Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Mac 22, 2013

Burnout dan Diri

antara topik penyelidikan pelajar yang saya suka adalah berkaitan burnout. iaitu alihbahasa saya bermakna habissumbu. bukan sumbu badak. tetapi sumbu lilin. hanya tinggal lilin shj. maka jika dicuba nyalakan api, memang secara logiknya tak akan menyala. kpd manusia, dah tak ada semangat atau tenaga utk bekerja walau pun kita kelihatan secara fizikal ok.

antara punca burnout adalah terlebih fikirkan tentang kerja. kita tidak pandai menolak desakan utk buat kerja waalu pun kita dah tak mampu secara fizikal, emosi, atau mental. jika kita tidak pandai menangani desakan/tekanan/pressure, maka tahap paling teruk adalah burnout. dan mengikut kajian, mereka yg banyak mengalami burnout adalah mereka yg amat tinggi produktiviti mereka. secara kasarnya mereka yg kurang atau tidak produktif tidak atau kurang mengalami burnout. mungkin sebab apabila dah tak boleh 'perform' maka tiada lagi permintaan atau desakan untuk 'perform' extra.

kebijaksanaan adalah penting dalam mengurangi atau mencegah burnout. ianya bekaitan ketegasan diri. kita perlu tegas (asertif) dalam menghadapi tekanan atau desakan drpd mereka yg agresif. mereka yg agresif sebenarnya adalah mereka yg lemah. mereka bertindak agresif untuk menutup kelemahan atau kekurangan yg mereka miliki.

Tiada ulasan: