Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mac 10, 2013

Kerja dan Ibadah

'bekerjalah seolah2 kamu akan hidup selama2nya. beribadahlah seolah2 kamu akan mati esok hari'. ianya berkaitan penggunaan masa kita.

ianya berkaitan pengurusan masa kita. maka sekali baca mungkin keliru. yg mana satu nak buat dulu. yg mana satu lebih penting. kerja dikaitkan dgn rezeki di dunia. ibadah dikaitkan dgn balasan di akhirat. kebiasaan ramai akan dahulukan yg berkaitan di dunia. malah akan ramai terlupa utk penyediaan bekalan hari akhirat. firman allah: 'tidak ku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kpd ku'.

seorang saudara pernah komen tentang ibadah, 'bad, doa itu ibadah, maka berdoalah'. aha, jadi sebenarnya kita boleh buat dua dlm satu. iaitu bekerja sambil beribadah. beribadah sambil bekerja. bagaimana? niat melakukan sesuatu kerana allah. bukan kerana nak duit shj. bukan kerana kejar pangkat. bukan kerana takut kpd manusia. bekerjalah kerana allah ta'ala. belajar kerana allah ta'ala.

Tiada ulasan: