mungkin nak bagitahu secara umum kerana pihak tertentu jika dibagitahu secara terus mungkin tak akan bertindakbalas secara bijak.

Jumaat, Mac 08, 2013

Sedap Cakap

memang sedap bila bercakap. tambah2 kalau nak mengata orang. tak kira sama ada di depan atau bukan di depan orang yg dikata2kan.

memang kita suka berkata2 utk menaikkan kita. kita suka juga berkata2 utk menjatuhkan orang. saya tidak terkecuali. tambah2 bila diagah2 oleh mereka yg di sekeliling. jadi seperti saya pernah tulis, apabila difikirkan kembali, semasa waras semula, rasa menyesal cakap2 yg merugikan diri. walau pun niat nak meninggikan dan menguntungkan diri melalui kos kpd pihak lain. niat tak tahan lama. walau pun kalau boleh nak elak aibkan orang.

begitu juga tadi. spt kata pihak lain, cukup2 lah cakap yg rugikan diri. tapi apabila ada yg sedap cakap, terpaksa kita pun sedap cakap. memang bila yg sedap cakap, tak terasa ianya membuat orang lain terhiris. jadi utk sedapkan yg terhiris, kita tercakap sedap yg tak sedap utk dicakap.

Khamis, Mac 07, 2013

Penyapu

penyapu dlm bahasa inggeris adalah sama ada 'broom' atau 'sweeper'. satu digunakan sebagai alat untuk menyapu. satu menggunakan alat menyapu.

dalam sukan bolasepak, 'sweeper' adalah seperti benteng terakhir sebelum penjaga gol dan gol. manakala dlm aktiviti tertentu, 'sweeper' adalah yg memastikan tiada yg tertinggal. kerja sbg penyapu macam ini kurang glamer. penyapu ini untuk memastikan tiada sampah atau sisa tertinggal yg boleg memburukkan pasukan. penyapu ini juga untuk memastikan yg glamour akan tetap glamour.

jadi kebiasaannya penyapu jarang dihargai. penyapu hanya akan diingat dan dihargai apabila ada kekotoran untuk dihilangkan. dan setelah bersih, jarang penyapu diberi ucapan terima kasih.

UiTM untuk Bermain2

mungkin kenyataan bg beberapa pihak? iaitu berada di uitm utk bermain2 dan bersuka2 shj. utk menghabiskan masa dan wang.

pihak yg bermain2 ini termasuk pelajar, staf dan pihak2 lain yg tidak ambil berat menjaga namabaik uitm. jadi ada yg sudah berdaftar sbg pelajar tak mahu belajar. seorang pelajar selama 3 semester berturut2 akan muncul di bulan atau beberapa minggu terakhir sebelum peperiksaan dan mengharapkan (dgn angkuh) bhw dia berhak ambil peperiksaan dan diberi markah kerjakursus.

staf yg main2 adalah tidak menjalankan tugas sbg pemakan gaji hasil kerja yg jujur. sebaliknya sentiasa mencari jalan utk mengelak drpd menjalankan tanggungjawab. malangnya apabila penilaian utk kenaikan gaji tanpa segan silu (juga dgn angkuh?) menyatakan ingin markah penilaian yg tinggi dan berhak diberi anugerah cemerlang.

manakala pihak lain selain staf dan pelajar adalah mereka yg main2kan uitm utk dapat keuntungan tanpa ambil kisah jika uitm merana. untung diambil drpd segi duit, masa, dan pelbagai lagi. kontrak kerja dilakukan secara lewa. keselamatan dan keselesaan warga uitm tidak diambil berat. maka mereka ini seeloknya diusir drpd berurusan dgn uitm.

Ceroboh dan Tanggungjawab

dua hari berturut2 saya menegur dua 'penceroboh' ke kawasan bangunan akademik 3. yg letihnya dah acap kali nak kena tegur. ianya berkaitan soal keselamatan.

makna ceroboh adalah berada di kawasan yg tidak sepatutnya pihak tertentu berada. maka pelbagai pagar dan rintangan disediakan utk elak pencerobohan. walau bagaimana pun, penceroboh akan sentiasa mencari jalan utk menceroboh. dan sebagai pagar/rintangan/jaga/pihak bertanggungjawab, kita mesti sentiasa berusaha menghalang cubaan pencerobohan.

sedih dan marahnya apabila ada pihak yg sepatutnya sebagai pagar tidak ambil kisah dgn tanggungjawab dan amanah mereka. sebaliknya mereka pula seolah2 menggalakkan pencerobohan. mungkin mereka yg galak pencerobohan boleh dipanggil sbg pengkhianat?

Rabu, Mac 06, 2013

Motivasi untuk Ganjaran

kita bermotivasi untuk lakukan sesuatu kerana tarikan atau tolakan sesuatu. dan bermotivasi berkaitan pulangan, ganjaran atau hukuman.

lebih mudah bermotivasi utk dapatkan ganjaran berbanding utk elakkan hukuman. dan kebiasaannya kita bermotivasi utk kesukaan di dunia. sebab kesukaan di dunia secara umumnya kita dapat lihat. ada bukti secara fizikal. ianya berbeza dgn ganjaran di akhirat. ganjaran akhirat bukan mudah nak digambarkan. maka ramai kurang bermotivasi utk ganjaran di akhirat.

jadi, ramai berlumba2 utk mendapatkan ganjaran di dunia. rumah besar. kereta berjenama. duit banyak. pangkat yg tinggi. dsbnya di dunia sebagai matlamat akhir. jarang nakkan ganjaran di dunia sebagai alat utk sediakan bekalan mendapat ganjaran di akhirat. kita bagaimana?

Etika

adakah etika berkaitan namabaik? adakah etika berkaitan peraturan?

seorang profesional perlu patuhi etika tertentu. bolehkah seorang pensyarah diandaikan sbg seorang profesional? bolehkah seorang pelajar diandaikan sebagai seorang profesional? jika jawapan adalah 'ya' kepada kedua2 soalan tadi, apakah peraturan yg perlu dipatuhi?

pada konferens akademik baru2 ini ada diperkatakan tentang etika seorang pensyarah. antaranya berkaitan kerja luar di waktu pejabat. juga ada dinyatakan berkaitan penyelidikan dan penerbitan. seorang profesional tidak boleh menjalankan kerja lain di waktu pejabat kecuali mendapat kelulusan ketua. juga ada dinyatakan seorang profesional tidak akan menumpang nama untuk kerja yang tidak dilakukan atau ringkasnya 'menampal' nama untuk tumpang 'glamour' atau jadi 'superstar' tanpa penglibatan atau sumbangan yg signifikan.

jadi tepuklah dada dan tanya selera sendiri. adakah kita bangga menjadi 'superstar' yg suka ambil peluang tanpa rasa bersalah? menggunakan nama organisasi atau nama orang lain utk naikkan nama kita. adakah kita seorang beretika?

Mesra

ada baiknya jika hubungan adalah mesra. masalah kenalan akan didahulukan. masalah kenalan tidak dibesar2kan.

walau bagaimana pun, tadi ada yg komen bhw hubungan mesara boleh menjadi masalah. arahan dan permintaan utk selesaikan tugas/kerja tidak diambil berat. kononnya sebab kawan. jadi diandaikan kawan tidak akan merungut. maka ini menyebabkan kerja tergendala. dan yg tanggung akibat adalah yg beri arahan yg tak dipatuhi.

memang apabila menjadi seorang ketua ada dilemanya. bagaimana nak berurusan diantara ketua dgn orang bawahan, dan bila nak berurusan sebagai seorang kawan? kebijaksanaan dan kesedaran kedua2 pihak amat penting utk memastikan hubungan mesra dan baik adalah untuk kebaikan kedua2 pihak dan organisasi. umpama 'menarik rambut di dalam tepung'.

Tepat dan Tegas

utk lakukan sesuatu dgn tepat perlu ilmu. utk lakukan sesuatu dgn tegas perlu kuasa.

dan tindakan bermula dgn perancangan. setalah tindakan perlu semakan. dan kitaran ini akan berterusan. tetapi adakalanya kitaran terganggu oleh kepimpinan. jika kepimpinan tersasar dan lemah, maka hasil akan tidak lagi tepat dan tegas. ini akan menyebabkan kitaran menurun  atau 'negative spin'.

maka pemilihan ketua dan pengikut perlulah secara tepat dan tegas. jika silap pilihan boleh menyebabkan yg patuh kpd arahan menjadi mangsa.

Terima Kasih Muiz dan Nur

pada petang isnin yg lalu, saya makan senja (bukan malam) bersama dua staf q saya semasa di ined. mereka adalah muiz dan nur.

ianya sebenarnya perancangan nur untuk 'belanja' saya dan muiz sempena tarikh harijadi kami. perancangan awal pada minggu lepas tetapi saya tiada di shah alam. alhamdulillah tempat selesa, makanan sedap dan yg paling penting adalah 'company'. ahli majlis yg hadir boleh membuat tempat lebih selesa atau makanan lebih sedap. atau sebaliknya.

memang sejak saya tiada lagi di ined, saya jarang berpeluang makan bersama bekas staf q saya, insyaallah kita cuba jadikan majlis sebegini lebih kerap. bukan hanya untuk sambutan harijadi atau berbuka puasa shj.

Bersemuka

bersemuka atau temu hadap. atau dlm bahasa inggeris adalah 'confront'.

ianya antara tindakan utk membantu menyelesaikan masalah dlm kaunseling. sebab banyak masalah berlaku kerana tiada komunikasi atau silap komunikasi. melalui bersemuka kita elak guna perantara untuk elak salah terjemah yg akan membawa kpd salahfaham. dlm bahasa inggeris juga adalah 'face-to-face'.

alhamdulillah apabila dilakukan persemukaan dgn mereka yg berlaku salahfaham sama ada dgn saya atau dgn pihak lain dan saya jadi perantara, hubungan kembali ramah. tapi ada juga yg tidak sudi bersemuka kerana ego.

Isnin, Mac 04, 2013

Cakap Berdegar2

oghe kelate kato,'kecek berdegar2'. bercakap dgn suara yg kuat. bercakap dgn penuh semangat. tetapi hanya cakap ajelah, kerja sebaliknya.

saya ditanya tentang seseorang. tetapi sebelum sempat saya bagi jawapan, mereka telah beri jawapan kepada soalan mereka. pada pandangan pertama mereka seseorang itu seolah2 seorang yg produktif. seorang yg cakap seperti bikin. tetapi semakin hari semakin terserlah ciri sebenar individu tersebut. bila masa bercakap memang bagus. memang bersemangat. memang macam ada buah.

tetapi apabila utk ditunaikan, sebaliknya berlaku. biasa hilang tanpa berita. janji tinggal janji. keyakinan pun hilang. kepercayaan pun hilang. rasa hormat pun hilang. maka tanggungjawab siapa utk perbetulkan? pangkat dihadapan hanyalah hiasan. seumpama sebuah tong kosong yg dicat cantik.

Pingat dan Kejayaan

pada setiap tahun akan ramai menanti jika akan mendapat pingat kurniaan diraja. bagi ahli sukan akan menanti utk menggenggam pingat hasil kecemerlangan dalam pertandingan sukan.

kanak2 sekolah suka memakai pingat. ianya seolah2 bukti bhw mereka berjaya dlm sesuatu aktiviti. pengakap memberi pengiktirafan kejayaan melalui badge/lencana. mereka dlm seni mempertahankan diri akan diiktiraf kebolehan mereka melalui warna tali pinggang. dan di ipt pingat dimenangi melalui pertandingan berkaitan rekacipta, rekacipta, penyelidikan dan inovasi (design, invention, research, and innovation).

insyaallah saya akan memasuki satu lagi pertandingaan iaitu iidex2013. ianya kesinambungan penyertaan saya bermula pada 2008 dgn bimbingan bekas pensyarah saya dan sekarang dekan fakulti perakaunan uitm, prof dr rozainun abd aziz. terima kasih prof kerana tunjuk ajar kpd saya dan antara sebab saya seronok mencuba peluang mempamerkan 'diri' hasil kerjasama bersama mereka yg sudi bekerjasama dgn saya untuk kebaikan dan kemajuan bersama.

alhamdulillah, setakat ini, kutipan pingat saya hanyalah - 2008: 1perak (itex2008), 1gangsa (geneva2008), 1gangsa (iid2008), 2009: 1emas (iid2009), 3perak (iid2009), 1perak (pecipta2009), 2010: 1emas (iid2010se), 1perak (iid2010), 1perak (iid2010se), 1gangsa (iid2010), 2gangsa (iid2010se), dan 2012: 1perak (riid2012). ringkasnya setakat ini alhamdulillah, 2emas, 8perak dan 5gangsa, iaitu 15pingat. takpelah orang kata saya syok sendiri. apabila kita suka kepada sesuatu dan lakukan secara ikhlas, insyaallah ganjaran akan menyusul.

Ikut Kemampuan dan Kekayaan

islam itu mudah. ianya berkaitan 5 rukun islam. mengucap dua kalimah syahadah. mendirikan solat 5waktu sehari semalam. berpuasa di bulan ramadhan. menunaikan zakat. dan menunaikan haji.

ianya berkaitan kemampuan kita. berkaitan kekayaan kita. dan secara umumnya kita andaikan tidak semua orang akan mampu melakukan kesemua lima2 rukun islam, terutamanya haji. dan secara umumnya kita andaikan bukan semua dapat lakukan menunaikan zakat. dan kita andaikan bukan semua mampu berpuasa sebulan di bulan ramadan. dan kita andaikan bukan semua mampu solat 5waktu sehari semalam.

ada sebab kenapa tidak mampu. sebab uzur. sebab miskin. sebab tak cukup duit. tetapi semua mampu untuk mengucap dua kalimah syahadah sekurang2nya sekali sehari.

Soal Hati

kita biasanya melakukan sesuatu kerana sesuatu yg tertentu. adakalanya kita lakukan kerana terpaksa. adakalanya kerana sukarela.

ianya berkaitan hati kita. berkaitan niat kita. sebagaimana kata seorang staf fsr semasa program fsr di taman negara. niat berkait dgn motivasi juga. jika dah tak nak buat, maka pelbagai alasan dicari utk tak nak buat. sebaliknya jika niat kita ikhlas dan kita berminat nak buat, insyaallah kita akan dipermudahkan untuk melakukan perkara tersebut.

jika dilakukan secara pura2, lama2 orang akan tahu juga. maka cakap mesti serupa bikin. dan bagi saya motivasi terbaik adalah berkait dgn motivasi kerohanian. jika kita lakukan kerana allah, insyaallah pulangan fizikal, emosi dan pemikiran akan turut serta,

Ahad, Mac 03, 2013

Ledang

1-3 mac saya bersama peers utk kkdkp 2013. kami menginap dan makan di kem saujana asahan melaka. berhampiran dgn gunung ledang.

kali pertama dan terakhir peers mendaki gunung ledang atau mount ophir adalah pada 1996. saya tidak termasuk mereka yg berjaya sampai ke puncak. sebaliknya saya diantara yg menanti di tapak perkhemahan. jam 6ptg, timbalan pengarah projek risau kerana kumpulan pendaki belum kembali ke khemah. 7mlm kami hubungi renjer. hampir 12tgh mlm baru pendakian mencari bermula. alhamdulillah, berjumpa dgn kumpulan pendaki lebih kurang jam 12.30tgh mlm. walau bagaimana pun kami sampai semula ke khemah hampir jam 2pagi kerana ada yg kepenatan.

banyak kenangan semasa pendakian 1996. kumpulan peers tersebut amat rapat sehingga kini. malah beberapa pasangan mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata sekarang. insyaallah peers akan mendaki ledang lagi. tapi bila?

Sakit dan Sihat

sakit. sihat. silih berganti. lumrah hidup kita.

apabila sakit kita akan bersyukur kesihatan yg kita dapat. sakit mengingatkan kita bahawa kita adalah manusia makhluk allah. maka kita tidak boleh sombong semasa kita sihat. kita juga mesti beringat2 semasa kita sihat. jangan makan tak khabar ingat. jangan melakukan aktiviti fizikal tanpa persediaan secukupnya dan secara berjaga supaya tidak terlebih2.

apabila sakit, harta yg banyak mungkin menolong, mungkin tidak berguna. apabila sakit, pangkat mungin membantu, mungkin tidak berguna. apabila sakit, anak isteri dan kenalan mungkin diperlukan, mungkin tidak berguna. yang sentiasa kita perlukan pada setiap waktu adalah rahman dan rahmat allah kerana kita adalah hambanya.

Penat dan Cabaran

penat boleh drpd pelbagai segi. fizikal. emosi. pemikiran. spiritual/kerohanian?

apabila penat maka kita amnya adalah lemah. maka akan mudah utk mengganggu atau berlaku buruk kpd kita. itu perkara biasa saya lalui. tiap kali melibatkan kerja yg berterusan dan perjalanan yg berterusan melibatkan terlampau lama dlm keadaan sejuk dan kemudiannya panas akan menyebabkan terasa penat. dan biasanya akan sakit.

maka perlu kepada pendinding. perlu berusaha utk elakkan musuh ambil kesempatan. sentiasa berdoalah dan yakin bahawa cukuplah allah sebagai pengawal dan pelindung kita.