Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Mac 08, 2013

Sedap Cakap

memang sedap bila bercakap. tambah2 kalau nak mengata orang. tak kira sama ada di depan atau bukan di depan orang yg dikata2kan.

memang kita suka berkata2 utk menaikkan kita. kita suka juga berkata2 utk menjatuhkan orang. saya tidak terkecuali. tambah2 bila diagah2 oleh mereka yg di sekeliling. jadi seperti saya pernah tulis, apabila difikirkan kembali, semasa waras semula, rasa menyesal cakap2 yg merugikan diri. walau pun niat nak meninggikan dan menguntungkan diri melalui kos kpd pihak lain. niat tak tahan lama. walau pun kalau boleh nak elak aibkan orang.

begitu juga tadi. spt kata pihak lain, cukup2 lah cakap yg rugikan diri. tapi apabila ada yg sedap cakap, terpaksa kita pun sedap cakap. memang bila yg sedap cakap, tak terasa ianya membuat orang lain terhiris. jadi utk sedapkan yg terhiris, kita tercakap sedap yg tak sedap utk dicakap.

Tiada ulasan: