curi ilmu orang lain utk untung sendiri shj. kalau plagiat dalam penyelidikan adalah menyatakan apa yg dikatakan orang lain tanpa menyatakan orang yg menyatakan.
secara logiknya ilmu tak boleh hilang. tak boleh dicuri. tak boleh dirompak. sebab ilmu tak boleh kita nampak. kecuali ditulis. maka jika ditulis akan senang dicuri atau dirompak. banyak dilakukan. oleh golongan 'terpelajar' dan bukan terpelajar.
selain plagiat melalui penyelidikan, curi ilmu juga berlaku apabila kita fotostat buku tulisan orang lain dan kita jual hasil fotostat. atau kita ceduk tulisan orang lain dan akui sebagai buku kita. atau kita minta orang lain sediakan maklumat utk seminar dan kemudiannya kita bagitau seminar tak jadi, tetapi kita gunakan maklumat disediakan utk kita bentangkan dan dapat bayaran.
jadi, jika pencurian ilmu spt dinyatakan di atas berlaku, apakah tindakan sewajarnya kpd pencuri? potong tangan? potong lidah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan