Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Mac 22, 2013

Tidak Kaya Harta

jika ingin dikatakan kejayaan adalah bergelar, berpangkat, berharta, maka saya tidak berjaya.

jika gaji bulanan jadi ukuran kejayaan, maka saya tidak dikira berjaya. jika kereta dipandu dikira berjaya, maka saya tidak berjaya. jika miliki rumah besar diandaikan sebagai berjaya, maka saya tidak berjaya. dan biasanya jika seorang yg berjaya adalah seorang yg bahagia. maka mungkin saya dikira bukan seorang yg bahagia.

tetapi saya gembira dgn apa saya ada. saya boleh diterima secara gembira apabila saya melawat ke sesuatu tempat. sama ada tempat baru atau tempat lama. dan saya bersyukur apabila kehadiran saya diterima dgn senyuman dan keikhlasan. sama ada di pejabat atau di masjid. ianya lebih bermakna drpd berkereta besar, bergelar, berpangkat tetapi kehadiran kita tidak dihargai malah mungkin dibenci.

Tiada ulasan: