Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mac 04, 2013

Pingat dan Kejayaan

pada setiap tahun akan ramai menanti jika akan mendapat pingat kurniaan diraja. bagi ahli sukan akan menanti utk menggenggam pingat hasil kecemerlangan dalam pertandingan sukan.

kanak2 sekolah suka memakai pingat. ianya seolah2 bukti bhw mereka berjaya dlm sesuatu aktiviti. pengakap memberi pengiktirafan kejayaan melalui badge/lencana. mereka dlm seni mempertahankan diri akan diiktiraf kebolehan mereka melalui warna tali pinggang. dan di ipt pingat dimenangi melalui pertandingan berkaitan rekacipta, rekacipta, penyelidikan dan inovasi (design, invention, research, and innovation).

insyaallah saya akan memasuki satu lagi pertandingaan iaitu iidex2013. ianya kesinambungan penyertaan saya bermula pada 2008 dgn bimbingan bekas pensyarah saya dan sekarang dekan fakulti perakaunan uitm, prof dr rozainun abd aziz. terima kasih prof kerana tunjuk ajar kpd saya dan antara sebab saya seronok mencuba peluang mempamerkan 'diri' hasil kerjasama bersama mereka yg sudi bekerjasama dgn saya untuk kebaikan dan kemajuan bersama.

alhamdulillah, setakat ini, kutipan pingat saya hanyalah - 2008: 1perak (itex2008), 1gangsa (geneva2008), 1gangsa (iid2008), 2009: 1emas (iid2009), 3perak (iid2009), 1perak (pecipta2009), 2010: 1emas (iid2010se), 1perak (iid2010), 1perak (iid2010se), 1gangsa (iid2010), 2gangsa (iid2010se), dan 2012: 1perak (riid2012). ringkasnya setakat ini alhamdulillah, 2emas, 8perak dan 5gangsa, iaitu 15pingat. takpelah orang kata saya syok sendiri. apabila kita suka kepada sesuatu dan lakukan secara ikhlas, insyaallah ganjaran akan menyusul.

Tiada ulasan: