Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mac 03, 2013

Ledang

1-3 mac saya bersama peers utk kkdkp 2013. kami menginap dan makan di kem saujana asahan melaka. berhampiran dgn gunung ledang.

kali pertama dan terakhir peers mendaki gunung ledang atau mount ophir adalah pada 1996. saya tidak termasuk mereka yg berjaya sampai ke puncak. sebaliknya saya diantara yg menanti di tapak perkhemahan. jam 6ptg, timbalan pengarah projek risau kerana kumpulan pendaki belum kembali ke khemah. 7mlm kami hubungi renjer. hampir 12tgh mlm baru pendakian mencari bermula. alhamdulillah, berjumpa dgn kumpulan pendaki lebih kurang jam 12.30tgh mlm. walau bagaimana pun kami sampai semula ke khemah hampir jam 2pagi kerana ada yg kepenatan.

banyak kenangan semasa pendakian 1996. kumpulan peers tersebut amat rapat sehingga kini. malah beberapa pasangan mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata sekarang. insyaallah peers akan mendaki ledang lagi. tapi bila?

Tiada ulasan: